Showing posts with label TUN M. Show all posts
Showing posts with label TUN M. Show all posts

Friday, July 11, 2025

AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN & DOA SELAMAT ULANG TAHUN KE-100 TUN M - PPIM - 10/07/2025

Sekitar Majlis Kesyukuran & Doa Selamat sempena ulang tahun ke-100 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Monday, April 14, 2025

AKTIVITI | MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI & PEMBUKAAN KAPSUL MASA WAWASAN 2020 - PPIM - 13/04/2025

13 April 2025 - Ketua Aktivis PPIM, nadzimjohan@toqqi menghadiri ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 anjuran Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) bertemakan ‘Raikan Raya Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Menara Kuala Lumpur.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpeluang membuka semula Kapsul Masa Wawasan 2020 yang telah ditanam di Menara Kuala Lumpur sejak 1996 sebagai simbol aspirasi masa depan negara.

Kapsul masa itu menyimpan mesej dan dokumen penting semasa beliau memimpin negara.

Monday, May 20, 2024

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GRT DAN PPIM KE ATAS TUN M - PPIM - 20/05/2024

20 Mei 2024 - Kunjungan Hormat Global Relief Trust (GRT) & Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke atas YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Global Relief Trust adalah satu badan kebajikan Islam terbesar di United Kingdom. GRT juga telah bertapak di sebelas buah negara antaranya Palestin, Syria, Turki, Yaman, Uganda, Malawi, Pakistan, Bangladesh, Kashmir dan lain-lain.

Antara yang dibincangkan adalah mengenai pembukaan cawangan GRT di Malaysia dan memohon sokongan daripada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wednesday, November 15, 2023

BERI PERLINDUNGAN KEPADA PELARIAN GAZA, DR M SERU NEGARA JIRAN - BULETIN TV3 - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru negara jiran wilayah Gaza meningkatkan usaha bagi membantu warga Palestin yang terkesan akibat pencerobohan Israel.

Beliau juga menggesa Mesir membenarkan wanita dan kanak-kanak di Gaza mendapat perlindungan di sempadan negara tersebut, ketika golongan lelaki Palestin berada di wilayah bergolak itu bagi mempertahankan tanah air mereka daripada kekejaman Israel.

“Saya terkilan kerana kebanyakan negara jiran dengan Gaza enggan menerima pelarian Gaza. Saya berpendapat ia tidak adil dan tidak berperikemanusiaan kerana ini sebagai perlindungan kepada pelarian yang melarikan diri daripada penindasan,” katanya pada sidang media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan ke Gaza di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Dr Mahathir turut mengecam tindakan AS menggunakan kuasa veto untuk menyekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menghantar pasukan pengaman ke Gaza.

Selain itu, beliau mahu Israel menyerahkan konflik yang berlarutan sejak 75 tahun lalu kepada mahkamah antarabangsa untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Zulkifli mahu lintasan sempadan Rafah dibuka sepenuhnya bagi membenarkan bantuan kemanusiaan seperti makanan, minuman dan pasukan perubatan ke Gaza.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersatu dalam tekad untuk memastikan pasukan pengaman boleh dihantar untuk memulihkan keadaan di Gaza.

Artikel oleh: Buletin TV3

BERI PERLINDUNGAN KEPADA PELARIAN GAZA, DR M SERU NEGARA JIRAN

https://www.buletintv3.my/nasional/beri-perlindungan-kepada-pelarian-gaza-dr-m-seru-negara-jiran/

MESIR PATUT TERIMA PELARIAN WANITA, KANAK-KANAK PALESTIN - DR. MAHATHIR - UTUSAN MALAYSIA - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA: Kerajaan Mesir sepatutnya membuka pintu sempadan mereka dan memberi perlindungan kepada pelarian wanita dan kanak-kanak dari Palestin.

Itu cadangan diberikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Mesir bagi meredakan konflik Palestin – Israel ketika ini.

Dr Mahathir berkata, rakyat Palestin sepatutnya boleh mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran termasuk Mesir, namun perkara itu tidak dapat dilakukan ketika ini.

“Saya rasa ini tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Perlindungan itu sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada pelarian berkenaan.

“Justeru, saya harap negara-negara Islam di sekitar Palestin termasuk Mesir menerima sekurang-kurangnya pelarian wanita dan kanak-kanak untuk berlindung,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, golongan lelaki Palestin sebaliknya perlu kekal di Gaza bagi menghalang Israel dari terus menakluk negara itu.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, idea penyelesaian dua negara (two state solution) tidak mampu menyelesaikan konflik Palestin – Israel.

Menurutnya, Israel sendiri tidak mahu idea itu direalisasikan kerana bagi mereka, Palestin tidak boleh ada sebuah negara sekali pun.

“Tapi di waktu ini, saya tak fikir ini akan menyelesaikan masalah kerana Israel tak nak lihat Palestin ada negara pun.

“Saya berpendapat bahawa dasar
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah mahu membunuh semua orang Palestin supaya ia menjadi ‘final solution’ (tiada masalah lagi).

“Itulah yang dijanjikan Netanyahu. Walaupun dia tak sebut secara langsung, namun bagi Netanyahu ‘two state’ bukan ‘solution’ dan bagi dia hanya ada Israel sahaja dan tiada Palestin sama sekali,” katanya.

Terdahulu, Dr. Mahathir bersama beberapa wakil dan penggerak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muslim Care Malaysia Society dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berhimpun bagi program ‘Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza’ anjuran Humanity Movement.

Hadir sama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; Presiden Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan dan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

MESIR PATUT TERIMA PELARIAN WANITA, KANAK-KANAK PALESTIN - DR. MAHATHIR

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/mesir-patut-terima-pelarian-wanita-kanak-kanak-palestin-dr-mahathir/

Tuesday, November 7, 2023

AKTIVITI | SESI PERTEMUAN PPIM BERSAMA TUN M - PPIM - 06/11/2023

Sesi pertemuan PPIM bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjelaskan keadaan semasa di Gaza dan situasi di sempadan Rafah serta memujuk atau mendesak Mesir membuka sempadan Rafah.

Sesi pertemuan telah diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL