Showing posts with label ADUAN PILIHAN. Show all posts
Showing posts with label ADUAN PILIHAN. Show all posts

Friday, September 9, 2016

3046) PERBINCANGAN BERSAMA PPIM MENGENAI KES PENIPUAN JUAL BELI TELEFON BIMBIT – 8/9/16

367014a5-95cc-406d-bd7e-078651f39de5

Kronologi kes : pada bulan april 2015 mangsa (agent penjual telefon) telah membuat aduan di PPIM. Mangsa telah mengiklankan penjualan telefon bimbit tersebut di laman instagram. Tema dan syarat pembelian secara pre-oder ini adalah pembeli hendaklah menunggu 8-12 minggu hari bekerja selepas pembayaran dibuat. Tempahan yang mangsa buat bermula pada bulan april hingga bulan November 2015 berjalan dengan lancar dan tiada masalah. Selepas 6 bulan berikutnya, mangsa mengalami penangguhan yang sangat lama. Bermacam-macam alasan yang diberikan dari pihak pembekal. Disebabkan  penangguhan barang tempahan yang terlalu lama, pihak pelanggan mangsa tidak boleh bersabar lagi dan banyak ugutan dan hasutan yang mangsa terima dari pihak pelanggan.

3cb1ae00-59df-4b68-bad2-aeb323a0875a

Pegawai PPIM, Syed Kamarulzaman memberi penerangan dan kaedah-kaedah bagi menyelesaikan masalah tersebut




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Friday, August 26, 2016

3027) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL SELANGOR ACP SHAKRI DI IBU PEJABAT POLIS KONTIJEN SELANGOR – 24/8/16

LANJUTAN KES 8JUTA

25dc490a-6903-4d6b-b82b-640592174a30
Dato’ Nadzim Johan, Afif Johor dan Imran Yusof mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama dengan pengadu iaitu En Arman Putera dan En sahid telah berjumpa dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Shakri di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kes yang melibatkan kes syarikat Ahlong yang berjaya melelong bangunan di seksyen 15 Shah Alam. Hasil pertemuan tersebut mengesahkan bahawa lelongan tersebut tidak shah kerana masih dalam siasatan polis dan pihak telah membuka fail kes Ahlong untuk syarikat Contrarian ini.

67cb1278-f13e-4686-8700-8bc3439bbcee



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Wednesday, August 10, 2016

2983) SIDANG MEDIA “AHLONG SEPERTI DISOKONG SERTA DILINDUNGI PIHAK TERTENTU SEHINGGA MEMBOLEHKAN MEREKA MENGATASI AKTA DAN UNDANG-UNDANG” – 10 OGOS 2016

KRONOLOGI ADUAN DARIPADA KOSMO MOBILE SDN BHD ATAS KEPUTUSAN MAHKAMAH MEMBENARKAN FAEDAH MELEBIHI 300% BERJUMLAH RM6,732,000.00


Syarikat Kosmo Mobile Sdn Bhd yang juga merupakan Ahli Niaga PPIM. Mereka telah ditindas oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam isu yang dinyatakan diatas.

Bekas pengarah syarikat Kosmo Mobile Sdn Bhd telah membuat pinjaman peribadi berjumlah RM2,000,000.00 dengan mencagarkan sebuah bangunan milik syarikat yang bernilai RM14,400,000.00 (nilaian semasa) tanpa pengetahuan pengarah dan pemilik saham lain. Mahkamah kemudiannya mengarahkan pihak Kosmo Mobile Manufacturing Sdn Bhd membayar RM8,732,000.00 kepada Contrarian Holdings Sdn Bhd yang melibatkan faedah berjumlah RM6,732,000.00. Bangunan tersebut kemudiannya dilelong tanpa sebarang notis kepada Kosmo.


12f6afe9-94d8-4e75-a090-60285ad7ea73

3afd6bbe-f72e-480e-a29e-d4671dc06583

5d8b5f09-e8b7-4a8f-8347-33501e4ea87b

3d62bd94-c160-4706-b44b-fb0c676961ce


060da1ed-a570-4da0-83e2-4ac3a2dd14fa

9ab0c1f6-8a27-4096-8d55-81dd699fb3b3

cc0e18d5-e752-4d29-945e-0d02fb5e753a

54233c76-ae8c-49d9-8ad1-1d7548a4e8c3








Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Saturday, May 14, 2016

2745) PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM, DATO’ NADZIM JOHAN BERSAMA WAKIL BANK NEGARA MALAYSIA (BNM), DATIN ARLINA PENGARAH LINK AND REGIONAL OFFICES BNM – PPIM – 13/5/16


Membincangkan juga isu pihak bank yang membeku akaun tanpa sebab, insurans yang tidak bertanggungjawab, pengutip hutang yang tidak etika.



Ketua Aktivis mengetengahkan isu peguam dan pegawai bank yang menipu dan mengambil kesempatan kepada 300 pengadu berkaitan penipuan Tuntutan Insurans oleh seorang peguam yang tidak bertanggungjawab.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Friday, May 13, 2016

2743) SIARAN LANGSUNG GERAKKAN KUASA PENGGUNA MINGGU 1 – BERNAMA TV – 13/5/16


SEBAGAI RAKYAT DAN PENGGUNA, WAJAR UNTUK KITA TAHU HAK-HAK KITA SEBAGAI PENGGUNA. RANCANGAN BUAL BICARA KEPENGGUNAAN, PROGRAM GERAKKAN KUASA PENGGUNA AKAN MENGUPAS LEBIH LANJUT PELBAGAI ISU SECARA TELUS. RANCANGAN INI AKAN BERSIARAN TEPAT JAM 10.00 MALAM DI ASTRO 502. “SIARAN ULANGAN BAGI MINGGU PERTAMA  : 10.00 PAGI HARI RABU DAN AHAD 5.00 PETANG”








“Persediaan siaran TV GKP”




“Segmen cabaran pengguna”


“Peserta cabaran pengguna bersama Mr.Malaysia, Encik Mahdi”












“Segmen tips pengguna”






Barisan Krew PPIM yang terlibat bagi menjayakan program “GERAKKAN KUASA PENGGUNA”






Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Wednesday, September 23, 2015

2853) PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN TAK ADA OTAK?



Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyelar sikap penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang 'zalim' kerana kadang kala tidak menggunakan budi bicaranya di dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terutamanya berkaitan sitaan kenderaan.


Antara aduan yang terbaru diterima PPIM adalah daripada seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Kabeer, 35 yang mendakwa bahawa sudah lebih dua minggu disita oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atas kesalahan "mempunyai niat hendak membuang sampah".

BACA ARTIKEL PENUH: http://ppim4u.blogspot.my/2015/09/aduan-pilihan-penguatkuasa-majlis.html



Lori milik pengadu yang disita MPS

Nadzim juga menasihatkan supaya anggota-anggota PBT perlu 'guna otak' sebelum bertindak dan perlu mengikut garis panduan SOP yang telah ditetapkan.

"Bayangkan di dalam tempoh lori itu dirampas, bagaimana mereka hendak mencari rezeki dan membayar ansuran bulanan mereka, jika tempoh lori itu ditahan sebegitu lama. Mereka ini adalah usahawan dan bekerja sendiri dan itulah punca pendapatan dan rezeki mereka ujarnya. Kita tidak menghalang operasi dan penguatkuasaan dijalankan, tetapi biarlah mengikut garis pandauan dan SOP yang telah ditetapkan.

SERU PBT LEBIH 'BEROTAK' LAKSANAKAN PENGUATKUASAAN DAN GESA BUKA PINTU RUNDINGAN KEPADA USAHAWAN "FOOD TRUCK"

ramai peniaga dan usahawan “Food Truck”juga datang mengadu dan mengeluh kepada kami apabila tindakan dari pihak berkuasa yang menahan dan menyita lori-lori mereka. lebih menyedihkan mereka juga langsung tidak dibenarkan untuk mengeluarkan bahan mentah (makanan) dari lori mereka yang telah dirampas sepanjang tempoh ianya ditahan atau disita dan bayangkan kerugian yang mereka alami ini.

“kita memerlukan Penguatkuasa yang mempunyai budi bicara dan bahasa, dan kita perlu mempunyai Penguatkuasa yang ada otak” kata Nadzim

” pengusaha Food truck ini mencari rezeki yang halal, jadi kami di PPIM menyeru pihak PBT ada garis panduan dan membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan masalah peniaga ini ujarnya.

Pihak PBT lain juga harus mencontohi cara DBKL yang membuka pintu rundingan kepada peniaga-peniaga “Food Truck” ini agar masalah dan aduan dari orang ramai dapat diatasi dan peniaga dapat menjalankan perniagaan mereka.  -ADMIN




Thursday, September 3, 2015

ADUAN PILIHAN : PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BAKAL GANTI SAMSENG TARIK KERETA?


PPIM menerima aduan dari seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Kebeer mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah bertindak menyita lori milik beliau atas kesalahan berniat hendak membuang sampah.


Lori milik pengadu 

Hasil siasatan PPIM mendapati arahan ini adalah dari Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali.


Pengadu mendakwa bahawa pegawai penguatkuasa MPS telah bertindak 'ala samseng' kerana telah menahan dan merampas kunci lori yang dipandunya. Tidak cukup dengan itu, Kebeer juga turut ditinggalkan tanpa kenderaan untuk pulang. 


Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu kerana tidak puas hati dengan tindakan penguatkuasa MPS tersebut. 

Selepas lori miliknya disita, dia cuba mendapatkan kembali lori tersebut daripada pihak MPS, di mana dia bertanyakan jumlah yang perlu dijelaskan agar pihak MPS memulangkan kembali lori tersebut. Malangnya, dia disuruh tunggu sebulan untuk proses tuntutan.

Patutkah MPS bertindak sebegini?



Thursday, March 28, 2013

708) Aduan Pilihan- Keadaan Surau Wanita di pasaraya Carrefour Wangsa Maju pada 24 Mac 2013


Di manakah sensitiviti umat Islam?

Di mana 'Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman' ?

Di mana sikap peduli pengunjung-pengunjung atau pekerja di sana?

Apa lagi yang boleh dikata tentang imej Islam jika surau yang sekangkang kera pun tak boleh nak sama-sama jaga?


Monday, August 6, 2012

596) ADUAN PILIHAN-PETRONAS GUNA MODEL LUAR


Assalamualaikum...

Saya terbaca berita ini di salah satu media tempatan...Apa yang saya persoalkan...kenapa Petronas menggunakan model luar negara untuk promosi mereka? Petronas milik tempatan...dah tak cukup ke model tempatan untuk promosikan Petronas ke dah banyak duit nak bayar model luar ni.

Diharapkan PPIM dan agensi yang berkenaan mengambil berat tentang perkara ini lebih-lebih lagi kita di bulan kemerdekaan ini. Sudah-sudahlah kita dijajah..tak cukup ke kita dijajah sampai nak suruh bergaya pun nak guna 'mereka'.

Harap Petronas membuka mata dan peka dengan perkara ini....

Saturday, November 26, 2011

ADUAN PILIHAN : KETIDAK PUASAN HATI TERHADAP TINDAKAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

XXXXX XXXXX B XXXX
X USJ XX/XB
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

3hb November 2011
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
No.70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat
54000 Kuala Lumpur

Tuan,
ADUAN ATAS KETIDAK PUASAN HATI TERHADAP TINDAKAN  JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

Saya seperti nama di atas ingin membuat aduan terhadap tindakan JIM terhadap saya yang saya anggap sebagai satu penindasan dan menyekat usaha saya mencari pendapatan bagi menyara keluarga. Untuk pengetahuan pihak tuan saya telah diberhentikan kerja pada 30hb Mei 2010.  Dari tarikh tersebut saya tidak mempunyai punca pendapatan.  Sebagai jurukamera bebas pendapatan saya bergantung kepada tawaran kerja dari syarikat produksi, sekiranya ada.

Berikut adalah tindakan yang telah dilakukan oleh JIM yang saya rasakan tidak adil dan dibuat tanpa mempertimbangkan :

TIADA NOTIS BERTULIS/PEMBERITAHUAN STATUS BAKRUPSI
Saya telah diishtiharkan bakrup tanpa pengetahuan saya setelah tidak menerima sebarang notis bertulis dari pihak JIM.  Saya hanya mengetahui status saya secara kebetulan sahaja setelah saya tergerak hati untuk pergi ke JIM dan mengesahkan status.

Prosedur keputusan mahkamah semasa menjatuhkan hukuman bankrupsi terhadap saya juga amat  memusykilkan walaupun pada hari perbicaraan saya telah mewakilkan adik ipar saya  mengemukakan Sijil Cuti Sakit (Ruj: U069215/Tarikh cuti sakit dari 26hb hingga 27hb Mei 2010)) kepada hakim and peguam pendakwa tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh pihak mahkamah tanpa alasan kukuh.

RAYUAN PENGURANGAN KREDIT DITOLAK
Pada Oktober 2010, saya telah mendapat tawaran pekerjaan dari pihak ESPN di luar negara selama 6 hari. Saya telah membuat rayuan memohon pengurangan bayaran kredit (bayaran pelepasan ke luar negara) kepada JIM dari RM1,500.00 kepada RM1,000.00 berikutan ketidakmampuan saya menyediakan wang sebanyak itu. Walau bagaimanapun rayuan saya telah ditolak oleh pihak JIM (Ruj:JIM156/004/155/6/3864(13).

Pada December 2010, sekali mendapat tawaran pekerjaan dari pihak ESPN selama 2 minggu dan  memohon pengurangan bayaran kredit tetapi sekali lagi ditolak tanpa alasan kukuh.

 BAYARAN REBATE DARI LHDN DISERAHKAN KEPADA JIM TANPA NOTIS
Rebate dari LHDN sebanyak RM1,921.65 yg sepatutnya saya terima juga telah gagal saya tuntut dari pihak LHDN kerana wang tersebut telah diserahkan kepada JIM tanpa notis pemberitahuan kepada saya oleh pihak LHDN mahupun JIM.  Saya hanya tahu mengenai perkara ini setelah saya menghubungi LHDN bertanyakan status permohonan pembayaran rebate tersebut.

Tindakan-tindakan di atas seperti satu penindasan dan  bertujuan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan dimana telah mengakibatkan tekanan emosi dan menimbulkan kesulitan untuk saya mendapatkan sumber pendapatan.

Saya amat berharap agar sesuatu dapat dilakukan agar pihak JIM lebih bertimbangrasa dan beretika menjalankan kewajipan mereka tanpa menafikan hak, menindas dan memijak maruah mereka yg berstatus bankrupsi.

Sekian, terimakasih.

Monday, June 6, 2011

ADUAN PILIHAN : Pengaduan tentang kandungan alkohol 0.5%-1% dalam produk

Salam,

Tuan

Saya ingin membuat pengaduan tentang produk yang dipasarkan oleh syarikat Hormonlife Solutions http://www.hormonlife.com/  yang berpusat di Bukit Tinggi.Produk Lumiglow + benih cendawan yang dipasarkan secara online boleh dibeli dengan harga RM285.Produk ini juga dipasarkan untuk menstabilkan hormon wanita dan hamil dalam masa 3 bulan

Lumiglow telah disiasat dan mempunyai beberapa estrak herba dan logo halal tetapi yang dikatakan benih cendawan yang patut dibiak untuk menminum air selepas proses penapian 1 bulan 7 hari.Yang menjadi masalah ialah proses penapian yang dikatakan benih cendawan ialah sebenarnya bakteria+yis,apabila proses penapaian dilakukan dengan mencampurkan teh-o dan gula akan menghasilkan 0.5-1% alkohol jauh dari 0.01 yang telah difatwakan.Perkara ini telah disahkan oleh pakar2 seluruh dunia.

Saya ingin meminta jasabaik pihak Tuan untuk mewar-warkan kepada media demi menjaga zuriat yang bakal dilahirkan oleh rata2  wanita Islam yang ingin hamil sebagai pembeli produk ini bersih dari benda dan perkara yang haram.Saya telah menjalankan kewajipan saya,kini giliran pihak Tuan pula.

Terima Kasih

Thursday, May 5, 2011

ADUAN PILIHAN-KONSPIRASI ATAU DENGKI?



Konspirasi Atau Dengki?

Dalam tempoh beberapa tahun ini kami di PPIM telah menerima banyak rungutan daripada ahli-ahli kami di mana perniagaan mereka dihujani dengan tohmahan yang mengatakan ianya  merupakan perniagaan “Ali Baba” atau dimiliki pemilik bukan Islam serta sebagainya. Perkara seumpama ini biasanya berlaku kepada perniagaan/jenama yang mula dikenali ramai contohnya Ubat Gigi Mu’min, Laksa Shack, Adabi, Aminah Hassan dan beberapa lagi jenama terkemuka milik peniaga Bumiputera Islam. 

Sebahagian dari mereka telah mendapat kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ianya dilihat dari hasil jualan serta keuntungan mereka semakin merosot setiap hari, ini mungkin disebabkan rasa sangsi daripada pengguna Islam terhadap mereka.

Mari kita renungkan bersama, kekeliruan pengguna terhadap status pemilikan sesebuah perniagaan milik peniaga Muslim biasanya akan menimbulkan kesangsian sekaligus tidak lagi memberikan sokongan, ini merupakan titik permulaan kepada kehancuran perniagaan itu sendiri.
Adakah ini yang diharapkan dari kenyataan kita yang kadangkala langsung tidak berasas?

Kami menggesa kepada para pengguna di luar sana supaya tidak menyebarkan khabar angin seumpama ini kerana dikhuatiri akan membawa kepada fitnah serta mampu memberikan impak negatif kepada ekonomi Islam .

Lihat di sekeliling, daripada ratusan ribu produk yang ada di pasaraya-pasaraya Malaysia hanya sebahagian kecil sahaja jenama  milik peniaga Islam, bahkan mungkin boleh dikira dengan jari sahaja.

Di manakah Maruah Kita? Bagaimana Masa Depan Generasi Kita? Renungkanlah..

Minta sebarkan posting ini kepada mereka yang lain, sedikit sebanyak mampu menyelamatkan perniagaan saudara-saudara kita. 

Wednesday, May 4, 2011

ADUAN EMEL PILIHAN : Kematian Syahid Osama bin Laden





ASSALAMUALAIKUM,

Akhirnya Amerika dapat membunuh pejuang Islam Osama bin Laden yang dikatakan oleh orang kafir sebagai pengganas. Kematiannya dihinakan dengan dicampak ke dalam laut, supaya tiada tempat semadinya Osama, sehingga tidak dapat orang Islam lain untuk ziarah kubur/maqamnya.

Oleh itu cuba fikirkan apakah patut orang Islam sedunia diajak memasyhurkan kematian syahid Osama ini, dengan solat jenazah ghaib baginya, bertahlil arwah baginya, merakamkan penghargaan dalam bentuk yang sesuai, mungkin pada hari dan waktu yang serentak seluruh dunia Islam.

Terima Kasih 

Friday, April 29, 2011

ADUAN PILIHAN : ARSENIC DALAM MAKANAN AYAM

Mengikut satu kes di ladang pada 1996, saya dapati anak ayam mengalami kadar kematian secara luar biasa (Kondisi mereka sihat dan tiada tanda penyakit secara klinikal) apabila mencapai umur 17 hari. Banyak ladang di daerah Manjung Perak yang terlibat. Terjadi kepada ladang ayam yang menggunakan makanan dari berbagai pengilang komersial.

Beralih dari senario ini saya secara rahsia mengutip sample tisu ayam yang mati ini dan menghantar ke makmal Veterinary Ipoh dan berunding  dengan pakar disana dan saya mencadangkan sample tisu ini dihantar ke makmal jabatan kimia. Pakar berkenaan bersetuju untuk melakukan perkara yang sama.

Ujian yang di minta adalah ujian ARSENIC. Pada pendapat saya mereka telah memasukkan bahan ini kedalam makanan formula mereka.

Apabila Ujian ini telah siap. Pakar dari VRI terkejut dengan keputusan ujian. Paras arsenic didapati tinggi sehingga lebih 1 ppm dalam kes kematian (rujuk laporan : no. makmal : (Ip) FOR 2302/96-0 , 2303/96-0 ). Pakar ini tidak puashati dan ingin mendapat gambaran paras dalam sampel hidup. Sampel seterusnya dari ayam hidup di kutip di ladang kawasan Kuala Selangor yang menggunakan makanan dari kilang yang berbeza dari digunakan di Manjung dan diuji di makmal berkenaan sekali lagi. Didapati paras arsenic dalam tisunya lebih rendah sedikit dari8 kes ang mengalami kematian. ( rujukan laporan : (IP) FOR 2334/96-0)

Ini bermakna semua pengilang menggunakan kimia mengandungi arsenic ini didalam makanan mereka.

Sangkaan saya tepat kerana saya dapati tong - tong bahan kimia bertulis ROXARSONE pernah saya lihat ada dodalam stor kilang makanan syarikat saya bekerja. Maka bahan arsenic berasal dari kimia ini.

Bahan ini pengilang gunakan sebagai bahan penggalak pembesaran dalam ternakan ayam. Tambahan pula pada 21 ogos 1996 kerajaan telah mengharamkan penggunaan Nitrofuran dalam industri ayam. Maka pihak pengilang terpaksa bergantung kepada bahan ini sebagai penggalak pembesaran ayam.

Bahan Arsenic ini telah digunakan semenjak 1940-an lagi di Amerika dan sekarang mereka mengalami masalah berkaitan dengan kanser dikalangan penduduk yang berada dikawasan zon penternakan ayam. Bahan ini meresap ke bawah tanah dan mencemar sumber air bawah tanah.

Bahan arsenic ini adalah sangat toksik pada dos tinggi (selalunya digelar sebagai Silent Killer) dan akan merosakkan organ dalaman dan akan mengakibatkan kanser pada dos rendah. Pada pendapat saya mekanisma yang dilakukan pleh aesenic ini ialah ia akan terkumpul dalam badan dan akan mencecah paras tertentu dan akan merosakkan organ pancreas dalam ayam dan insulin akan dikeluarkan secara tidak cukup dan menjadikan ayam ini mengalami diabetes dam mereka akan makan dengan banyak sekali dan ini akan mmempercepatkan pembesarannya.

Senario sekarang tidak diketahui dan memerlukan ujian kimia semula kepada makanan ayam, tisu ayam dan sumber air bawah tanah kawasan penternakan. 

Tuesday, April 26, 2011

ADUAN PILIHAN : DEMO MEMBUAT TELUR AYAM TIRUAN


In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.

Step 1 modulation of raw materials
Using 7 kinds of chemical materials, see pic below



Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.



Sumber : http://penadigital.com/kesihatan/saksikan-demo-membuat-telur-ayam-tiruan-fake-egg-from-china/

Step 2 egg productionRaw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced.
The ‘yolk’ is shaped in the round mould. ‘Magic water’ containing calcium chloride is used.

By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.
Step 3 fake egg shape 
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.


To make the egg white, various ingredients, including a powder and alum, are mixed together.
Step 4Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You’re done.

Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.


Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!! Look so real


Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference. The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the statistic of food poisoning person.
Why make fake eggs ? Because of money.!!
The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg.
Demo Membuat Telur Ayam Tiruan :

http://penadigital.com/kesihatan/saksikan-demo-membuat-telur-ayam-tiruan-fake-egg-from-china/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL