Showing posts with label PETRONAS. Show all posts
Showing posts with label PETRONAS. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

939) Bisik-Bisik Mingguan Malaysia 20/10/13-KISAH PETRONAS


CAKAP-CAKAP tidak puas hati terhadap prestasi Petronas dalam memperkasakan bumiputera terus menjadi bahan bualan.

Setakat ini belum ada penjelasan yang meyakinkan daripada syarikat petroleum nasional itu.

Seperti biasa, dinyatakan jumlah syarikat bumiputera yang diberi peluang sebagai vendor termasuk dalam industri minyak dan gas.

Persoalannya berapakah nilai yang diperoleh usahawan dan syarikat bumiputera berbanding bukan bumiputera yang khabarnya jauh lebih besar.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa peluang pegawai kanan bumiputera dalam Petronas untuk meningkat naik pada kedudukan lebih strategik makin terhad.

Ada banyak lagi isu termasuk membabitkan Petronas Dagangan Berhad (PDB), anak syarikat Petronas.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Islam (PPIM) mendakwa PDB menganaktirikan usahawan bumiputera terutama dalam memberi peluang perniagaan di rangkaian Kedai Mesra Petronas.

Persatuan tersebut telah banyak menerima rungutan berkaitan PDB yang tidak mencerminkan peranannya sebagai syarikat milik kerajaan (GLC).

Bagi PPIM, Petronas mahupun PDB tidak mengambil pendekatan responsif terhadap teguran, bagai mencurah air di daun keladi.

Mungkin ada kelemahan dalam aspek penyampaian dan pengurusan maklumat di pihak Petronas terutama kepada masyarakat bumiputera.

Atau ada isu berkaitan jati diri dalam kalangan segelintir penjawat tertentu. Alasan yang selalu diberi adalah atas pertimbangan komersial semata-mata, yang ia juga terdedah kepada manipulasi ‘kartel’ dan orang tertentu dalam Petronas.

Apa pun, Awang masih menjadi penyokong tegar Petronas. Setidak-tidaknya, sudah berpuluh tahun setia mengisi minyak di stesen Petronas.

Sebagai pengamal media pula, Awang tidak taksub berpegang kepada pertimbangan jurnalisme semata-mata, yang membolehkan apa sahaja kepincangan dalam Petronas didedahkan, jika mahu.

Pertimbangan nasionalisme mengatasi pertimbangan lain apabila melibatkan Petronas.

Malah sejak dulu lagi Utusan menjadi akhbar paling komited mempertahankan Petronas apabila diserang dan ditohmah termasuk oleh pemimpin pembangkang, biarpun tidak dihargai.

Tetapi mana tahu, Awang berubah selepas ini jika Petronas tidak prihatin kepada keluh kesah pengguna terutama bumiputera dan kelihatan angkuh.

Lagi pun, minyak petrol sama ada di stesen Petronas, Shell, Petron atau BHP sama sahaja. Warna logo dan hiasan Petron yang merah menyala misalnya, lebih ceria serta memikat.

Untuk apa lagi setia?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131020/re_04/Kisah-Petronas#ixzz2jlAKRbyh © Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, September 28, 2013

915) BERITA HARIAN 26/9/13-JANGAN PINGGIR SYARIKAT PKS


913) UTUSAN MALAYSIA 26/9/13 : Petronas Dagangan jangan anaktirikan usahawan bumiputera - PPIM


912) BERITA MOBTV 26/9/13 : PPIM Kecam Keenganan Syarikat Minyak Beli Roti Milik Bumiputera


Untuk Video Klik : http://mobtv.my/current_affairs-3939.html

911) BERITA PPIM METRONEWSKL : 'Litte Napoleon Di Petronas'

910) BERITA TERKINI TV3 25/9/13 : PANTAU DISKRIMINASI PRODUK BUMIPUTERA


Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM menggesa pihak bertanggungjawab, memantau dakwaan diskriminasi jualan produk Bumiputera, di beberapa stesen minyak di ibu negara.

Ia bagi memastikan tiada golongan yang ditindas, sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

DATUK NADZIM JOHAN / KETUA AKTIVIS PPIM
"Saya, amat kesal dan harap pihak MITI, KPDNKK ambik tindakan tegas, kerajaan kena tegas".

Sehingga kini, pihaknya menerima 5 aduan, di mana terdapat larangan penjualan produk IKS di beberapa stesen minyak sejak 3 bulan lalu.


Malah, ada di antara mereka yang selama ini membekalkan produk, dibatalkan perkhidmatan tanpa sebarang notis.

Sumber: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/PPIM_ADUAN.html

Monday, August 6, 2012

596) ADUAN PILIHAN-PETRONAS GUNA MODEL LUAR


Assalamualaikum...

Saya terbaca berita ini di salah satu media tempatan...Apa yang saya persoalkan...kenapa Petronas menggunakan model luar negara untuk promosi mereka? Petronas milik tempatan...dah tak cukup ke model tempatan untuk promosikan Petronas ke dah banyak duit nak bayar model luar ni.

Diharapkan PPIM dan agensi yang berkenaan mengambil berat tentang perkara ini lebih-lebih lagi kita di bulan kemerdekaan ini. Sudah-sudahlah kita dijajah..tak cukup ke kita dijajah sampai nak suruh bergaya pun nak guna 'mereka'.

Harap Petronas membuka mata dan peka dengan perkara ini....

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL