Thursday, September 17, 2015

2845) "MALAY SKETCHES": SIFAT BURUK ORANG MELAYU DIMATA PENJAJAH FRANK SWETTENHAM


Sir Frank Swettenham
Dalam karya beliau yang terkenal, "Malay Sketches", beliau telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Dalam bab pertama naskah beliau diberi tajuk " The Real Malay".

Naskah"Malay Sketches" ini yang dihasilkan pada tahun 1895 adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam Alam Melayu sebagai seorang pegawai British selama 24 tahun.


Mengikut Swettenham, untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka.

Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu.

Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus "Vocabulary of the English and Malay language", selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi British yang menentang pengenalan "Malayan Union".

Sifat Buruk Orang Melayu

Gambar hiasan
Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:
  1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
  2. Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
  3. Suka mempercayai hal yang karut marut
  4. Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
  5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan
  6. Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
  7. Orang melayu tidak menghargai masa
  8. Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
  9. Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
  10. Orang melayu suka mengamok
  11. Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
  12. Orang melayu suka berpuak-puak
  13. Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.

Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar.

Gambarkan oleh Swettenham ini terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau.


Pandangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah “Malay Sketches” terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham adalah pada sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak.


Selain naskah "Malay Sketches"ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut memperkatakan perihal orang orang Melayu. - Sumber

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL