Showing posts with label PETALING STREET. Show all posts
Showing posts with label PETALING STREET. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

2860) PETALING STREET: #PPIM NAFI MAHU BERDEMO DI KEDUTAAN CHINA


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan mahu mengadakan demonstrasi di kedutaan China di ibu negara bagi membantah kenyataan duta China yang didakwa mencampuri urusan negara ini.

Pengerusi Majlis Penasihat persatuan itu Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata oleh laporan berkaitan hal itu oleh sebuah akhbar arus perdana telah disalah petik.

“Tidak tidak, kita tidak buat macam itu (demo). Kita hanya mahu buat sidang media.

“Itu silap. Kita cakap kita akan buat sidang media, dia (media) salah petik. Kalau banyak sangat demonstrasi nanti pening kepala,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

MyMetro sebelum itu melaporkan Tunku Azwil sebagai mengumumkan sebuah demonstrasi akan diadakan di depan kedutaan China di ibu negara.

Katanya, gabungan NGO Islam akan mengadakan demonstrasi itu bagi membantah kenyataan Huang yang disifatkan tidak boleh diterima sama sekali dan tidak menghormati kedaulatan negara lain.

Wisma Putra sebelum ini memanggil Huang susulan kenyataan sehari sebelum ura-ura himpunan yang dibimbangi menyebabkan rusuhan di ibu negara sebelum ini.

Pemangku menteri luar bagaimanapun dilapor membatalkan panggilan itu yang dikatakan tidak mengikut protokol oleh timbalan menteri luar negara.

Bagaimanapun, sebuah pertemuan diadakan di pejabat pemangku menteri luar hari ini.

Dalam lawatannya di Jalan Petaling, Huang memberitahu media, China menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.

Huang juga dilapor sebagai berkata republik itu menentang pihak yang menyebabkan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.

Ia dilihat merujuk kepada kumpulan yang ingin berhimpun di Jalan Petaling pada Sabtu lalu. Perhimpunan itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataannya. - MALAYSIAKINI

Monday, September 28, 2015

2858) PETALING STREET: TINDAKAN DUTA CHINA BOLEH ROSAKKAN HUBUNGAN BAIK MALAYSIA-CHINA

Gabungan badan bukan kerajaan Islam akan mengadakan satu demonstrasi aman di hadapan kedutaan besar China di ibu negara bagi membantah tindakan duta besar negara itu yang memberikan kenyataan mencampuri urusan Malaysia, baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, ia sebagai simbolik rasa kurang senang rakyat negara ini dengan kenyataan Dr Huang Kui Kang pada satu majlis di Jalan Petaling Street, Jumaat lalu.

Katanya, ia satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali dan jelas tidak menghormati kedaulatan negara lain apatah lagi dalam konteks hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan China.

"Kita merasakan ada usaha untuk sengaja membangkitkan sentimen ini kepada rakyat Malaysia terutama ketika kita berdepan pelbagai isu termasuk himpunan jalanan dan sebagainya.

"Jadi kita minta Wisma Putra bertegas dalam hal ini dan siasat secara menyeluruh termasuk individu yang cuba melobi pihak luar untuk campur tangan urusan Malaysia. Kita sebagai aktivis masyarakat rasa bimbang dengan perkembangan seperti ini dan ia tidak seharusnya berlaku," katanya. - Sumber

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL