Thursday, September 3, 2015

ADUAN PILIHAN : PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BAKAL GANTI SAMSENG TARIK KERETA?


PPIM menerima aduan dari seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Kebeer mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.


Lori milik pengadu 

Hasil siasatan PPIM mendapati arahan ini adalah dari Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali.


Pengadu mendakwa bahawa pegawai penguatkuasa MPS telah bertindak 'ala samseng' kerana telah menahan dan merampas kunci lori yang dipandunya. Tidak cukup dengan itu, Kebeer juga turut ditinggalkan tanpa kenderaan untuk pulang. 


Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu kerana tidak puas hati dengan tindakan penguatkuasa MPS tersebut. 

Selepas lori miliknya disita, dia cuba mendapatkan kembali lori tersebut daripada pihak MPS, di mana dia bertanyakan jumlah yang perlu dijelaskan agar pihak MPS memulangkan kembali lori tersebut. Malangnya, dia disuruh tunggu sebulan untuk proses tuntutan.

Patutkah MPS bertindak sebegini?



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL