Thursday, September 17, 2015

2843) #RakyatBersatu: LAPORAN & KRONOLOGI LENGKAP HIMPUNAN #BajuMerah 16 SEPTEMBER 2015

17 SEPTEMBER 2015 - Lebih 150,000 peserta Himpunan Rakyat Bersatu berhimpun secara aman di Padang Merbok di sini sebagai solidariti memperjuangkan hak orang Melayu dan keadilan sosial rakyat Malaysia.

Perhimpunan yang mendapat permit daripada pihak berkuasa itu dianjurkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Ia turut dikenali sebagai Himpunan Baju Merah selepas Padang Merbok dipenuhi dengan lautan peserta yang mengenakan baju T berwarna merah terang.

Kumpulan berbaju me­rah itu berkumpul seawal 9 pagi di empat lokasi ­iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Conlay, Masjid Negara dam Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak dari empat arah ke Padang Merbok yang terletak 200 meter dari Bangunan Parlimen.

Peserta dari seluruh pelosok negara itu berarak sambil membawa pelbagai sepanduk mempertahankan hak orang Melayu dan menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sepanjang perjalanan kira-kira lima kilometer menuju ke Padang Merbok.

Perhimpunan ini juga turut disertai oleh 250 badan bukan kerajaan (NGO) itu bersurai sekitar jam 6 petang selepas berhimpun selama empat jam di Padang Merbok.

14 RESOLUSI DIBENTANG

Berikut adalah keseluruhan resolusi yang dibentangkan oleh Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan merangkap anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa :

16 September Hari Malaysia Yang menghimpun rakyat dari segenap pelusuk Negara dengan ini mengistiharkan persetujuan kami untuk memberikan masej kepada rakyat dan kerajaan iaitu resolusi kami:

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.
2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.
3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.
4. Rakyat bersatu menolak cauvinis ala DAP.
5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.
6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.
7. Rakyat bersatu menolak penghinaan negara Islam iaitu agama rasmi kerajaan
persekutuan.
8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.
9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di
Malaysia.
10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.
12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancam terhadap kepimpinan
negara.
13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.
14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

KRONOLOGI

Pukul 9.00 pagi
Orang ramai mula memenuhi Ibu Kota antaranya di sekitar PWTC, Masjid Negara dan jalan-jalan menuju ke lokasi perhimpunan iaitu di Padang Merbok dengan memakai baju merah.

Pukul 10.00 pagi
Bilangan orang ramai yang berkumpul untuk menyertai Perhimpunan Rakyat Bersatu semakin bertambah dari semasa ke semasa dan mereka kelihatan ceria untuk bersama-sama menyatakan solidariti dalam perpaduan.

Di sekitar PWTC

Di sekitar Masjid Negara

Di sekitar Jalan Conlay

Pukul 10.30 pagi
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berpesan kepada para peserta perhimpunan Rakyat Bersatu untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa melakukan provokasi dan memelihara keamanan dengan semangat Hari Malaysia hari ini.

Pukul 11.00 pagi
Orang ramai yang membanjiri sekitar Ibu Kota semakin bertambah dan bilangan mereka dijangka semakin bertambah menjelang tengahari ini khususnya di sekitar Masjid Negara, PWTC dan juga di kawasan perhimpunan, Padang Merbok.

Pukul 12.00 tengahari
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Muhammad Rafii berkata perhimpunan Rakyat Bersatu ini berbeza dengan himpunan jalanan yang dilakukan oleh Bersih kerana ia mendapat permit dan kelulusan dari pihak berkuasa bukan atas dasar pilih kasih atau ‘double standard’ tetapi kerana keakuran dalam mematuhi syarat-syaratnya termasuklah lokasi perhimpunan yang ditetapkan iaitu di Padang Merbok berbanding Bersih yang menolak cadangan yang diberi.

Pukul 12.30 tengahari
Peserta himpunan semakin bertambah dengan anggaran lebih 20,000 orang membanjiri kawasan sekitar PWTC. Setakat ini tidak kelihatan para peserta membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan terbabit dan keadaan di sekitar Ibu Kota menuju ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok aman dengan cuaca yang baik.

Pukul 1.30 tengahari
Para peserta perhimpunan mula berarak ke Padang Merbok yang menjadi lokasi perhimpunan Rakyat Bersatu. Kenderaan awam yang berselisih dengan para peserta terbabit turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan terhadap himpunan tersebut.

Pukul 1.45 tengahari
Solat fardu Zuhor dan solat hajat dilakukan secara berjemaah oleh para peserta himpunan di Surau Ar-Rahman, PWTC dan di Masjid Negara sebelum meneruskan agenda ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.

Pukul 2.00 petang
Peserta himpunan memulakan perarakan menuju ke Padang Merbok dengan melalui Jalan Kucing dari PWTC. Begitu juga para peserta yang berhimpun di Masjid Negara telah bergerak menuju ke lokasi perhimpunan sambil menyanyikan lagu patriotik.

Pukul 2.30 petang
Perarakan berlangsung dalam suasana yang aman dan tenang dengan para peserta menyanyikan lagu patriotik selain laungan ‘Rakyat Bersatu’, ‘Kekalkan Keamanan’, ‘Tolak Politik Provokasi’ dan lain-lain lagi. Cuaca juga cerah apabila jerebu di Ibu Kota semakin berkurangan dengan tahap bacaan di Kuala Lumpur mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu 87.

Pukul 3.00 petang
Limpahan baju merah di sekitar Ibu Kota apabila para peserta dari segenap penjuru menuju ke Padang Merbok yang menjadi lokasi perhimpunan.

Pukul 4.30 petang
Himpunan Rakyat Bersatu berlangsung lancar di Padang Merbok dengan suasana aman dan lancar. Pemimpin NGO mengambil tempat membuat ucapan termasuklah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Megat Zulkarnain dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).

6.00 petang
Peserta himpunan mula bersurai dengan sebahagiannya membantu membersihkan persekitaran kawasan perhimpunan Padang Merbok.

RUJUKAN MEDIA SOSIAL

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL