Showing posts with label SURAU. Show all posts
Showing posts with label SURAU. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

865) UTUSAN MALAYSIA 16/8/13-Bina surau di sebelah tandas, bukan satu penghinaan?



Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

JIKA ditanya kepada semua umat Islam, sudah pastilah mereka akan merasa marah dengan kejadian sebuah surau di pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor dijadikan tempat meditasi dan upacara sembahyang penganut Buddha dari Singapura.

Hati kita terasa cukup pedih kerana kejadian itu berlaku beberapa hari selepas umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri.

Setakat ini, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian itu bagi memastikan sama ada ia disengajakan bagi menghina agama Islam atau disebabkan kejahilan pengusaha pusat peranginan yang berasal dari republik itu terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.

Siasatan awal yang dilakukan pihak berkuasa mendapati surau yang digunakan tidak menepati piawaian sebuah surau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam negeri.

Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah arah kiblat yang terpesong, kalimah Syahadah yang tidak mengikut tajwid yang betul dan nama Nabi Muhammad SAW dilingkari dengan nama keluarga pemilik pusat peranginan itu.

Bagi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman, apa yang berlaku itu seharusnya dapat mengejutkan umat Islam untuk bangun daripada tidur masing-masing berhubung isu pengurusan surau yang dilihatnya berada pada tahap menyedihkan.

"Kejadian yang berlaku di Sedili Besar adalah penghinaan dalam bentuk yang jelas, tetapi tidakkah kita sedar bahawa sejak sekian lama berlaku penghinaan secara halus terhadap tempat ibadat kita terutama di pusat beli-belah.

"Rata-rata surau ini diletakkan di sebelah tandas dan bagi saya ini adalah satu penghinaan secara halus yang tidak sepatutnya berlaku.

"Ini tidak selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang jelas termaktub dalam Perlembagaan," ujarnya.

Beliau berkata, surau berkenaan juga tidak dijaga dengan baik dari segi kebersihan dengan permaidani dan sejadah yang berbau hapak serta ada telekung yang disediakan sudah empat tahun tidak dibasuh.

"Surau-surau ini juga ditempatkan di kawasan yang tersorok dan ada sesetengahnya terlalu sempit dan tidak setaraf dengan kedudukan agama Islam yang mulia," katanya.

Menurut Maamor, keadaan surau yang berbeza dari segi saiz dan kemudahan berpunca kerana tiada garis panduan seragam berhubung pembinaan surau terbabit yang disediakan pihak berkuasa tempatan dan jabatan agama Islam negeri.

"Saya difahamkan di setiap negeri, garis panduan adalah berbeza dan saya harap pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat mengambil inisiatif untuk menyeragamkannya.

"Kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau negeri juga harus menwujudkan skuad khas yang akan memantau surau-surau ini dari semasa ke semasa.

"Dana daripada baitulmal juga harus disalurkan kepada skuad ini bagi membolehkan ia bertindak membersihkan surau yang kotor dan menyediakan kemudahan lain untuk memudahkan umat Islam beribadat," katanya.

Menurut beliau, PPIM sendiri sudah menubuhkan skuad seumpama itu tetapi setakat ini ia hanya memantau kebersihan di masjid sahaja kerana ia tidak mampu untuk meninjau surau yang bilangannya terlalu banyak.

Dalam pada itu, katanya, pengusaha pusat beli-belah dan pusat peranginan tidak harus dipersalahkan 100 peratus berhubung isu penghinaan terhadap surau kerana ia juga berpunca daripada sikap umat Islam sendiri yang tidak menghormati rumah ibadat mereka.

"Apa salahnya umat Islam yang melihat surau kotor mengambil inisiatif untuk membersihkannya. Jika lihat telekung tidak dibasuh, bawalah balik ke rumah untuk dibersihkan sebelum dipulangkan semula," katanya.

Beliau berkata, isu surau yang kotor juga tidak akan berlaku jika pihak berkuasa mewajibkan pengusaha pusat beli-belah dan pusat peranginan mendaftar tempat ibadat berkenaan dan mensyaratkan mereka mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau dan mengurusnya.

"Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memastikan surau ini digunakan sepanjang masa oleh umat Islam.

"Dalam kes surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar, mungkin salah kita sendiri yang sudah lama tidak menggunakan tempat ibadat itu sehingga menyebabkan pihak lain mengambil kesempatan untuk menggunakannya," kata beliau.

Menurut beliau, isu surau kotor, terletak bersebelahan tandas dan terlalu sempit juga boleh diatasi sekiranya pihak baitulmal atau orang perseorangan menyalurkan duit bagi membolehkan ia dipindahkan ke tempat lebih sesuai.

"Kita harus sedar bahawa pengusaha pusat beli-belah mementingkan keuntungan dan setiap ruang di premis mereka cukup bernilai, jadi umat Islam sendiri harus mengambil inisiatif untuk menyewa tempat lain yang lebih selesa di situ untuk kita beribadat," katanya.

Tambah beliau, isu surau daif dan terletak di tempat tidak strategik bukan sahaja terjadi di pusat beli-belah dan pusat peranginan, malah pemantauan pihaknya mendapati ia juga berlaku di hotel dan cukup malang sekali ada hotel yang masih tidak menyediakan tempat ibadat itu.

Sehubungan itu, nasihat kita kepada pihak yang terlibat dengan pentadbiran agama Islam di negara ini, tinggalkan sementara kerusi empuk anda di pejabat untuk membuat tinjauan di pusat beli-belah, hotel dan pusat peranginan bagi memastikan surau kita tidak terus dihina sama ada secara halus atau terang-terangan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130816/re_03/Bina-surau-di-sebelah-tandas,-bukan-satu-penghinaan?#ixzz2czQOsMvO © Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, August 24, 2013

859) HARIAN METRO 12/8/13- Tindakan mencabar rosak perhubungan kaum


Kuala Lumpur: Belumpun reda kontroversi rakaman video Wee Meng Chee atau Namawee, muncul pula kenyataan kurang senang daripada Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), Sardar Jagir Singh, berhubung hak agama di negara ini.

Beliau yang berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 MCCBCHST kelmarin didakwa mahu mencabar undang-undang negara, termasuk merujuk isu hak agama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekiranya masalah berkaitan gagal diselesaikan di Malaysia.

Perkara itu bagaimanapun ditimbulkan atas alasan wujudnya peningkatan kes kumpulan bukan Islam mencabar undang-undang dalam penukaran agama unilateral kanak-kanak, penggunaan kalimah Allah dan kes seumpamanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenyataan Jagir yang disebarkan beberapa laman blog itu tidak ubah seperti cuba melawan kontrak sosial sedia ada.

Jelasnya, tindakan mencabar hak agama di Malaysia adalah sia-sia kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Islam adalah agama rasmi negara.

"Beliau boleh mencabar (isu agama) kalau berada di negara luar kerana mereka tiada peruntukan seperti Malaysia, tapi jika hak agama dibangkitkan di sini, kita akan porak-peranda.

"Sejak sekian lama, kita mampu hidup dalam sefahaman tanpa ada perkara yang menjejaskan sensitiviti agama dan kaum. Jadi mengapa soal hak agama hendak ditimbulkan sekarang?

"Malah, kita tak nampak perkara (mencabar undang-undang negara) ini perlu diteruskan kerana hanya merosakkan persahabatan serta perhubungan kaum," katanya.


Katanya, beberapa insiden sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu wajar dijadikan kayu pengukur, sekali gus menghentikan 'trend' perkauman cuba ditimbulkan sesetengah pihak.

Thursday, March 28, 2013

708) Aduan Pilihan- Keadaan Surau Wanita di pasaraya Carrefour Wangsa Maju pada 24 Mac 2013


Di manakah sensitiviti umat Islam?

Di mana 'Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman' ?

Di mana sikap peduli pengunjung-pengunjung atau pekerja di sana?

Apa lagi yang boleh dikata tentang imej Islam jika surau yang sekangkang kera pun tak boleh nak sama-sama jaga?


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL