Showing posts with label BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA. Show all posts
Showing posts with label BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA. Show all posts

Thursday, November 16, 2023

NEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK, GAS KEPADA ISRAEL - TUN M - UTUSAN MALAYSIA - 15/11/2023

 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

NEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK, GAS KEPADA ISRAEL - TUN M

RAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL, HENTI EKSPORT MINYAK - SINAR HARIAN - 15/11/2023

 


Artikel oleh: Sinar Harian

RAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL, HENTI EKSPORT MINYAK

HENTI JUAL MINYAK KEPADA ISRAEL, SEKUTU - BERITA HARIAN - 15/11/2023

 

Artikel oleh: Berita Harian

HENTI JUAL MINYAK KEPADA ISRAEL, SEKUTU

HENTI JUAL MINYAK DAN GAS KEPADA ISRAEL, AS, EROPAH - TUN M - ASTRO AWANI - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA: Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut adalah antara salah satu tekanan yang boleh diambil oleh negara Islam terhadap Zionis yang sedang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

"Allah SWT telah mengurniakan begitu banyak minyak kepada negara-negara Islam tetapi kita boleh nafikan bekalan agar mereka merasa kesannya," katanya pada sidang akhbar Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurutnya, sekarang bukan lagi masa untuk melaungkan retorik semata-mata, sebaliknya tindakan fizikal perlu diambil.

"Sesiapa sahaja boleh mengecam (jenayah Zionis) tetapi sebenarnya kita juga boleh melakukan sekatan ke atas mereka dengan seluruh dunia bersatu meneruskan inisiatif boikot produk negara-negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata, negara-negara yang mengecam pembunuhan beramai-ramai oleh Israel perlu bersatu agar tindakan dan nada sama boleh dicapai.

"Berjaya atau tidak itu soal lain, ini salah satu tindakan yang boleh diambil.

"Mungkin kurang berkesan tetapi apabila ramai mengambil tindakan boikot, syarikat berkenaan akan bankrap," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa Mesir supaya membenarkan wanita dan kanak-kanak Palestin keluar menerusi satu-satunya pintu iaitu Lintasan Sempadan Rafah bagi mendapatkan perlindungan sementara lelaki terus mempertahankan tanah air mereka.

"Saya rasa terkilan dan tidak berperikemanusiaan.

"Perlindungan itu sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada pelarian berkenaan.

"Justeru, saya harap negara-negara Islam di sekitar Palestin termasuk Mesir menerima sekurang-kurangnya pelarian wanita dan kanak-kanak untuk berlindung," katanya.

Mahathir juga turut mengecam tindakan AS yang menggunakan kuasa veto untuk menyekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman.

"Pasukan pengaman bertujuan untuk mengurangkan pembunuhan tetapi di Gaza, AS tidak hantar sebab menggunakan kuasa veto di dalam PBB," katanya.

Sementara itu, Zulkifli mahu lintasan sempadan Rafah dibuka sepenuhnya bagi membenarkan bantuan kemanusiaan seperti makanan, minuman dan pasukan perubatan dihantar ke Gaza.

“Kita bukan hantar pasukan ketenteraan tetapi mahu menghantar pasukan pengaman," katanya. - Sinar Harian

Artikel oleh: Astro Awani

HENTI JUAL MINYAK DAN GAS KEPADA ISRAEL, AS, EROPAH - TUN M

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/henti-jual-minyak-dan-gas-kepada-israel-eropah-tun-m-445963

HENTI JUAL MINYAK DAN GAS KEPADA ISRAEL, SEKUTU - TUN M - SINAR HARIAN - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut adalah antara salah satu tekanan yang boleh diambil oleh negara Islam terhadap Zionis yang sedang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

"ALLAH SWT telah mengurniakan begitu banyak minyak kepada negara-negara Islam tetapi kita boleh nafikan bekalan agar mereka merasa kesannya," katanya pada sidang akhbar Penghentian Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurutnya, sekarang bukan lagi masa untuk melaungkan retorik semata-mata, sebaliknya tindakan fizikal perlu diambil.

"Sesiapa sahaja boleh mengecam (jenayah Zionis) tetapi sebenarnya kita juga boleh melakukan sekatan ke atas mereka dengan seluruh dunia bersatu meneruskan inisiatif boikot produk negara-negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata, negara-negara yang mengecam pembunuhan beramai-ramai oleh Israel perlu bersatu agar tindakan dan nada sama boleh dicapai.

"Berjaya atau tidak itu soal lain, ini salah satu tindakan yang boleh diambil.

"Mungkin kurang berkesan tetapi apabila ramai mengambil tindakan boikot, syarikat berkenaan akan bankrap," katanya.

Mahathir (tengah) bercakap kepada pemberita pada sesi sidang media mengenai Gerakan Kemanusiaan: Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa. Turut sama Nadzim (dua dari kiri) dan Mohd Azmi (dua dari kanan). - Foto Bernama

Dalam pada itu, beliau menggesa Mesir supaya membenarkan wanita dan kanak-kanak Palestin keluar menerusi satu-satunya pintu iaitu Lintasan Sempadan Rafah bagi mendapatkan perlindungan sementara lelaki terus mempertahankan tanah air mereka.

"Saya rasa terkilan dan tidak berperikemanusiaan.

"Perlindungan itu sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada pelarian berkenaan.

"Justeru, saya harap negara-negara Islam di sekitar Palestin termasuk Mesir menerima sekurang-kurangnya pelarian wanita dan kanak-kanak untuk berlindung," katanya.

Mahathir juga turut mengecam tindakan AS yang menggunakan kuasa veto untuk menyekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman.

"Pasukan pengaman bertujuan untuk mengurangkan pembunuhan tetapi di Gaza, AS tidak hantar sebab menggunakan kuasa veto di dalam PBB," katanya.

Sementara itu, Zulkifli mahu lintasan sempadan Rafah dibuka sepenuhnya bagi membenarkan bantuan kemanusiaan seperti makanan, minuman dan pasukan perubatan dihantar ke Gaza.

“Kita bukan hantar pasukan ketenteraan tetapi mahu menghantar pasukan pengaman," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

HENTI JUAL MINYAK DAN GAS KEPADA ISRAEL, SEKUTU - TUN M

https://www.sinarharian.com.my/article/634460/berita/nasional/henti-jual-minyak-dan-gas-kepada-israel-sekutu---tun-m

TUN M GESA NEGARA PENGELUAR MINYAK HENTI JUAL BEKALAN KEPADA NEGARA SOKONG ISRAEL - BERITA HARIAN - 14/11/2023


PUTRAJAYA: Semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas digesa menghentikan penjualan bekalan itu bukan sahaja kepada Israel, malah kepada negara yang menyokong rejim terbabit, terutama Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata usaha itu penting bagi memberi tekanan kepada negara berkenaan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin yang kini berdepan isu pembunuhan beramai-ramai.

Katanya, kini bukan lagi masa untuk mengutuk dan mengecam jenayah yang dilakukan rejim Zionis, sebaliknya tindakan fizikal perlu diambil untuk menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin.

"Sebenarnya kita juga boleh melakukan sekatan ke atas negara seperti AS menerusi inisiatif boikot beberapa produk yang sedang berlaku ketika ini di kebanyakan negara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat lebih banyak yang boleh dilakukan sebagai contoh, Allah SWT mengurniakan banyak minyak kepada negara Islam dan kita boleh menafikan bekalan minyak dan gas kepada negara yang menyokong Israel seperti AS dan negara Eropah.

"Ini supaya mereka juga merasakan tekanan seperti yang dirasakan rakyat Palestin serta negara yang mereka (AS) cuba melaksanakan sekatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media menggesa supaya menghentikan sekatan bantuan kemanusiaan dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Dr Mahathir berkata, penduduk dunia yang tidak menyokong tindakan ganas Israel perlu terus melakukan boikot produk yang mempunyai kaitan dengan rejim terbabit.

Dalam pada itu, beliau menggesa Mesir supaya membenarkan wanita dan kanak-kanak Palestin mendapatkan perlindungan di sempadan negara itu.

Bagaimanapun, katanya, lelaki Palestin perlu terus berada di negara mereka untuk mempertahankan tanah air daripada terus dijajah Israel.

"Saya terkilan kerana kebanyakan negara berjiran dengan Gaza enggan menerima pelarian Gaza. Saya berpendapat ia tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

"Ini sebagai perlindungan kepada pelarian yang melarikan diri daripada penindasan," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

TUN M GESA NEGARA PENGELUAR MINYAK HENTI JUAL BEKALAN KEPADA NEGARA SOKONG ISRAEL

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1176913/tun-m-gesa-negara-pengeluar-minyak-henti-jual-bekalan-kepada-negara

DR M GESA NEGARA PENGELUAR MINYAK HENTI JUAL KEPADA PENYOKONG ISRAEL - BERITA HARIAN - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA: Semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas digesa menghentikan penjualan bukan sahaja terhadap Israel, malah kepada negara yang menyokong rejim terbabit, terutama Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata usaha itu penting bagi memberi tekanan kepada negara berkenaan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin yang kini berdepan isu pembunuhan beramai-ramai.

Kini bukan lagi masa untuk mengutuk dan mengecam jenayah yang dilakukan rejim Zionis, sebaliknya tindakan fizikal perlu diambil untuk menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin.

"Sebenarnya kita juga boleh melakukan sekatan ke atas negara seperti AS menerusi inisiatif boikot beberapa produk yang sedang berlaku ketika ini di kebanyakan negara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat lebih banyak yang boleh dilakukan sebagai contoh, Allah SWT mengurniakan banyak minyak kepada negara Islam dan kita boleh menafikan bekalan minyak dan gas kepada negara yang menyokong Israel seperti AS dan negara Eropah.

"Ini supaya mereka juga merasakan tekanan seperti yang dirasakan rakyat Palestin serta negara yang mereka (AS) cuba melaksanakan sekatan," katanya pada sidang media menggesa supaya menghentikan sekatan bantuan kemanusiaan dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Dr Mahathir berkata, penduduk dunia yang tidak menyokong tindakan ganas Israel perlu terus melakukan boikot produk yang mempunyai kaitan dengan rejim terbabit.

Dalam pada itu, beliau menggesa Mesir supaya membenarkan wanita dan kanak-kanak Palestin mendapatkan perlindungan di sempadan negara itu.

Bagaimanapun, katanya golongan lelaki Palestin perlu terus berada di negara mereka untuk mempertahankan tanah air daripada terus dijajah Israel.

"Saya terkilan kerana kebanyakan negara berjiran dengan Gaza enggan menerima pelarian Gaza. Saya berpendapat ia tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

"Ini sebagai perlindungan kepada pelarian yang melarikan diri daripada penindasan," katanya.

Dr Mahathir Mohamad (tengah) menyokong Gerakan Kemanusiaan: Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - foto BERNAMA

Artikel oleh: Berita Harian

NEGARA ISLAM DIGESA SEKAT JUAL MINYAK, GAS KE AS DAN EROPAH - XKLUSIF - 14/11/2023

 

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Negara Islam pengeluar minyak dan gas digesa menghentikan penjualan kepada Israel, malah mereka yang menyokong rejim terbabit terutama Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia mampu memberi tekanan kepada negara terbabit untuk menghentikan serangan Israel yang kini berdepan isu pembunuhan beramai-ramai.

“Sebenarnya kita juga boleh melakukan sekatan ke atas negara seperti AS menerusi inisiatif boikot beberapa produk yang sedang berlaku ketika ini di kebanyakan negara termasuk di Malaysia.

“Saya melihat lebih banyak yang boleh dilakukan sebagai contoh, Allah SWT mengurniakan banyak minyak kepada negara Islam dan kita boleh menafikan bekalan minyak dan gas kepada negara yang menyokong Israel seperti AS dan negara Eropah.

“Ini supaya mereka juga merasakan tekanan seperti yang dirasakan rakyat Palestin serta negara yang mereka (AS) cuba melaksanakan sekatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media menggesa supaya menghentikan sekatan bantuan kemanusiaan dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Dalam pada itu, beliau menggesa Mesir supaya membenarkan wanita dan kanak-kanak Palestin mendapatkan perlindungan di sempadan negara itu.

Bagaimanapun, katanya golongan lelaki Palestin perlu terus berada di negara mereka untuk mempertahankan tanah air daripada terus dijajah Israel.

“Saya terkilan kerana kebanyakan negara berjiran dengan Gaza enggan menerima pelarian Gaza. Saya berpendapat ia tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

“Ini sebagai perlindungan kepada pelarian yang melarikan diri daripada penindasan,” katanya lagi. — Xklusif

Artikel oleh: Xklusif

NEGARA ISLAM DIGESA SEKAT JUAL MINYAK, GAS KE AS DAN EROPAH

https://xklusif.my/negara-islam-digesa-sekat-jual-minyak-gas-ke-as-dan-eropah/#google_vignette

Wednesday, November 15, 2023

OIC PATUT SEKAT EKSPORT MINYAK KE ISRAEL, SEKUTUNYA - TUN M - MALAYSIA GAZETTE - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepatutnya mengeluarkan resolusi yang lebih tegas termasuk melaksanakan sekatan eksport minyak bagi mendesak rejim Zionis Israel menghentikan keganasan di Gaza.

Menurut beliau, rejim Zionis Israel tidak akan mempedulikan resolusi OIC dalam sidang kemuncak di Riyadh, Arab Saudi Sabtu lalu yang hanya menggesa mereka berhenti membunuh rakyat Palestin.

Dr Mahathir berkata, OIC melalui Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) boleh menyekat bekalan bahan api itu kepada Israel dan negara-negara yang bersekutu dengannya.

“Allah SWT telah mengurniakan banyak minyak kepada negara-negara Islam, jika mereka menyekat bekalan minyak kepada Israel, Israel akan merasa kesannya.

“Bukan sahaja Israel tetapi negara-negara lain di Eropah patut disekat daripada menerima bekalan minyak dan gas supaya mereka merasa tekanan yang diberikan oleh pihak yang mahu membantu rakyat Palestin.

“Tetapi OIC tidak mengeluarkan resolusi selain meminta Israel menghentikan pembunuhan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid; Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan dan
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Badereddin Seyam.

Beliau yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana memberitahu, Amerika Syarikat (AS) turut mengenakan sekatan terhadap negara-negara lain yang tidak sehaluan dengannya.

Dr Mahathir menambah, sebagai contoh, Malaysia juga tidak dibenarkan berdagang dengan Iran ekoran sekatan yang dikenakan oleh AS terhadap negara berkenaan.

“Itu bukan bermakna kita menyokong AS tetapi tindakan akan diambil oleh AS jika kita tidak mengikut arahan mereka,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau menggalakkan rakyat Malaysia meneruskan tindakan boikot terhadap produk-produk yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel.

“Walaupun ia telah dibeli orang lain tetapi wang akan pergi kepada pengasasnya iaitu orang Yahudi di AS,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya menghantar pasukan pengaman ke Gaza seperti yang dilakukan di negara-negara yang dilanda konflik bersenjata.

“Namun ia tidak dilakukan kerana negara-negara besar menggunakan kuasa veto untuk menghalangnya,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

OIC PATUT SEKAT EKSPORT MINYAK KE ISRAEL, SEKUTUNYA - TUN M

https://malaysiagazette.com/2023/11/14/oic-patut-sekat-eksport-minyak-ke-israel-sekutunya-tun-m/

OIC PERLU BERSATU HANTAR PASUKAN PENGAMAN KE GAZA - BERITA 757 - 14/11/2023

 

CADANGAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar negara Islam menghentikan penjualan minyak kepada negara yang menyokong Israel susulan kekejaman ke atas Palestin hampir mustahil dilaksanakan.

#Berita757

#RakyatKeutamaanKami

#PrayForPalestine

Sumber: Berita 757 (Facebook)

OIC PERLU BERSATU HANTAR PASUKAN PENGAMAN KE GAZA

https://www.facebook.com/berita757/videos/1590112811798994/

TOLAK SINAI, HIDUP MATI BIAR DI GAZA! - TV PERTIWI - 15/11/2023

 

Pertubuhan Kesenian P4lestin Malaysia menegaskan penduduk di negara itu sama sekali tidak akan meninggalkan G4z4 sebagaimana cadangan penyelesaian dua negara.

Sumber: TV Pertiwi

TOLAK SINAI, HIDUP MATI BIAR DI GAZA!

https://www.youtube.com/watch?v=45n1N0bqg9c

BERI PERLINDUNGAN KEPADA PELARIAN GAZA, DR M SERU NEGARA JIRAN - BULETIN TV3 - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru negara jiran wilayah Gaza meningkatkan usaha bagi membantu warga Palestin yang terkesan akibat pencerobohan Israel.

Beliau juga menggesa Mesir membenarkan wanita dan kanak-kanak di Gaza mendapat perlindungan di sempadan negara tersebut, ketika golongan lelaki Palestin berada di wilayah bergolak itu bagi mempertahankan tanah air mereka daripada kekejaman Israel.

“Saya terkilan kerana kebanyakan negara jiran dengan Gaza enggan menerima pelarian Gaza. Saya berpendapat ia tidak adil dan tidak berperikemanusiaan kerana ini sebagai perlindungan kepada pelarian yang melarikan diri daripada penindasan,” katanya pada sidang media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan ke Gaza di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Dr Mahathir turut mengecam tindakan AS menggunakan kuasa veto untuk menyekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menghantar pasukan pengaman ke Gaza.

Selain itu, beliau mahu Israel menyerahkan konflik yang berlarutan sejak 75 tahun lalu kepada mahkamah antarabangsa untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Zulkifli mahu lintasan sempadan Rafah dibuka sepenuhnya bagi membenarkan bantuan kemanusiaan seperti makanan, minuman dan pasukan perubatan ke Gaza.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersatu dalam tekad untuk memastikan pasukan pengaman boleh dihantar untuk memulihkan keadaan di Gaza.

Artikel oleh: Buletin TV3

BERI PERLINDUNGAN KEPADA PELARIAN GAZA, DR M SERU NEGARA JIRAN

https://www.buletintv3.my/nasional/beri-perlindungan-kepada-pelarian-gaza-dr-m-seru-negara-jiran/

SIDANG MEDIA “HENTIKAN SEKATAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA” - PPIM - 14/11/2023

Lebih sebulan berlakunya kekejaman Israel yang berterusan di Palestin dan sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga menyebabkan bantuan terkandas di sempadan Mesir.

Sehubungan itu, telah berlangsung satu sidang media secara langsung (LIVE) “Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza” yang dianjurkan oleh Humanity Movement bersama YABhg Tun Dr Mahathir dan gabungan NGO yang terdiri daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muslim Care serta beberapa NGO yang lain.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL