Monday, September 28, 2015

2858) PETALING STREET: TINDAKAN DUTA CHINA BOLEH ROSAKKAN HUBUNGAN BAIK MALAYSIA-CHINA

Gabungan badan bukan kerajaan Islam akan mengadakan satu demonstrasi aman di hadapan kedutaan besar China di ibu negara bagi membantah tindakan duta besar negara itu yang memberikan kenyataan mencampuri urusan Malaysia, baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, ia sebagai simbolik rasa kurang senang rakyat negara ini dengan kenyataan Dr Huang Kui Kang pada satu majlis di Jalan Petaling Street, Jumaat lalu.

Katanya, ia satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali dan jelas tidak menghormati kedaulatan negara lain apatah lagi dalam konteks hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan China.

"Kita merasakan ada usaha untuk sengaja membangkitkan sentimen ini kepada rakyat Malaysia terutama ketika kita berdepan pelbagai isu termasuk himpunan jalanan dan sebagainya.

"Jadi kita minta Wisma Putra bertegas dalam hal ini dan siasat secara menyeluruh termasuk individu yang cuba melobi pihak luar untuk campur tangan urusan Malaysia. Kita sebagai aktivis masyarakat rasa bimbang dengan perkembangan seperti ini dan ia tidak seharusnya berlaku," katanya. - Sumber

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL