Sekitar sesi silaturahim PPIM bersama Richiamo Coffee dan usahawan-usahawan Muslim di UTM Semarak.
Showing posts with label USAHAWAN. Show all posts
Showing posts with label USAHAWAN. Show all posts
Saturday, January 13, 2024
Saturday, July 17, 2021
5801) RAMAI SUDAH MUFLIS, MAMPU KAH USAHAWAN BERTAHAN? - LIVE YOUTUBE PPIM - TV.PPIM - 16/07/2021
LIVE YOUTUBE PPIM - 'RAMAI SUDAH MUFLIS, MAMPU KAH USAHAWAN BERTAHAN?'
Kes makin naik, jadi harapan untuk PKP berakhir akan tergendala?
Macam mana nasib para usahawan dan peniaga yang terus tidak diperlahankan operasi perniagaannya?
Mampukah mereka kekal bertahan untuk tempoh beberapa bulan lagi?
Ekonomi semakin parah dan semakin ramai usahawan jatuh muflis
Jom saksikan diskusi berkenaan hal ini di laman Facebook PPIM yang sedang berlangsung sekarang,
Ayuh saksikan!
-----
Jom sertai laman sosial kami:
Channel Telegram PPIM
https://t.me/SahabatPerjuanganPPIM
TikTok:
https://www.tiktok.com/@ppim.official
Twitter
https://twitter.com/PPIM_official
Instagram
ppim.official
Youtube
Tv.ppim
Sumber: TV.PPIM
RAMAI SUDAH MUFLIS, MAMPU KAH USAHAWAN BERTAHAN? - LIVE YOUTUBE PPIM
Saturday, November 23, 2019
Friday, August 12, 2016
Wednesday, November 18, 2015
2361) USAHAWAN BUMIPUTERA VAPE KELIRU, KHUATIR PERNIAGAAN RM2.8 BILION TERJEJAS.
Sebanyak 90% daripada peruncit vape adalah usahawan Bumiputera, mengikut rekod Persatuan E-Vaporizer dan Alternatif Tembakau Malaysia (Mevta), ketika bantahan terhadap cubaan Kementerian Kesihatan mengetatkan kawalan ke atas industri itu semakin diwarnai faktor perkauman.
Jumlah yang dianggarkan itu hanya berdasarkan kira-kira 1,000 perniagaan vape yang berdaftar di bawah persatuan itu, tidak termasuk peniaga tidak berdaftar, kata Naib Presiden Mevta Rizani Zakaria.
"Contohnya, mereka yang berniaga di pasar malam, tepi jalan atau ‘uptown’. Geng ini ramai Melayu juga. Kita kira hanya 1,000 kedai ini saja,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Peniaga dan penjual rokok elektronik atau vape kini berdepan ketidaktentuan berhubung penggunaan dan penjualan produk tersebut susulan tindakan kementerian menyerbu dan merampas cecair perasa vape baru-baru ini di beberapa premis perniagaan itu.
Perniagaan yang majoritinya dipelopori usahawan Melayu itu keliru dengan kenyataan pelbagai pihak yang tidak konsisten berhubung masa depan dan nasib perniagaan mereka.
Sebuah premis yang menjual peralatan dan perasa vape terkemuka di Shah Alam mengalami kerugian sehingga RM100,000 apabila 3,000 botol perasa cecair vape yang mengandungi nikotin dirampas KKM.
“Kementerian datang tidak ada surat atau makluman, mereka datang secara mengejut dan merampas 3,000 botol perasa cecair vape yang bernikotin.
"Kami ingatkan mereka datang sekadar mahu mengambil sampel cecair perasa, tetapi mereka rampas semua botol yang mengandungi label nikotin,” kata Pengarah Urusan Cirgaro Vapestore Shah Alam, Ahmad Taufiq El Azzam.
Anak muda berusia 30 tahun itu berkata kepada The Malaysian Insider, kementerian juga tidak memberikan sebarang jaminan sama ada cecair perasa vape yang dirampas itu akan dikembalikan semula kepada mereka atau tidak.
“Mereka ambil masa 3 jam untuk membungkus perasa yang dirampas,” katanya dan menambah, perniagaan premisnya bagaimanapun masih diteruskan namun mereka tidak lagi menjual cecair perasa bernikotin.
Malaysia dilaporkan menduduki tangga kedua tertinggi dalam bilangan pengguna vape selepas Amerika Syarikat, dengan nilai perniagaan itu di negara ini mencecah sehingga RM2.8 bilion, kata Rizani.
Beliau yang turut mengusahakan perniagaan vape berkata, Malaysia bukan saja mengimport produk berkenaan dari luar negara, malah ia turut menjadi pengeksport cecair perasa vape ke luar negara.
Katanya, susulan serbuan kementerian di lebih 300 kedai vape sebelum ini, yang kebanyakannya terletak di Selangor, beliau dan ramai peniaga lain mula khuatir untuk berniaga dan memilih menutup premis mereka kerana takut barangan dan produk mereka dirampas kementerian.
Beliau berkata, keengganan kementerian berkenaan mengadakan perbincangan dengan Mevta turut menyukarkan keadaan.
Sedangkan, katanya, persatuan yang dimulakan sejak Mac 2004 itu menghantar surat kepada kementerian 6 bulan selepas ditubuhkan dalam usaha mereka membolehkan kawal selia dilakukan kerajaan terhadap penjualan dan penggunaan vape.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kepada The Malaysian Insider, seperti mana rokok dan alkohol, perniagaan vape tidak seharusnya dianaktirikan, sebaliknya penguatkuasaan perlu dilakukan untuk membolehkannya dijual secara terkawal.
Ini kerana, katanya, sifat vape itu sendiri sebenarnya adalah “terapi” kepada perokok tegar yang ingin meninggalkan tabiat merokok mereka.
Lebih-lebih lagi, beliau mendakwa, kempen berhenti merokok anjuran Putrajaya gagal memberikan kesan, sedangkan jutaan ringgit dihabiskan kerajaan dalam kempen itu.
“Seperti mana 'pelekat nikotin’, vape ini pun terapi untuk perokok berhenti daripada merokok, boleh menghilangkan ketagihan merokok.
"Ini juga suatu usaha dalam proses untuk berhenti merokok. Untuk itu kita perlu ada penguatkuasaannya.
"Kementerian Kesihatan tidak seharusnya sibuk berkenaan cukai, itu tugas Kementerian Kewangan. Masing-masing ada tugas mereka,” katanya.
Beliau turut mengingatkan Kementerian Kesihatan supaya melaksanakan tindakan selari dengan keputusan Kabinet sebelum ini yang memutuskan tidak mengharamkan penggunaan vape.
"Saya tidak hendak kata benda ini baik. Alang-alang orang nak berniaga, biarkan mereka berniaga. Tetapi perlu ada peraturan yang jelas. Kalau tidak, nanti akan ada yang menyeludup.
“Penguatkuasaan dan seliaan harus dilakukan terhadap ramuan cecair perasa vape, sama ada mereka perlu mengikuti kursus atau sebagainya. Perlu ada badan yang mengawal selianya,” katanya.
Beliau menambah, kelemahan dalam sistem hari ini adalah tiada garis panduan khusus daripada segi penggunaan dan penjualan vape, sedangkan ia bukan perkara baharu dalam kalangan masyarakat di negara ini.
"Kelemahannya kita tiada garis panduan, ini bukan benda baru, tetapi tiada tindakan. Tindakan yang diambil perlu munasabah dan masuk akal,” katanya.
Sependapat dengan Nidzam, Rizani berkata, terdapat pelanggannya yang bukan saja meninggalkan tabiat merokok dan beralih kepada vape 100%, sebahagian mereka juga mula berhenti merokok dan tidak lagi menggunakan vape.
"Kalau ikut pengalaman saya berniaga, sejak 5 tahun lepas, daripada 10 pelanggan, 40% berhenti merokok 100%. Ada yang ambil masa setahun, 2 tahun, malah ada yang 6 bulan sudah berhenti.
"Daripada merokok, dia vape, berhenti rokok, kemudian berhenti vape. Ini yang betul, saya merokok 20 tahun lebih, saya tukar kepada vape, nak tukar terus tidak boleh.
"Tetapi sekarang dah boleh kawal. Tidak mencari-cari vape. Kadang-kadang saja. Sekarang rokok pun (rasa) tidak sedap,” katanya.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd. Shukor Husin sebelum ini dilaporkan berkata, majlis itu mengharamkan penggunaan vape melalui fatwanya, dan keputusan itu diputuskan dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha sebelum ini.
Katanya, apabila cukup dapatan iaitu membahayakan, membazir dan memudaratkan daripada segi kesihatan, maka penggunaan vape adalah haram.
Mevta bagaimanapun berpendapat, peralihan daripada merokok yang dianggap memudaratkan kepada penggunaan vape yang lebih menyihatkan adalah “harus” dan tidak terletak pada hukum haram.
"Dalam Islam kalau kita beralih daripada mudarat kepada kurang mudarat, itu jatuh hukum harus. Tetapi ia boleh jatuh hukum haram kepada orang yang tidak vape tetapi ingin vape. Untuk apa, trend? Sedangkan dia tidak mengetahui apa yang digunakannya.
“Vape ini jatuh hukum haram pada orang yang suka membazir. Maksudnya dia bukan nak berhenti merokok, dia beli vape untuk suka-suka, gunakan duit belanja untuk perkara yang tidak sepatutnya,” kata Rizani. – 18 November, 2015.
SUMBER: THE MALAYSIAN INSIDER
SUMBER: THE MALAYSIAN INSIDER
Thursday, October 1, 2015
Wednesday, September 30, 2015
2862) KERATAN AKHBAR - 30/9/2015 - SEGERAKAN BAYARAN UNTUK ELAK LEBIH RAMAI USAHAWAN BUMIPUTERA BANKRAP
Tuesday, September 29, 2015
2861) KELEWATAN BAYARAN OLEH AGENSI KERAJAAN PUNCA USAHAWAN BUMIPUTERA GULUNG TIKAR
29 SEPTEMBER 2015 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelar agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikhuatiri tidak membantu usahawan bumiputera kerana dikatakan lewat membuat bayaran sehingga menyebabkan kebanyakan dari mereka terpaksa 'gulung tikar'.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga yang menghadapi masalah kewangan untuk terus 'hidup' atau memajukan perniagaan mereka ekoran kelewatan bayaran tersebut.
Kelewatan bayaran ini juga turut mengakibatkan banyak peniaga terjerumus dengan pinjaman 'Ah Long' kerana sudah tidak ada peluang lain untuk mendapatkan wang supaya mereka dapat terus berniaga (modal), katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PPIM, Villa Puteri sebentar tadi.
PPIM juga menyatakan kerisauan dengan keadaan ini kerana ramai lagi pengusaha sedang menghadapi masalah yang sama.
Gesaan ini juga lanjutan kenyataan yang dinyatakan oleh Datuk Ab. Rahim Abu Bakar, Presiden Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM) seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2015.
"Ramai usahawan bumiputera bakal gulung tikar sekiranya firma asing mengambil alih aset tenaga negara lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi semasa yang tidak menentu ditambah pula dengan kelemahan ringgit."
Oleh itu, agensi yang dinyatakan diseru agar memberikan kerjasama yang sewajarnya dan perlu mencari jalan untuk membantu mereka disamping dapat memudahkan urusan yang boleh dipermudahkan. - ADMIN
Thursday, September 24, 2015
Monday, August 17, 2015
Friday, March 27, 2015
2529) BERNAMA - 20/03/2015 - Permudahkan Proses Bantuan Wang Bagi Usahawan Bumiputera - PPIM
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) Selangor pada Khamis menggesa agensi yang terlibat dalam pengurusan dana usahawan Bumiputera agar mempercepatkan proses pengagihan bantuan tersebut.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana para usahawan yang memohon bantuan daripada agensi-agensi berkenaan benar-benar memerlukan dana tersebut.
"Dari maklumat yang saya terima, kelulusan bantuan telah hampir RM1 bilion tetapi pengeluaran hanya sekitar RM64 juta, dan ada kes-kes yang telah melepasi dua tahun tetapi masih tiada bantuan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media di sini.
Nadzim berkata keadaan seumpama itu amat menyukarkan para usahawan dan harus diperbetulkan segera.
"Prestasi pegawai-pegawai harus dipantau dan saya menyeru para usahawan untuk memberikan nama pegawai yang tidak efisien kepada PPIM, di mana kita akan mengumpul nama-nama tersebut dan menyerahkannya kepada pihak kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Nadzim turut menyokong sepenuhnya pengagihan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) kepada usahawan Bumiputera.
"Saya harap pengagihan dana tersebut dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya usahawan-usahawan yang terlibat tidak perlu menunggu lama," kata beliau.
Pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Datuk Husni Salleh berkata TERAJU akan menyalurkan RM1.5 bilion kepada syarikat Bumiputera berprestasi tinggi (TeraS) tahun ini.
-- BERNAMA
2524) UTUSAN - 21/03/2015 - Kerenah Birokrasi Jejas Peluang Usahawan Bumiputera
KUALA LUMPUR 20 Mac – Urusan dokumentasi yang mengambil tempoh terlalu lama di kebanyakan agensi pinjaman perniagaan menyebabkan usahawan bumiputera sukar mengembangkan perniagaan mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, masalah tersebut menyebabkan golongan usahawan berkenaan terpaksa mencari pelbagai kaedah lain untuk memperoleh modal bagi meluaskan perniagaan mereka.
Katanya, masalah itu secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan mereka dan meluaskan jurang ekonomi antara kaum di negara ini.
“PPIM menerima banyak aduan daripada pengusaha Melayu bahawa mereka terpaksa berdepan dengan urusan dokumentasi yang lama untuk memohon pinjaman dan setelah menunggu sekian tempoh, permohonan pinjaman tidak diluluskan tanpa makluman awal.
“Tanggapan bahawa orang Melayu mudah untuk mendapat pinjaman perniagaan dan perumahan patut dikikis dalam kalangan masyarakat hari ini. Hakikatnya, orang Melayu juga berdepan dengan masalah birokrasi di agensi-agensi berkaitan,“ katanya dalam sidang akhbar berhubung masalah pengagihan dana kepada usahawan di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) Selangor, Normah Abu Bakar; timbalannya, Mohd. Latifi Hashim dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Bakti Malaysia (Perkib), Dr. Mohd. Mokhtar Ghazali.
Dalam pada itu, Nadzim menegaskan kerajaan perlu meneliti dan mengadakan perbincangan bersama persatuan-persatuan perniagaan untuk mengenal pasti golongan usahawan yang layak menerima bantuan pinjaman.
Jelas beliau, langkah itu penting bagi memastikan tidak berlakunya situasi berat sebelah yang menyaksikan pihak tidak sepatutnya menerima pinjaman.
Sementara itu, Normah berkata, agihan pinjaman perniagaan yang ditetapkan oleh kerajaan perlu dilaksanakan secara adil dan telus untuk kepentingan semua pihak termasuk golongan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang semakin berkembang di negara ini.
“Banyak pengusaha Melayu gulung tikar akibat tidak mempunyai modal mencukupi bagi mengembangkan perniagaan mereka dan itu merupakan satu kerugian untuk ekonomi negara,” katanya.
Thursday, January 16, 2014
1116) HARIAN METRO 16/1/2014 USAHAWAN JATUH LINGKUP
Headline: Usahawan jatuh lingkup
Publication: HM
Date of publication: Jan 16, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 002
Byline / Author: Oleh Suraya Roslan; Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Dia pernah merangkul anugerah pengedar terbaik
sebuah syarikat automotif di negara ini, namun kini hidup melarat selepas
diburu sembilan ceti haram atau along temasuk seorang pembiaya bergelar Datuk
Seri.
Bukan saja perlu menanggung hutang mingguan berjumlah
RM650,000, usahawan itu kini terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah RM7
juta sejak awal tahun ini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurin, 40-an berkata, dia
yang bercadang untuk menambah cawangan ruang pameran keretanya diperkenalkan
kepada orang kenamaan (VIP) penghujung tahun lalu oleh seorang pegawai bank
dengan nilai pinjaman RM5 juta.
Katanya, disebabkan beberapa masalah teknikal, pegawai itu
kemudiannya merujuk permohonannya kepada VIP berkenaan kononnya boleh membantu
mendapatkan pinjaman dalam tempoh singkat.
"Awal bulan lalu saya pergi ke sebuah bank di negeri
ini untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan empat bilik pameran kereta.
"Bagaimanapun pegawai bank berkenaan kemudian merujuk
saya kepada seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang kemudiannya bersetuju
memberikan RM5 juta tanpa menyatakan tempoh pembayaran balik. Disebabkan
memerlukan modal pusingan segera, saya setuju," katanya ketika membuat
aduan kepada Pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) Yati Shaharudin.
Menurutnya, dia kemudian terpaksa berhutang dengan lapan
along yang lain bagi melangsaikan hutang dengan Datuk Seri berkenaan dengan
setiap satunya berjumlah antara RM50,000 hingga RM70,000 seminggu.
"Bagaimanapun, kini saya ketakutan apabila ada along yang
bertindak menyimbah cat merah sebuah bilik pameran kepunyaan saya.
"Disebabkan hal ini, salah sebuah bilik pameran
terpaksa ditutup kerana kerugian besar kepada syarikat automotif berkenaan.
Habis semua kereta baru yang sepatutnya untuk dijual kepada pelanggan terkena
simbahan cat itu," katanya.
Sementara itu Yati berkata, pihaknya sudah berhubung dengan
along terbabit untuk menjadualkan semula dan menangguh pembayaran pinjaman
Nurin kepada semua along terbabit.
"Kita juga memberikan khidmat kaunseling serta
pengurusan kewangan kepadanya yang seperti hilang arah walaupun sebelum ini
pernah menjadi usahawan automotif berjaya," katanya.
Friday, December 27, 2013
1059) ASTRO AWANI 23/12/13 :MEMPERKASAKAN USAHAWAN IKS
Sila klik link berikut untuk video : http://www.astroawani.com/videos/show/awani-7-45/memperkasakan-usahawan-iks-21783
Monday, October 21, 2013
Saturday, September 28, 2013
914) RENCANA UTUSAN MALAYSIA 27/9/13 : Antara agenda peruntukan dengan pelaksanaan
Oleh DR. AHMAD ZAKI
ISMAIL
PERTAMANYA berita
terhangat adalah janji Perdana Menteri memperuntukan berbilion-bilion ringgit
lagi untuk diagihkan kepada bumiputera. Maka riuh-rendah pula para penyokong
dan NGO menyokong bahawa Perdana Menteri sangat berani dan prihatin dengan
nasib bumiputera. Tetapi benarkah itu semua?
Tidak perlu jauh
meneliti tidak susah untuk mengkaji, tanya sahaja para peniaga dan usahawan
bumiputera di mana sahaja anda temui. Tanya dengan ikhlas dan minta mereka
jawab dengan penuh rasa tanggungjawab. Benarkah mudah mendapat bantuan,
sungguhkah anda pernah memperolehi pinjaman atau tahukah bagaimana untuk
mendapatkan modal pusingan.
Tentu anda semua
terpinga-pinga apabila mendapati hampir 90 peratus tidak sampai kepada golongan
sasaran berkenaan kerana setiap bantuan tersebut tidak tersalur kepada golongan
ini.
Mungkin ramai orang
yang teruja dengan statistik peruntukan yang disediakan, tidak kurang juga yang
teruja dengan janji yang diberikan tetapi hakikatnya kepada para usahawan dan
peniaga bumiputera tulen ia cuma satu lagi pengumuman bagi mengalih perhatian.
Sebenarnya ia sudah
lama menghantui kumpulan usahawan IKS bumiputera selama ini. Mereka telah
dijanjikan, mereka telah dimaklumkan dan sudah pun diuar-uarkan diberikan
pelbagai peruntukan dana yang jumlahnya juga berbilion-bilion sebelum ini. Baik
yang berupa pinjaman malah ada juga dalam bentuk geran.
Malangnya dana itu
bukan sahaja tidak diperolehi tetapi dijadikan komoditi dagangan pula oleh
agensi pentadbir dan pengurus yang dilantik oleh Kementerian Kewangan. Dengan
jumlah dana yang begitu besar, tentunya agensi pengurus memperolehi banyak
keuntungan jika disimpan selama mungkin dalam tabungan mereka.
Dengan itu, di
hujung tahun sudah tentu penyata untung rugi mereka menunjukkan angka
keuntungan yang besar dan Ketua Pegawai Eksekutif mereka mendabik dada kononnya
mereka pandai berniaga.
Lebih buruk lagi,
sesetengah kakitangan agensi yang mengurus dana seolah-olah sengaja mencari
salah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagal dan melewatkan proses
pengeluaran dana berkenaan.
Mereka bukan sahaja
tidak bertindak sebagai pemudah cara tetapi lebih kepada penghalang kepada
pemohon daripada mendapatkan fasiliti berkaitan. Akhirnya, saban tahun dana
berkenaan tidak pun dikeluarkan ataupun hanya sebahagian yang terlalu kecil
sahaja yang berjaya mendapatkannya.
Ramai antara mereka
yang terdesak terpaksa beralih kepada peminjam wang berlesen dan ahlong bagi
mengatasi masalah kecairan tunai terutama untuk kerja-kerja yang memerlukan
pematuhan kepada jadual dan tarikh yang termaktub dalam kontrak.
Isu utama yang sebenarnya
kepada para usahawan IKS bumiputera bukan ketiadaan dana tetapi dana berkenaan
tidak sampai kepada mereka. Semak sahajalah tabung-tabung dana yang sudah
diluluskan sebelum ini, melambak yang gagal diagihkan kepada golongan sasaran
dengan alasan-alasan yang sengaja di reka dalam laporan tahunan agensi pemegang
amanah yang diberikan tugas.
Sepatutnya Ketua
Pegawai Eksekutif dan para pegawai kanan agensi berkaitan di kenakan tindakan
tatatertib dan ditamatkan perkhidmatan mereka kerana kegagalan mereka inilah
yang menyebabkan pencapaian sasaran DEB tidak mampu di capai menurut pelan asal
dan semakin merosot muttakhir ini.
Adalah lebih baik
kesemua agensi yang telah diberikan amanah ini dipantau dengan lebih ketat dan
sentiasa berusaha dengan penuh komited mengagihkan dana yang diperuntukkan itu
bagi menjamin segala agenda yang sudah di atur akan berupaya digerakkan dan
mencapai matlamatnya.
Mungkin juga inilah
di antara sebabnya ramai orang Melayu kelas pertengahan amat kecewa dengan
pemerintah kerana merasakan mereka di abaikan meskipun banyak yang telah
dilakukan kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah.
Golongan pertengahan
ini sebenarnya amat berpengaruh kerana menggaji ratusan pekerja dan pekerja
berkenaan mempunyai ribuan pula ahli keluarga yang sudah tentu sedikit sebanyak
berkongsi pendapat dengan majikan mereka.
Adalah kena pada
masanya pada persidangan UMNO yang akan datang, isu ini dibincangkan dengan
lebih teliti dan mendalam kerana tidak guna hujah yang berdegar-degar umpama
ayam jantan yang berkokok nyaring namun ekornya masih bergelumang tahi.
Menjadi hero bukan
dengan bijak berbahas tetapi kini orang Melayu dan bumiputera mahu melihat
kesetiaan dan ketaatan mereka dibayar dengan imbuhan yang sepadan. Bukan sering
di kesampingkan hingga muncul bidalan kera di hutan sentiasa disusukan.
Para aktivis NGO
bumiputra sendiri turut merasa terkilan apabila suara mereka yang sering
menyokong dan membantu meskipun kadang kala mengkritik secara membina masih
dipandang sepi.
Semua ini sebenarnya
bergerak seirama dan ia bukan secara terpencil. Kalau kita berlapang dada dan
mengambil sedikit inisiatif untuk meneliti senario semasa maka kita tentu akan
menyedari apa yang berlaku dewasa ini sebenarnya merupakan gerakan- gerakan
terancang yang begitu teratur dilaksanakan satu persatu tanpa kita sedarnya
jika kita memandang secara sambil lewa.
Sebaliknya, amat
menyedihkan apabila kita melihat di sana sini, politikus masih bermain politik
dan politiking tetap memainkan agenda cah keting. Kawan ditikam dari belakang,
perebutan takhta dan kuasa masih berleluasa dan tidak mungkin boleh
disembunyikan meskipun cuba ditutup dengan nyiru alaf baru senyum palsu dan
dakapan tipu.
Inilah yang
dikatakan kena buka mata, telinga akal dan minda sebagai orang yang diberi
kuasa, baik ahli politik atau para pegawai pentadbir supaya mempunyai agenda
dan saling bantu membantu dalam melaksanakannya demi kepentingan ummah. Kenapa
kuasa politik dan pentadbiran yang berada di tangan kita, tidak mampu digunakan
menjadi pelantar untuk mengukuhkan pengagihan kek ekonomi dan kekayaan negara
secara adil dan sama rata.
Isu yang paling
mudah kita lihat ialah bagaimana kes penguasaan pasaran iklan di sektor
komersial telah tidak berupaya dimanfaatkan sebaik-baiknya sehingga orang lain
melapah dengan lahap peruntukan untuk sektor berkenaan. Walhal media pembaca
dan penonton sebenarnya dikuasai oleh yang berbahasa Melayu dan sudah tentu
kalau mengikut justifikasi pengiklanan, kena mengutamakan media berbahasa ini
sebab impak kepada pasarannya lebih meluas.
Malangnya, mereka
yang membuat keputusan dipengaruhi oleh sentimen bodoh sombong seperti mana
yang berlaku baru-baru ini sehingga sanggup memperlekeh bahasa dan bangsa
sendiri dan mereka diletakkan di tempat yang begitu strategik dan tinggi.
Salah siapakah
sebenarnya yang mewujudkan golongan kaduk naik junjung dan tidak sedar diri
ini. Kalau kerajaan bertindak tegas dan serta-merta kepada golongan ini maka
kaum bumiputera tentu merasa gembira dan terbela kerana mereka telah memberikan
amanah kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memperjuangkan nasib mereka bukan
kepada golongan lupa diri itu.
Jangan apologetik
lagi, masa berbasa basi sudah berlalu. Rakyat mahu keputusan drastik dan mampu
melihat kerajaan membalas budi mereka. Hapuskan tohmahan bahawa kenaikan harga
minyak baru-baru ini sebagai hadiah kerana mengundi BN. Buktikan bahawa bukan agenda
minyak sahaja yang penting tetapi mengambil kembali kuasa, memposisikan kembali
arah, menggerakkan semula agenda tanpa sebarang kompromi, itulah yang ingin
dilaksana.
Semoga persidangan
UMNO yang bakal datang bukanlah hanya sebagai gelanggang mengadu domba kuasa,
merungkai persahabatan yang sudah sembuh daripada luka tetapi lebih kepada
menggerakkan jentera pelaksana membalas budi rakyat jelata. Jangan susu yang
diberi dibalas pula dengan tuba.
DR. AHMAD ZAKI
ISMAIL
Penasihat Pertubuhan
Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130927/re_07/Antara-agenda-peruntukan-dengan-pelaksanaan#ixzz2g7FYhSN8© Utusan Melayu (M)
Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(403)
-
▼
September
(75)
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH URUSAN...
- AKTIVITI | TOQQI HADIR BICARA NEGARA BERSAMA AKADE...
- AKTIVITI | TARIF ELEKTRIK: PPIM BERUSAHA GIGIH MEM...
- BEKAS JURURADIOGRAFI PPUM MAHU SAMAN BERKAIT DAKWA...
- EX-UMMC RADIOGRAPHER PLANS TO SUE, SEEKS OTHER STA...
- BEKAS JURURADIOGRAFI PPUM MAHU SAMAN HOSPITAL - HA...
- AKTIVITI | SIDANG MEDIA KHAS DESAKAN PENUBUHAN RCI...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-70: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK ANTARA PPIM DAN ...
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA FINAS ...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TN...
- TUNGGAKAN BIL ELEKTRIK PATUT DIBENAR BAYAR SECARA ...
- BIL ELEKTRIK MELONJAK, PPIM TUNTUT PENJELASAN TELU...
- PPIM TUNTUT PENJELASAN PENGIRAAN TARIF BAHARU ELEK...
- KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTU...
- PPIM, PEMBELA UMMAH TUNTUT PENJELASAN KENAIKAN ELA...
- AKTIVITI | MAJLIS SARAPAN PAGI PERCUMA HARI MALAYS...
- KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTU...
- NEGARA PERLU ISYTIHAR DADAH DALAM TALIAN SEBAGAI M...
- MEDIA SOSIAL LUBUK JUAL DADAH, PLATFORM DIGESA TAK...
- JANGAN TUNGGU ADA KES MATI! SUDAH TIBA MASA HERET ...
- SUE SOCIAL MEDIA PLATFORMS OVER SALE OF DRUG-LACED...
- SAMAN PLATFORM MEDIA SOSIAL JUAL VAPE DADAH, KATA ...
- PENGEDAR GUNA 'LINGO' RAHSIA JUAL DADAH ONLINE - C...
- NEGARA PERLU ISYTIHAR DADAH DALAM TALIAN SEBAGAI M...
- AKTIVITI | WAWANCARA KHAS BERSAMA TOQQI & CAPRICE ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN HARI MALAYSIA & PELANCARAN PRO...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-69: SAMBUTAN HARI MALAY...
- PPIM TUBUH UNIT ANTI-SCAM PERKSA PERLINDUNGAN MANG...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETATKAN UNDANG-UND...
- UNIT ANTI-SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SAL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA AIBIM - PPIM - ...
- UNIT ANTI -SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SA...
- PPIM TUBUHKAN UNIT ANTI-SCAM DI BAWAH GERAKAN RAKY...
- PODCAST PPIM | SUARA PRIHATIN RAKYAT - PPIM - 10/0...
- PPIM CALLS FOR ASSET SEIZURES, HARSHER PENALTIES F...
- PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA LEBIH LAMA TERH...
- PPIM MAHU ASET SCAMMER DIBEKU, DIRAMPAS - UTUSAN M...
- SCAMMER: PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA MAKSIM...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN STAFF PPIM - PPIM - ...
- KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA - PPIM ...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETAT UNDANG-UNDANG...
- AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGA...
- AKTIVITI | PROGRAM INDUSTRI "LET'S TALK CX: CONNEC...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA O...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEK...
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(75)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

























