Tuesday, September 8, 2015

PPIM gesa SKMM bertindak ke atas sindiket judi SMS




8 SEPTEMBER : Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia menyekat dan mengambil tindakan terhadap sindiket yang menawarkan kegiatan perjudian dalam talian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang semakin berleluasa.

Sindiket yang menggunakan sistem perkhidmatan 'SMS BLASTER' untuk menarik pelanggan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mula aktif selepas ops bersepadu membanteras premis judi haram digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun lalu.


Nadzim Johan berkata, tawaran kegiatan perjudian ini bukan melalui telefon sahaja, malah di komputer riba (e-mel) dan pelbagai jenis gajet yang mempunyai sambungan internet.

"Sejak tiga bulan lalu, PPIM menerima lebih 300 aduan daripada orang ramai, kami melahirkan kebimbangan kerana tawaran perjudian online turut diterima oleh remaja bawah umur".

"Jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi satu trend selain remaja bakal ketagih judi sekaligus merosakkan keluarga dan diri sendiri"


Berdasarkan catatan dari artikel blog rasmi PPIM sebelum ini (SINI), sebanyak 418 premis diserbu, 1,291 orang ditahan dan 12,389 buah komputer beserta peralatannya serta wang tunai seba­nyak RM157,990 telah dirampas oleh PDRM sejak Januari sehingga Julai 2015

Menurut laman Astro Awani:
"Ia kini seolah-olah tidak boleh dikawal lagi. Semakin ramai ahli masyarakat kita yang terlibat dalam isu judi ini. 
"Kami cadang SKMM buat syarat baharu terhadap kawalan bukti transaksi yang ingin dibuat. Apakah ia melibatkan judi dalam talian atau perkara lain yang lebih berfaedah," katanya semasa sidang media berhubung judi dalam talian di pejabatnya di sini hari ini.
Nadzim mengulas isu peningkatan laman web perjudian haram terutama di aplikasi sosial seperti WeChat dan BeeTalk. 
Sebelum ini, SKMM memaklumkan sudah melaksanakan sekatan ke atas 301 laman web perjudian haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. 
Tegas agensi itu, ia adalah sebahagian daripada 940 permohonan untuk menyekat akses perjudian dalam talian yang dikemukakan pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ternyata sindiket ini tidak serik dan sentiasa licik memerangkap pengguna walaupun pelbagai usaha membanteras dilakukan oleh pihak berkuasa.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL