Showing posts with label IKLAN. Show all posts
Showing posts with label IKLAN. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

2922) ANDA MANGSA AHLONG?




Ahlong Musuh Masyarakat!

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan PPIM telah berjaya menyelesaikan ratusan aduan Ahlong (Ceti Haram) yang dilaporkan.
Terima kasih kepada pihak KDN, PDRM, KPKT, DBKL, rakan2 NGO dan pada pengguna yang turut memberi kerjasama kepada kami dalam membanteras kegiatan Ahlong.
Walau bagaimanapun, terdapat juga aduan yang tidak berjaya diselesaikan kerana kami tidak menerima kerjasama penuh daripada pengadu. Ada segelintir pengadu yang terus menerus meminjam dari Ahlong atas ketagihan tertentu seperti judi dan dadah.
Untuk makluman semua, PPIM hanya akan membantu mereka yang kali pertama melaporkan aduan Ahlong dengan pihak kami. Bagi pengadu yang mengulangi perbuatan meminjam dari Ahlong, aduan mereka tidak akan dilayan kerana PPIM tidak mahu ada pihak yang merasakan kami menggalakkan pinjaman Ahlong atau merasakan PPIM menyokong tindakan tersebut.
Kepada sesiapa yang mempunyai masalah dengan Ahlong, laporkan aduan kepada kami, in shaa Allah kami akan berusaha sebaiknya untuk membantu.
Biro Aduan Ahlong boleh dihubungi ditalian 017-8477357 atau boleh terus hadir ke Ibu Pejabat PPIM di 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur.
Hubungi 017-8477357 untuk menetapkan temu janji.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Wednesday, November 6, 2013

965) Bisik-Bisik Mingguan 3/11/13-GLC dan iklan


Bisik-Bisik Mingguan

GESAAN seorang pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Mohamad Md. Yusoff agar diwujudkan Dasar Pengiklanan Negara (DPN), menarik perhatian.

Antara matlamat DPN adalah bagi mengawal industri iklan, menangani lambakan iklan asing dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.

Mohamad turut membangkitkan sikap banyak syarikat milik kerajaan (GLC) yang tidak lagi memberi keutamaan kepada akhbar berbahasa Melayu.

Tidak silap Awang bukan kali pertama Mohamad membuat gesaan itu tetapi setakat ini tiada respons daripada mana-mana pihak.

Berdasarkan kajian terbaharu AmResearch, perbelanjaan pengiklanan (adex) untuk akhbar berbahasa Melayu merosot 1.8 peratus sehingga September lalu, walaupun adex industri mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus.

Menurut RHB Research pula, bagi September sahaja, adex akhbar berbahasa Melayu jatuh 26 peratus kepada RM116 juta berbanding RM154 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Ini berbeza dengan akhbar Cina dan Inggeris yang masing-masing meningkat 8.9 peratus dan 7.2 peratus.

Awang sendiri resah memikirkan masa depan Bahasa Kebangsaan dalam industri pengiklanan termasuk melalui media massa.

Apatah lagi apabila menyentuh sikap GLC yang tidak lagi mengutamakan iklan kepada akhbar berbahasa Melayu.

Ramai peneraju GLC seperti sudah hilang jati diri dan lupa hakikat kewujudan GLC itu sendiri. Mereka menyerahkan penentuan iklan misalnya kepada pihak industri terutama agensi yang banyak dikawal oleh ekspatriat, golongan rasis dan liberal yang tidak bertunjangkan perlembagaan.

Alasan yang selalu diberi oleh pihak industri adalah atas pertimbangan komersial semata-mata, yang sebenarnya terdedah kepada manipulasi.

Persoalannya, bagaimana kita mahu menyandarkan masa depan kedaulatan Bahasa Kebangsaan kepada ekspatriat dan golongan tersebut?

Dalam satu sesi perbincangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mempersoalkan beberapa bank dan syarikat telekomunikasi di bawah GLC yang yang kurang mengiklan dalam akhbar Bahasa Kebangsaan.

Antara nama yang disentuh adalah Celcom, CIMB dan Petronas. CIMB misalnya, walaupun majoriti pengguna adalah Melayu tetapi lebih ghairah mengiklan untuk akhbar Inggeris dan bahasa ibunda.

Awang pun sudah hilang rasa setia menjadi pelanggan Celcom. Pilihan terbentang luas. Untuk apa lagi menyokong GLC yang lesu agenda mendaulatkan bahasa dan pemerkasaan ekonomi bumiputera.

PPIM turut membuat rumusan yang lebih mengganggu fikiran. Sebahagian GLC menurut pengamatan NGO itu, memberikan lebih banyak iklan kepada media yang menentang kerajaan semasa PRU-13, mempersoalkan perlembagaan dan bersikap rasis terhadap kepimpinan Melayu.

‘‘Media berkenaan yang ghairah membawa aspirasi dan agenda pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan, terus diberi ganjaran lumayan menerusi iklan oleh GLC.

‘‘Perolehan iklan yang banyak itu akan terus digunakan sebagai senjata untuk menggugat dan melemahkan kerajaan,’’ demikian kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan.

Awang setuju dengan Nadzim. Mesejnya, GLC telah memperkasakan pihak yang salah kerana membenarkan diri terperangkap dalam putaran ganas yang dicaturkan oleh industri iklan.

Ternyata kita tidak mengambil pengajaran.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131103/re_04/GLC-dan-iklan#ixzz2jn3kpx1n© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, August 6, 2012

596) ADUAN PILIHAN-PETRONAS GUNA MODEL LUAR


Assalamualaikum...

Saya terbaca berita ini di salah satu media tempatan...Apa yang saya persoalkan...kenapa Petronas menggunakan model luar negara untuk promosi mereka? Petronas milik tempatan...dah tak cukup ke model tempatan untuk promosikan Petronas ke dah banyak duit nak bayar model luar ni.

Diharapkan PPIM dan agensi yang berkenaan mengambil berat tentang perkara ini lebih-lebih lagi kita di bulan kemerdekaan ini. Sudah-sudahlah kita dijajah..tak cukup ke kita dijajah sampai nak suruh bergaya pun nak guna 'mereka'.

Harap Petronas membuka mata dan peka dengan perkara ini....

Monday, August 8, 2011

367) IKLAN : PENDAFTARAN PEMUTIHAN PATI (6P)

PENDAFTARAN PEMUTIHAN PATI (6P), MEMBERI MEREKA PELUANG KERJA YANG HALAL DI MALAYSIA, PENDAFTARAN PEMUTIHAN PATI MELALUI SISTEM BIOMETRIK AKAN BERMULA PADA ESOK 9 OGOS 2011 DARI JAM 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PTG. SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMPUNYAI KILANG INDUSTRI, PEMBINAAN, PERTANIAN, DAN INDUSTRI SERVIS DI ALU-ALUKAN HADIR.


BOLEH HADIR DI ALAMAT BERIKUT :

NO 70 X, JALAN KERAMAT HUJUNG,
BUKIT KERAMAT, 
54000 KUALA LUMPUR

 HUBUNGI  : 019 - 6944300 / 019 - 9130000

Thursday, August 4, 2011

359) IKLAN : PROMOSI KOPIAH BERMUTU TINGGI KELUARAN IPTIDA



Syarikat kami merupakan pembekal dan pemborong kopiah dan songkok. Pembekalan barangan ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan juga kehendak pasaran masa kini yang mempunyai permintaan tinggi terhadap kopiah. Kopiah yang kami bekalkan ini berkualiti di samping logonya dapat ditukar mengikut permintaan pelanggan. Pihak tuan boleh menempah logo untuk dijadikan sebagai keperluan seragam ahli-ahli Majlis Agama Islam untuk program-program yang diadakan.Pihak tuan juga boleh menempah untuk keperluan-keperluan ahli-ahli kelab,institusi kemahiran, institusi pendidikan dan sebagainya. Kopiah ini juga dapat dijadikan cenderahati atau sumbangan kepada staf dan sekiranya pihak tuan membuat aktiviti bersama anak-anak yatim, orang kurang upaya atau bersama masyarakat setempat, tuan boleh memberi kopiah ini sebagai sumbangan ikhlas daripada pihak tuan sempena bulan ramadhan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sekiranya berminat, mempunyai sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi kami di alamat berikut:

IPTIDA Trading ( KC0004684-M )
No.1, Jalan Bukit Puteri 9/13,
Taipan Square, Puteri Jaya Hill Park,
Bandar Puteri Jaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darulaman.

Tel: 04-421 5548/ 4224846/4848            
Fax: 04- 421 5659

Pihak tuan juga boleh berhubung terus dengan CIK SHIKIN (Marketing Executive) -             017-4677384 

Wednesday, June 29, 2011

IKLAN : " pengumuman sempena persiapan Hari Raya Puasa"

TEMPAHAN BISKUT ALMOND LONDON UNTUK HARI RAYA KINI DIBUKA...



HARGA
                                          1 BALANG (50BIJI)                                RM22
                                          100 BALANG KEATAS                          RM18 (1 BALANG)
         1000 BALANG KEATAS                        RM14 (1 BALANG)


UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:

MAULA 017 682 5837
seth.maula@gmail.com

Tuesday, June 21, 2011

GERAI JUALAN UNTUK PROMOSI


Untuk Tempahan Dan Pertanyaan Sila Hubungi : Urusetia-03-62510249/03-62510355
                                                                          Danial : 016-3060212/ 013-3180353 (Sany)                                                                                                      017-3074674

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL