Showing posts with label MELAYU. Show all posts
Showing posts with label MELAYU. Show all posts

Tuesday, May 31, 2022

MELAYU SERONOK TENGOK BANGSA SENDIRI GAGAL - MALAKAT TRIBUNE - 17/05/2022

 

KUALA LUMPUR – Penutupan Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka bukan petanda kempen Buy Muslim First (BMF) di negara ini telah gagal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan penamatan operasi pusat beli-belah itu pada Februari lalu sebagai ‘batu nisan’ kepada kempen itu adalah tindakan berniat jahat.

Sebaliknya beliau berkata, tohmahan yang dilempar terhadap usaha Kumpulan Malakat Eco memperluas platform dan eko-sistem ekonomi Islam itu harus dilihat sebagai kegagalan umat Islam bersatu hati.

“Masalah kita adalah semangat. Memang kita boleh tuding jari kepada pihak-pihak yang tidak berjaya. Tapi adakah kita seronok melihat kegagalan bangsa kita sedangkan dalam isu ini kita dalam ‘kapal’ yang sama.

“Kalau kita sama-sama menyokong dan kuat semangat untuk membina ekonomi Islam, mungkin tidak tutup.

“Tapi kita tidak sokong pun, menyebabkan kita tak mampu bersaing, sehingga dihina oleh bangsa lain, memang padan muka kita,” katanya kepada Malakat Tribune dalam pertemuan di pejabatnya hari ini.

Isu penutupan cawangan kedua pusat beli-belah Malakat Mall di Masjid Tanah menjadi topik hangat selepas segelintir pihak mengaitkan perkembangan itu sebagai bukti kegagalan kempen BMF.

Di negara ini, kempen tersebut digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PPIM, Pembela, Perkid dan beberapa lagi NGO Muslim lain.

Pengasas Malakat Mall Mohd. Fadzil Hashim (kanan) mengiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pada majlis Pelancaran Malakat Mall di Cyberjaya, pada 2019.

Lebih menyedihkan katanya, tuduhan itu dilempar tanpa memahami isu dalaman dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Malakat Mall sehingga kini.

“Dalam kes Coach Fadzil (Pengasas Malakat Mall) di Masjid Tanah, Malakat Mall bertapak di situ selepas dijemput untuk memajukan semula, berbincang dan bersetuju dengan syarat-syarat tertentu.

“Pendek kata bangunan yang telah kosong sejak lebih 4 tahun itu diserahkan kepada Malakat Mall untuk ‘dihidupkan’ semula.

“Kita juga kena faham bahawa Malakat Mall berjuang berseorangan tanpa ada bantuan daripada mana-mana agensi pun. Kalau tutup di Melaka tak bererti gagal,” katanya.

Nadzim atau lebih dikenali dengan Tokki berkata, penutupan Malakat Mall selepas lebih setahun beroperasi di siitu tidak seharusnya diperbesarkan kerana kumpulan perniagaan itu terus kekal di Cyberjaya.

Selain itu katanya, pembukaan pusat beli-belah tersebut untuk menyediakan peluang dan ruang perniagaan kepada usahawan tempatan dilakukan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Kita kena faham Malakat Mall di situ dibuka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa itu banyak lagi syarikat yang gagal, tidak pula diperbesarkan.

“Misalnya, kita lihat sudah berpuluh tahun kerajaan dengan agensi-agensi bertungkus-lumus dalam pembangunan ekonomi dan sektor-sektor lain, berbilion-bilion sudah dibelanjakan…mana ada kejayaan yang boleh dibanggakan pun?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam supaya memahami konsep perjuangan yang tidak seharusnya dinilai dengan kejayaan tetapi usaha yang berterusan.

“Soal perjuangan ini tidak boleh dilihat kepada kejayaan tapi usaha kita kerana kejayaan bukan urusan kita tapi dinilai Allah dengan usaha kita.

“Biarlah kita menjadi seperti burung pipit yang cuba memadamkan api dengan air di paruhnya. Kalau tidak berjaya pun, kita telah berusaha,” ujar beliau.

Tokki yang kecewa terhadap usaha sesetengah pihak mengkritik seolah-olah mahu ‘mematikan’ kempen BMF dalam nada sinis berkata, perkataan tolong-menolong sepatutnya ‘dibuang’ daripada kamus hidup orang Melayu.

“Tunggulah sehingga esok kita akan menerima nasib yang sama seperti Rohingya di Myanmar dan Melayu Champa yang sudah ada tamadun beribu tahun akhirnya merempat di bumi sendiri,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

MELAYU SERONOK TENGOK BANGSA SENDIRI GAGAL

https://www.malakattribunenews.com/2022/05/melayu-seronok-tengok-bangsa-sendiri-gagal/

Wednesday, February 17, 2021

5412) AHLI POLITIK MELAYU PERLU BELAJAR DENGAN DAP DAN MCA-PPIM - MALAKAT TRIBUNE - 16/02/2021

 


CYBERJAYA - Ahli politik Melayu sepatutnya belajar daripada DAP dan MCA yang tidak memecahbelahkan kaum Cina di negara ini walaupun mereka tidak sependapat dalam arena politik.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, semua ahli politik Melayu sepatutnya bersatu agar lebih dihormati.

Nadzim berkata, beliau kesal dengan situasi sekarang khususnya dalam arena politik negara kerana perpecahan kaum Melayu itu ditimbulkan oleh orang Melayu sendiri.

"Perkara ini amat memalukan kerana yang mahu memecahbelahkan kaum Melayu adalah orang Melayu itu sendiri. Adakah orang Melayu sudah hilang rasa malu dan selesa bergaduh secara terbuka.

"Adakah kita mahu orang Melayu di sini menerima nasib yang sama seperti kaum Melayu Champa atau kaum Rohingya yang kini mengemis di negara sendiri?

"Melihat perkembangan terkini terutama dalam dunia politik negara, saya bimbang dan mahu rakyat lebih bijak menilai apakah keutamaan kaum Melayu masa kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim juga menyeru rakyat Malaysia khususnya orang melayu di negara ini untuk bertindak dan menguatkan perpaduan dan mengabaikan pihak yang ada cuba memecahbelahkan orang Melayu.

"Kita pilih nak lemah atau nak kuat dan dihormati. Jika kita bersatu, kita dihormati dan jika kita berpecah kita akan lemah dan akan dihina.

"Buatlah pilihan bijak dan perlu buang kesombongan dan sanggup berkorban seperti bangsa-bangsa yang berjaya. 

"Kesan perpecahan kaum ini amat bahaya, jika bukan sekarang, saya khuatir kita akan kehilangan ketuanan Melayu dan nasib kita semua akan berakhir dengan tragedi," katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

AHLI POLITIK MELAYU PERLU BELAJAR DENGAN DAP DAN MCA-PPIM

https://www.malakattribunenews.com/2021/02/ahli-politik-melayu-perlu-belajar-dengan-dap-dan-mca-ppim/

5411) PARTI POLITIK MELAYU PERLU CONTOHI DAP, MCA: PPIM - SINAR HARIAN - 16/02/2021

 


SHAH ALAM - Ahli politik Melayu perlu mencontohi parti DAP dan MCA yang tidak memecah belahkan kaum Cina negara ini walaupun mereka tidak sependapat dalam arena politik, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata, apa yang berlaku khususnya dalam arena politik negara kini amat mengecewakan dan memalukan kerana yang mahu memecah belahkan kaum Melayu adalah orang Melayu itu sendiri.

“Adakah orang Melayu sudah hilang rasa malu dan selesa bergaduh secara terbuka di hadapan orang lain?

“Kita pilih nak lemah atau nak kuat dan dihormati. Jika kita bersatu, kita dihormati dan jika kita berpecah kita akan lemah dan akan dihina.

“Buatlah pilihan bijak dan perlu buang kesombongan dan sanggup berkorban seperti bangsa-bangsa yang berjaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Nadzim turut menyifatkan masyarakat Melayu di negara ini amat mementingkan diri tanpa memikirkan kesan jangka panjang daripada perbuatan mereka sendiri.

“Adakah kita mahu orang Melayu di sini menerima nasib yang sama seperti kaum Melayu Champa atau kaum Rohingya yang kini mengemis di negara sendiri?" soalnya.

Justeru, ujar beliau berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu di negara ini perlu bertindak dan menguatkan perpaduan dalam kalangan kaum Melayu dan mengabaikan pihak yang cuba memecah-belahkan orang Melayu.

“Kesan perpecahan kaum ini amat bahaya, jika bukan sekarang, saya khuatir kita akan kehilangan ketuanan Melayu dan nasib kita semua akan berakhir dengan tragedi,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

PARTI POLITIK MELAYU PERLU CONTOHI DAP, MCA: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/124199/BERITA/Politik/Parti-politik-Melayu-perlu-contohi-DAP-MCA-PPIM

Tuesday, February 16, 2021

5409) AHLI POLITIK WAJAR CONTOHI DAP, MCA - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 16/02/2021

 


KUALA LUMPUR – Ahli politik Melayu wajar mencontohi DAP dan MCA kerana kedua-dua parti itu tidak mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan kaum mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, semua ahli politik Melayu seharusnya bersatu agar lebih dihormati.

“Kita pilih nak lemah atau nak kuat dan dihormati. Jika kita bersatu, kita dihormati dan jika kita berpecah kita akan lemah dan akan dihina. Buatlah pilihan bijak dan perlu buang kesombongan dan sanggup berkorban seperti bangsa-bangsa yang berjaya,” katanya menerusi kenyataan.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat khususnya orang Melayu supaya mengukuhkan perpaduan kerana kesan perpecahan kaum akan mendatangkan kemudaratan.

“Kesan perpecahan kaum ini amat bahaya, jika bukan sekarang, saya khuatir kita akan kehilangan ketuanan Melayu dan nasib kita semua akan berakhir dengan tragedi,” ujarnya.

Terdahulu beliau menyuarakan kekesalan terhadap situasi politik semasa yang menyebabkan ahli politik Melayu saling serang menyerang antara satu sama lain.

“Perkara ini amat memalukan kerana yang mahu memecah belahkan kaum Melayu adalah orang Melayu itu sendiri.

“Melihat perkembangan terkini terutama dalam dunia politik negara, saya bimbang dan mahu rakyat lebih bijak menilai apakah keutamaan kaum Melayu masa kini,” katanya.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

AHLI POLITIK WAJAR CONTOHI DAP, MCA - PPIM

5408) 'ORANG MELAYU PECAH-BELAHKAN MELAYU' - BERITA HARIAN - 16/02/2021

 


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa orang Melayu mengabaikan cubaan pihak tertentu memecahbelahkan perpaduan termasuk dilakukan kaum itu sendiri.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menzahirkan rasa kesal dan sedih apabila perpecahan orang Melayu dilakukan oleh kaum itu sendiri, khususnya dalam arena politik negara.

Katanya, orang Melayu seolah-olah sudah hilang rasa malu apabila selesa bergaduh sesama sendiri secara terbuka, selain bersikap mementingkan diri tanpa memikirkan kesan jangka panjang daripada perpecahan itu.

"Perkara ini amat memalukan kerana yang mahu memecahbelahkan kaum Melayu adalah orang Melayu itu sendiri.

"Adakah kita mahu orang Melayu di sini menerima nasib yang sama seperti kaum Melayu Champa atau etnik Rohingya yang kini mengemis di negara sendiri?

"Melihat perkembangan terkini terutama dalam dunia politik negara, saya bimbang dan mahu rakyat lebih bijak menilai apakah keutamaan kaum Melayu masa kini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nadzim berkata, ahli politik Melayu perlu belajar daripada DAP dan MCA yang tidak memecahbelahkan kaum Cina di negara ini, walaupun tidak sependapat dalam arena politik.

Sekiranya perpecahan itu berterusan, beliau khuatir untuk jangka panjang apabila kehilangan ketuanan Melayu dan nasib kaum akan berakhir dengan tragedi.

"Kita pilih nak lemah atau nak kuat dan dihormati. Jika kita bersatu, kita dihormati dan jika kita berpecah, kita akan lemah dan dihina.

"Buatlah pilihan bijak dan perlu buang kesombongan serta sanggup berkorban seperti bangsa lain yang berjaya," katanya, yang menyeru orang Melayu menguatkan perpaduan sesama mereka.


Artikel oleh: Berita Harian

'ORANG MELAYU PECAH-BELAHKAN MELAYU' 


Friday, October 2, 2015

2868) LENGAHKAN BAYARAN: GLC MAHU ANIAYA KONTRAKTOR MELAYU?


PENDEDAHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung sikap sambil lewa syarikat milik kerajaan (GLC) apabila melengah-lengahkan bayaran kepada kontraktor Melayu sewajarnya membuka mata semua pihak khususnya kerajaan.
Artikel berkaitan: KELEWATAN BAYARAN OLEH AGENSI KERAJAAN PUNCA USAHAWAN BUMIPUTERA GULUNG TIKAR
Tindakan seperti ini boleh disifatkan sebagai satu penganiayaan kerana pihak GLC terbabit gagal melunaskan bayaran sedangkan projek yang diberikan kepada kontraktor Melayu berkenaan telah pun disiapkan.

Masakan tidak, mereka (kontraktor Melayu) terpaksa mengeluarkan modal untuk menyiapkan satu-satu projek yang telah diberikan dalam tempoh masa tertentu dan mengikut prosedur GLC terlibat perlu melunaskan bayaran selepas 45 hari projek itu siap.


Difahamkan yang sering menjadi mangsa adalah syarikat kecil dan dikendalikan oleh kontraktor muda yang baru menapak dalam bidang perniagaan.

Kebetulan pula kejayaan mereka mendapat projek tersebut adalah disebabkan sebut harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding syarikat-syarikat lain ketika bidaan tender dibuat.

Tidak dinafikan peluang yang diberikan oleh GLC atau agensi kerajaan kepada kontraktor terbabit (kebanyakan kelas E dan G2) amat baik tetapi kegagalan melunaskan bayaran adalah sesuatu yang tidak patut dan dianggap menganiaya.

Sebagai contoh mudah, sebuah syarikat kontraktor Melayu kecil berjaya memperoleh projek bernilai RM100,000 daripada sebuah GLC dan dengan nilai projek sebegini, keperluan modalnya mungkin sekitar RM30,000 hingga RM45,000. Justeru, kegagalan GLC berkenaan menyelesaikan bayaran selepas projek selesai akan memberi kesan kepada pusingan modal kontraktor kecil berkenaan.

http://ppim4u.blogspot.my/2015/10/2866-utusan-malaysia-1102015-pegawai.html
Pihak GLC terbabit perlu sedar, sebagai sebuah syarikat baharu, mereka mungkin terpaksa meminjam daripada keluarga khususnya ibu bapa, adik beradik yang berkemampuan dan mungkin juga melalui pinjaman kredit disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan projek dijalankan.

Sebab itu ada di antara ibu bapa yang tidak mempunyai wang ringgit sanggup mencagar tanah milik mereka di kampung semata-mata mahu membantu anak masing-masing meneruskan projek yang telah diberikan itu.

Mereka yang cuba membuat pinjaman antaranya dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) pula terpaksa melalui tempoh tertentu sebelum diluluskan dan dibimbangi sekiranya gagal mendapat pembiayaan kontraktor berkenaan mengambil jalan singkat dengan membuat pinjaman ‘along'.

Jika itu berlaku dikhuatiri mereka bakal berhadapan pelbagai ugutan serta ancaman sekiranya hutang ‘along' gagal dilangsaikan memandangkan kadar faedah yang dikenakan adalah terlalu tinggi.

http://ppim4u.blogspot.my/2015/09/2862-keratan-akhbar-3092015-segerakan.html
Perbuatan GLC ini sebenarnya membantutkan kemajuan usahawan berkenaan sedangkan kontraktor-kontraktor muda ini cukup berpotensi dalam bidang tersebut berdasarkan kekemasan dan ketelitian kerja dalam setiap projek yang diberikan. Paling menghairankan GLC yang dimaksudkan adalah syarikat-syarikat besar dan mustahil mengalami masalah kekurangan dana.

Sebenarnya bayaran projek daripada GLC itu amat diperlukan demi kelangsungan kontraktor-kontraktor Melayu dalam bidang perniagaan. Apa salahnya, selepas siap sahaja projek bayaran terus diberikan dan bukan ‘diperam' sehingga peringkat menganiaya kontraktor terlibat.

Bukankah tindakan seperti ini jelas tidak menyokong hasrat kerajaan yang mahu melihat lebih ramai kontraktor-kontraktor Melayu dilahirkan sejajar dengan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi?

Dalam satu perbualan antara penulis dengan seorang kontraktor muda sekitar usia 28 tahun, beliau begitu terkilan dengan situasi tersebut.

Bahkan katanya, terdapat sebuah institusi pengajian milik agensi kerajaan yang sehingga kini gagal melunaskan bayaran kepadanya walaupun projek itu telah siap pada Oktober tahun lalu.

“Sudah hampir setahun saya masih belum mendapat bayaran lagi. Meskipun nilai projek hanya RM26,000 sahaja tetapi wang ini amat diperlukan terutama untuk dijadikan pusingan modal untuk projek-projek akan datang selain bayaran tertunggak yang perlu di­selesaikan,” katanya yang telah memulakan perniagaan lebih setahun lalu.

Beliau merupakan satu contoh terbaik bagaimana seorang kontraktor muda (graduan universiti tempatan) terpaksa berhadapan dengan isu bayaran projek walaupun kerja-kerja telah lama disiapkan.

Berdasarkan pengalamannya juga, katanya, pihak GLC juga tidak terkecuali daripada terlibat dalam isu melengah-lengahkan pembayaran hingga menyebabkan ada kontraktor hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum terpaksa gulung tikar.

Penulis juga pernah berbual dengan seorang rakan kontraktor berjaya yang kini terlibat dengan projek bernilai jutaan ringgit dan beliau ada menceritakan bagaimana sukarnya untuk mendapatkan bayaran projek (dibayar berdasarkan kemajuan projek).

Namun begitu isu yang dibangkitkannya itu tidak melibatkan GLC mahu pun agensi kerajaan tetapi membabitkan sebuah syarikat korporat yang hebat di negara ini.

Katanya, beliau terpaksa ‘turun naik’ ibu pejabat syarikat korporat tersebut untuk menuntut bayaran sehingga peringkat seumpama ‘peminta sedekah’ yang sepatutnya perkara itu tidak berlaku apatah lagi nilai projek itu mencecah jutaan ringgit. Sudah tentu modal yang digunakan oleh kontraktor berkenaan itu juga mencecah jutaan ringgit.

Sehubungan itu, kerajaan mahu tidak mahu perlu bertindak demi kelangsungan kontraktor-kontraktor Melayu.

Sekiranya tiada sebarang tindakan drastik diambil akhirnya satu persatu kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar disebabkan perbuatan tidak bertanggugjawab oleh GLC terlibat seperti mana pendedahan yang dilakukan oleh Nadzim dalam sidang akhbarnya sebelum ini.

Sumber dari artikel Utusan Malaysia:Tolonglah, jangan aniaya kontraktor Melayu

Thursday, September 17, 2015

2843) #RakyatBersatu: LAPORAN & KRONOLOGI LENGKAP HIMPUNAN #BajuMerah 16 SEPTEMBER 2015


17 SEPTEMBER 2015 - Lebih 150,000 peserta Himpunan Rakyat Bersatu berhimpun secara aman di Padang Merbok di sini sebagai solidariti memperjuangkan hak orang Melayu dan keadilan sosial rakyat Malaysia.

Perhimpunan yang mendapat permit daripada pihak berkuasa itu dianjurkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Ia turut dikenali sebagai Himpunan Baju Merah selepas Padang Merbok dipenuhi dengan lautan peserta yang mengenakan baju T berwarna merah terang.

Kumpulan berbaju me­rah itu berkumpul seawal 9 pagi di empat lokasi ­iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Conlay, Masjid Negara dam Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak dari empat arah ke Padang Merbok yang terletak 200 meter dari Bangunan Parlimen.

Peserta dari seluruh pelosok negara itu berarak sambil membawa pelbagai sepanduk mempertahankan hak orang Melayu dan menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sepanjang perjalanan kira-kira lima kilometer menuju ke Padang Merbok.

Perhimpunan ini juga turut disertai oleh 250 badan bukan kerajaan (NGO) itu bersurai sekitar jam 6 petang selepas berhimpun selama empat jam di Padang Merbok.

14 RESOLUSI DIBENTANG


Berikut adalah keseluruhan resolusi yang dibentangkan oleh Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan merangkap anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa :

16 September Hari Malaysia Yang menghimpun rakyat dari segenap pelusuk Negara dengan ini mengistiharkan persetujuan kami untuk memberikan masej kepada rakyat dan kerajaan iaitu resolusi kami:

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.
2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.
3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.
4. Rakyat bersatu menolak cauvinis ala DAP.
5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.
6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.
7. Rakyat bersatu menolak penghinaan negara Islam iaitu agama rasmi kerajaan
persekutuan.
8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.
9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di
Malaysia.
10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.
12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancam terhadap kepimpinan
negara.
13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.
14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


KRONOLOGI

Pukul 9.00 pagi
Orang ramai mula memenuhi Ibu Kota antaranya di sekitar PWTC, Masjid Negara dan jalan-jalan menuju ke lokasi perhimpunan iaitu di Padang Merbok dengan memakai baju merah.


Pukul 10.00 pagi
Bilangan orang ramai yang berkumpul untuk menyertai Perhimpunan Rakyat Bersatu semakin bertambah dari semasa ke semasa dan mereka kelihatan ceria untuk bersama-sama menyatakan solidariti dalam perpaduan.

Di sekitar PWTC

Di sekitar Masjid Negara

Di sekitar Jalan Conlay

Pukul 10.30 pagi
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berpesan kepada para peserta perhimpunan Rakyat Bersatu untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa melakukan provokasi dan memelihara keamanan dengan semangat Hari Malaysia hari ini.


Pukul 11.00 pagi
Orang ramai yang membanjiri sekitar Ibu Kota semakin bertambah dan bilangan mereka dijangka semakin bertambah menjelang tengahari ini khususnya di sekitar Masjid Negara, PWTC dan juga di kawasan perhimpunan, Padang Merbok.

Pukul 12.00 tengahari
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Muhammad Rafii berkata perhimpunan Rakyat Bersatu ini berbeza dengan himpunan jalanan yang dilakukan oleh Bersih kerana ia mendapat permit dan kelulusan dari pihak berkuasa bukan atas dasar pilih kasih atau ‘double standard’ tetapi kerana keakuran dalam mematuhi syarat-syaratnya termasuklah lokasi perhimpunan yang ditetapkan iaitu di Padang Merbok berbanding Bersih yang menolak cadangan yang diberi.


Pukul 12.30 tengahari
Peserta himpunan semakin bertambah dengan anggaran lebih 20,000 orang membanjiri kawasan sekitar PWTC. Setakat ini tidak kelihatan para peserta membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan terbabit dan keadaan di sekitar Ibu Kota menuju ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok aman dengan cuaca yang baik.


Pukul 1.30 tengahari
Para peserta perhimpunan mula berarak ke Padang Merbok yang menjadi lokasi perhimpunan Rakyat Bersatu. Kenderaan awam yang berselisih dengan para peserta terbabit turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan terhadap himpunan tersebut.


Pukul 1.45 tengahari
Solat fardu Zuhor dan solat hajat dilakukan secara berjemaah oleh para peserta himpunan di Surau Ar-Rahman, PWTC dan di Masjid Negara sebelum meneruskan agenda ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.




Pukul 2.00 petang
Peserta himpunan memulakan perarakan menuju ke Padang Merbok dengan melalui Jalan Kucing dari PWTC. Begitu juga para peserta yang berhimpun di Masjid Negara telah bergerak menuju ke lokasi perhimpunan sambil menyanyikan lagu patriotik.


Pukul 2.30 petang
Perarakan berlangsung dalam suasana yang aman dan tenang dengan para peserta menyanyikan lagu patriotik selain laungan ‘Rakyat Bersatu’, ‘Kekalkan Keamanan’, ‘Tolak Politik Provokasi’ dan lain-lain lagi. Cuaca juga cerah apabila jerebu di Ibu Kota semakin berkurangan dengan tahap bacaan di Kuala Lumpur mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu 87.




Pukul 3.00 petang
Limpahan baju merah di sekitar Ibu Kota apabila para peserta dari segenap penjuru menuju ke Padang Merbok yang menjadi lokasi perhimpunan.


Pukul 4.30 petang
Himpunan Rakyat Bersatu berlangsung lancar di Padang Merbok dengan suasana aman dan lancar. Pemimpin NGO mengambil tempat membuat ucapan termasuklah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Megat Zulkarnain dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).





6.00 petang
Peserta himpunan mula bersurai dengan sebahagiannya membantu membersihkan persekitaran kawasan perhimpunan Padang Merbok.



RUJUKAN MEDIA SOSIAL


 
 
Pukul 9.00 pagi

Orang ramai mula memenuhi Ibu Kota antaranya di sekitar PWTC, Masjid Negara dan jalan-jalan menuju ke lokasi perhimpunan iaitu di Padang Merbok dengan memakai baju merah.


Pukul 10.00 pagi

Bilangan orang ramai yang berkumpul untuk menyertai Perhimpunan Rakyat Bersatu semakin bertambah dari semasa ke semasa dan mereka kelihatan ceria untuk bersama-sama menyatakan solidariti dalam perpaduan.



Di sekitar PWTC



Di sekitar Masjid Negara


Di sekitar Jalan Conlay

Pukul 10.30 pagi
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berpesan kepada para peserta perhimpunan Rakyat Bersatu untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa melakukan provokasi dan memelihara keamanan dengan semangat Hari Malaysia hari ini.



Pukul 11.00 pagi
Orang ramai yang membanjiri sekitar Ibu Kota semakin bertambah dan bilangan mereka dijangka semakin bertambah menjelang tengahari ini khususnya di sekitar Masjid Negara, PWTC dan juga di kawasan perhimpunan, Padang Merbok.

Pukul 12.00 tengahari
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Muhammad Rafii berkata perhimpunan Rakyat Bersatu ini berbeza dengan himpunan jalanan yang dilakukan oleh Bersih kerana ia mendapat permit dan kelulusan dari pihak berkuasa bukan atas dasar pilih kasih atau ‘double standard’ tetapi kerana keakuran dalam mematuhi syarat-syaratnya termasuklah lokasi perhimpunan yang ditetapkan iaitu di Padang Merbok berbanding Bersih yang menolak cadangan yang diberi.



Pukul 12.30 tengahari
Peserta himpunan semakin bertambah dengan anggaran lebih 20,000 orang membanjiri kawasan sekitar PWTC. Setakat ini tidak kelihatan para peserta membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan terbabit dan keadaan di sekitar Ibu Kota menuju ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok aman dengan cuaca yang baik.



Pukul 1.30 tengahari
Para peserta perhimpunan mula berarak ke Padang Merbok yang menjadi lokasi perhimpunan Rakyat Bersatu. Kenderaan awam yang berselisih dengan para peserta terbabit turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan terhadap himpunan tersebut.



Pukul 1.45 tengahari
Solat fardu Zuhor dan solat hajat dilakukan secara berjemaah oleh para peserta himpunan di Surau Ar-Rahman, PWTC dan di Masjid Negara sebelum meneruskan agenda ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.







Pukul 2.00 petang
Peserta himpunan memulakan perarakan menuju ke Padang Merbok dengan melalui Jalan Kucing dari PWTC. Begitu juga para peserta yang berhimpun di Masjid Negara telah bergerak menuju ke lokasi perhimpunan sambil menyanyikan lagu patriotik.



Pukul 2.30 petang
Perarakan berlangsung dalam suasana yang aman dan tenang dengan para peserta menyanyikan lagu patriotik selain laungan ‘Rakyat Bersatu’, ‘Kekalkan Keamanan’, ‘Tolak Politik Provokasi’ dan lain-lain lagi. Cuaca juga cerah apabila jerebu di Ibu Kota semakin berkurangan dengan tahap bacaan di Kuala Lumpur mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu 87.







Pukul 3.00 petang
Limpahan baju merah di sekitar Ibu Kota apabila para peserta dari segenap penjuru menuju ke Padang Merbok yang menjadi lokasi perhimpunan.



Pukul 4.30 petang

Himpunan Rakyat Bersatu berlangsung lancar di Padang Merbok dengan suasana aman dan lancar. Pemimpin NGO mengambil tempat membuat ucapan termasuklah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Megat Zulkarnain dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).







6.00 petang
Peserta himpunan mula bersurai dengan sebahagiannya membantu membersihkan persekitaran kawasan perhimpunan Padang Merbok.





 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL