Showing posts with label 'PPIM. Show all posts
Showing posts with label 'PPIM. Show all posts

Monday, September 9, 2019

5250) SALAH GUNA AP: JANGAN BERI PELUANG KEDUA - UTUSAN MALAYSIA - 08/09/2019


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import (AP) tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik sebagai amaran kepada orang lain.
Penganalisis jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, Malaysia boleh menyelamatkan berbilion ringgit dengan menguatkuasakan undang-undang yang ketat selain permit tidak diberikan kepada orang sama pada masa akan datang supaya tidak ada pihak berani melakukan jenayah itu.
"Tarik balik (AP), letak 'noktah' dan jangan bagi balik. AP ini selalunya dijual, kita patut beri kepada usahawan yang benar-benar nak lakukan tugas dan tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang.
"Kita kena tegas mengenai cukai sebab orang yang import kereta, mereka kaya, ada AP* dah lah free. Kemudian untung lagi banyak, lagi nak tipu. Ini perkara tidak bagus dan sepatutnya bagi syarikat yang menyeleweng, MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) patut tarik balik AP tu," katanya kepada Bernama.
Beliau turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menambah bajet untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membolehkan jabatan itu mempunyai teknologi yang canggih.
"Kadang kala sindiket ini ada alat yang lebih canggih daripada kita. Juga pastikan tempat kerja Kastam dari segi tempat operasi itu supaya lebih sesuai (kerana) itu boleh beri perangsang dan menyebabkan mereka bertugas dengan lebih baik," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kastam perlu melakukan semakan semula dengan terperinci dokumen tertentu bagi memastikan ia sah.
"Maknanya dia (penguat kuasa) kena gabung dengan sistem supaya tidak diambil kesempatan oleh sindiket yang biasa dan pandai berkaitan isu AP, isu cukai dan berbagai lagi.
"Mungkin kena ada semakan semula, contohnya macam IC (kad pengenalan), IC memang boleh buat tetapi apabila disemak secara dalam talian bukan nama sebenar dan macam-macam lagi," katanya.
JKDM dilaporkan berjaya menumpaskan cubaan menyeleweng dokumen pengimportan 21 kereta mewah bernilai RM12.2 juta dalam dua serbuan berasingan di Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lepas.
Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Azimah Abd Hamid berkata, rampasan terbesar di Lembah Klang untuk tahun ini itu melibatkan enam Lamborghini Huracan, Toyota Velfire (tujuh); Toyota Estima (empat); Mercedes Benz (dua); dan masing-masing sebuah BMW dan Toyota Alphard.
Beliau berkata, kesemua kenderaan itu didapati mengikrar tarikh pengilangan tidak benar sedangkan mengikut lesen ditetapkan, MITI mensyaratkan pengimportan kereta terpakai hanya dibenarkan bagi kereta berusia satu hingga lima tahun.- BERNAMA

Artikel oleh: Utusan Malaysia
SALAH GUNA AP: JANGAN BERI PELUANG KEDUA - UTUSAN MALAYSIA

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/salah-guna-ap-jangan-beri-peluang-kedua-1.967083


Monday, May 22, 2017

3737) Majlis Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia & Persidangan Ngo Berbai'ah 2017 - PPIM - 20/5/2017



20 Mei 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijemput ke Majlis Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia & Persidangan Ngo Berbai'ah 2017 oleh Gabungan Ngo Berbai'ah Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan di Grand Ballroom, Regency hotel jalan Raja Alang Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menyatukan seluruh Pertubuhan Berbai'ah & Majlis Ayahanda dalam kita bersama memertabatkan kembali Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Dalam masa yang sama, majlis ini juga mengadakan satu perbincangan berkenaan memorandum bersama untuk disampaikan kepada pihak Istana dan Kerajaan Malaysia.

Memandangkan ekonomi bangsa Melayu agak mundur berbanding bangsa lain. satu perbincangan juga diadakan bagi membincangkan tentang transformasi ekonomi kaum melalui platform Ngo sekaligus bertujuan untuk membantu ahli-ahli dalam menerajui ekonomi Malaysia sekaligus menaikkan martabat Agama Bangsa dan Negara.

WhatsApp Image 2017-05-20 at 16.34.12WhatsApp Image 2017-05-20 at 20.42.23 

Friday, May 19, 2017

3721) PPIM, MHO tubuh KAGUM bantu pengguna - Berita Harian Online - 19/5/2017

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (KAGUM) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi hak pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.
KAGUM yang dibentuk dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organization (MHO), mempunyai seramai 25 peguam terlatih dan 100 peguam sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pembentukan biro berkenaan dibuat berikutan banyak kes penipuan sejak kebelakangan ini, yang lebih menjurus kepada berbentuk perjanjian dan pelaburan.
Katanya, ada pengguna yang menjadi mangsa penipuan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan guaman, selain kadar upah peguam membuka fail kes siasatan yang tinggi, malah ada yang lebih tinggi berbanding kerugian pengguna akibat penipuan itu.
"Kesannya, hak mereka sebagai pengguna tidak terbela dan pihak yang menipu akan terus melakukan kegiatan itu kerana tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.
"Kami menubuhkan KAGUM untuk membantu pengguna menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum perkara lebih buruk berlaku," katanya ketika melancarkan pelancaran KAGUM di sini, hari ini. T
urut hadir, Setiausaha Agung KAGUM, Hishamuddin Hashim. Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat daripada KAGUM boleh hubungi talian 011-11181000.

3716) Pemilik kenderaan tanggung beban - Berita Harian Online - 18/5/2017


KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan kewajaran pelaksanaan kadar premium insurans kenderaan berdasarkan profil risiko pemegang polisi yang akan berkuat kuasa Julai depan.
Liberalisasi kadar premium Motor Komprehensif itu akan menyebabkan kenaikan kadar premium insurans kenderaan, sekali gus membebankan pemilik kenderaan.
Justeru, NGO berkenaan mengesyorkan kepada kerajaan supaya pelaksanaannya ditangguhkan demi kepentingan orang ramai.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pelaksanaan kadar insurans itu tidak sesuai pada masa ini kerana pemilik kenderaan berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Tak sesuai pada masanya "Saya berpandangan ia tidak kena pada masa, keadaan dan tempat kerana saya percaya syarikat insurans sedang menyusun strategi untuk menaikkan kadar premium insurans dengan mengenakan pelbagai syarat yang boleh menaikkan harganya," katanya.
Beliau bersetuju kesalahan lalu lintas patut diambil kira dalam penentuan kadar premium insurans tetapi pada masa ini belum sesuai memandangkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) baharu dikuatkuasakan pada bulan lalu.
"Saya mencadangkan pelaksanaan kadar premium insurans berkenaan ditangguhkan kerana sistem itu (KEJARA dan AWAS) baru saja dinaiktaraf, yang mana integriti masih boleh dipersoalkan," katanya.
Pelaksanaan kadar premium insurans itu selaras dengan dasar liberalisasi kadar premium Motor Komprehensif yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) bulan lalu yang akan dilaksanakan berperingkat sehingga tahun 2019.
Untuk fasa pertama, liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun bermula Julai depan hingga Ogos 2018, menetapkan harga produk insurans kenderaan bermotor tidak lagi ditentukan Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan, sebaliknya ditentukan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.
Namun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada taraf tarif sedia ada.
Ia akan dinilai berdasarkan prestasi pelaksanaan liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun.
Tak wajar dilaksanakan Sementara itu, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelaksanaan kadar insurans berdasarkan profil risiko pemegang insurans tidak wajar dilaksanakan.
Katanya, kebanyakan syarikat insurans masih memperoleh keuntungan setiap tahun dan tidak mengalami sebarang kerugian.
"Saya percaya jika langkah itu dilaksanakan, ia akan membebankan pengguna dan pemilik kenderaan di kawasan kampung yang kebanyakannya memiliki kenderaan yang usianya melebihi 10 tahun dan pemiliknya berusia lebih 60 tahun," katanya.
Beliau percaya adalah satu usaha yang baik menaikkan kadar premium untuk pemilik kenderaan yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas sebagai cara mendidik mereka mematuhi peraturan jalan raya.
Katanya, ia dikhuatiri jika faktor usia dan kapasiti kenderaan, persekitaran dan umur pemilik diambil kira, dikhuatiri ramai yang tidak akan mengambil insurans kerana kadarnya lebih tinggi.
"Ini perlu diperhalusi dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru hanya untuk keuntungan syarikat insurans," katanya.
PIAM jamin tiada kenaikan melampau KUALALUMPUR: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi jaminan pelaksanaan kadar insurans berdasarkan profil risiko pemegang insurans tidak mengalami kenaikan melampau kerana Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan ia tidak boleh melebihi 10 peratus daripada harga tarif yang ditetapkan kerajaan.
Penyelaras Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia PIAM, Zainuddin Ishak, berkata bagi menjamin persaingan yang adil, BNM menetapkan kadar premium insurans juga tidak boleh kurang lebih 10 peratus daripada harga tarif.
"Oleh itu, tidak timbul isu mengenai harga premium insurans yang tinggi atau terlalu rendah walaupun kadarnya mengikut pasaran terbuka," katanya kepada BH.
Harga lebih kompetitif Zainuddin menjelaskan liberalisasi premium insurans kenderaan itu dijangka dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan insurans, selain meningkatkan rangkaian produk yang pelbagai pada harga kompetitif berikutan persaingan lebih sengit dalam kalangan penanggung insurans.
"Langkah itu akan juga secara tidak langsung memupuk tabiat pemanduan selamat bagi keselamatan diri sendiri dan orang lain memandangkan ciri keselamatan akan menjadi antara faktor yang menentukan premium.
Tawar lebih banyak pilihan untuk pengguna "Selain itu, saluran pengagihan baharu seperti saluran dalam talian dijangka bertambah dan menjurus kepada kos pemilikan perlindungan lebih rendah kosnya serta dapat dibeli dengan mudah," katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan premium insurans berdasarkan profil risiko akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pengurangan kadar premium.
"Sebelum ini, pengurangan kadar premium berdasarkan diskaun tanpa tuntutan (NCB/ NCD) dan ia hanya membabitkan kadar sehingga 55 peratus saja namun tertakluk kepada usia kenderaan," katanya.

Monday, May 8, 2017

3694) Anugerah Bank Islam-Utusan jadi penanda aras - Utusan Online - 7/5/2017

KUALA LUMPUR 7 Mei - Anugerah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS Patuh Syariah Bank Islam – Utusan yang julung-julung kalinya diadakan, menjadi penanda aras, inspirasi dan contoh amalan terbaik kepada semua PKS di negara ini.
Menurut Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, anugerah itu yang pertama seumpamanya di negara ini, juga merupakan platform utama bagi PKS patuh syariah untuk menanda aras dan membangunkan jenama produk serta perkhidmatan mereka dalam menerokai bahagian pasaran yang lebih meluas.
Beliau berkata, menurut Laporan Tahunan PKS 2015/2016, industri berkenaan menyumbang sebanyak 36 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjadi tunggak pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara.
Malah katanya, di dalam Bajet 2017, kerajaan telah menyatakan kepentingan PKS dengan memberikan peruntukan berjumlah RM6.7 bilion untuk menjana pertumbuhannya.
“Melalui penekanan terhadap kepentingan dan sumbangan PKS kepada ekonomi negara, Bank Islam mengorak langkah dalam memperkenalkan anugerah khusus buat PKS dari sudut patuh syariah sebagai wadah untuk me­nyumbang kepada kemajuan sistem perbankan Islam dan menunaikan tanggungjawab untuk memacu pembangunan ekonomi negara.
“Bank Islam amat berbesar hati kerana dapat menzahirkan maj­lis penganugerahan patuh syariah ini, hasil kolaborasi simbiotik pihak bank dengan akhbar arus perdana berbahasa Melayu yang ulung iaitu Utusan Malaysia, SME Corp. Malaysia, Agensi Penyelaras Pusat berhubung PKS dan Visa Malaysia.
“Pengenalan anugerah ini juga diharap akan dapat menjadi pemangkin untuk PKS supaya kekal berdaya saing dan berdaya tahan dalam menempuh keadaan ekonomi yang makin mencabar,” katanya semasa berucap pada Malam Gala Anugerah PKS Patuh Syariah Bank Islam-Utusan 2017 di sini, semalam.
Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor; Pengerusi SME Corp., Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Dr. Hafsah Hashim dan Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon.
Sebanyak lapan ka­tegori anugerah telah di­sampaikan pada majlis tersebut. Anugerah berkenaan menerima 48 penyertaan dan dinilai oleh panel hakim terdiri daripada profesional dan peneraju industri sejak penyertaannya ditutup pada 10 April lalu.
Antara panel hakim ialah SME Corp., Deloitte Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malaysia Digital Eco­nomy Corporation (MDEC).
Menurut Zukri, sebagai institusi perbankan Islam perintis, Bank Islam sentiasa memperjuangkan perbankan patuh syariah untuk semua lapisan ma-syarakat, tidak kira bangsa atau agama selaras de­ngan misi utama­nya untuk terus membangun dan memperbaharui penyelesaian kewangan yang diterima sejagat sejajar dengan prinsip syariah.
“Dalam konteks ini, penyelesaian kewangan kami merangkumi aspek yang menyeluruh dalam memperluaskan jangkauan rangkuman kewangan, maka PKS tidak terkecuali. Ianya adalah langkah sokongan Bank Islam untuk membantu merealisasikan hasrat kerajaan agar PKS menyumbang lebih 40 peratus dalam KDNK, 62 peratus daripada guna tenaga dan 25 peratus daripada jumlah eks­port sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Induk PKS 2012-2020,” katanya.
20170507 - Utusan Online - Perbankkan - Anugerah Bank Islam-Utusan jadi penanda aras

Tuesday, April 25, 2017

3650) Jawatankuasa Khas Tangani Masalah Ah Long Perlu Segera Ditubuhkan - RTM - 20/04/2017

KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa khas menangani isu peminjam wang tidak berlesen atau Along perlu segera ditubuhkan berikutan isu tersebut sudah berlarutan hampir 10 tahun namun tiada jalan penyelesaian.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  Datuk Nadzim Johan berkata jawatankuasa ini akan merekodkan segala kes yang berkaitan Along bagi membolehkan pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berkata dalam sidang akhbar.
Jelasnya, mengikut statistik yang direkodkan pihaknya, terdapat 15,000 kes yang melibatkan Along sepanjang tahun lepas seperti pemerasan dan memukul peminjam dan pihaknya khuatir jumlah itu akan meningkat tahun ini.
Tegasnya, jumlah kes yang banyak itu amat membimbangkan PPIM kerana Along secara umumnya dilapor mampu membuat pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang selagi hutang dan pinjaman tidak dilangsaikan.     
((BERNAMA))
Sumber Dari:
http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/15411-jawatankuasa-khas-tangani-masalah-ah-long-perlu-segera-ditubuhkan-ppim
Jawatankuasa Khas Tangani Masalah Ah Long Perlu Segera Ditubuhkan

Tuesday, April 18, 2017

3612) Sidang Media : Kaji Semula Akta Untuk KWSP - PPIM - 18/04/2017


18 April 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membangkitkan isu berkenaan Wang Simpanan Pekerja dalam satu sidang media di Villa Puteri hari ini.
PPIM menerima banyak rungutan berkenaan kesukaran untuk mengeluarkan wang caruman KWSP. Kesukaran ini mampu mengakibatkan pencarum terjerumus dalam masalah kewangan seperti seorang pengadu kami yang namanya enggan disiarkan. Beliau mengalami masalah pembayaran hutang rumahnya sehingga mengakibatkan rumahnya dilelong.
Di dalam kes ini, rumah pengadu pernah dilelong oleh pihak bank namun pengadu berjaya menyelamatkan rumah beliau. Dalam masa yang sama, pengadu ini telah menyuarakan hasratnya untuk mengeluarkan wang simpanannya di KWSP namun akaun-nya masih belum mencecah tempoh matang atas faktor usianya.
Menurut pengadu, beliau pernah menghantar surat untuk mengeluarkan wang simpanannya kepada Ketua Eksekutif KWSP namun jawapanya mengecewakan. Pengadu ini mengambil langkah untuk menghantar surat rayuan pengeluaran wang KWSP kepada Perdana Menteri Malaysia dan bila dihubungi, mereka mengatakan surat pengadu telah hilang dari sistem mereka.
“Kami banyak menerima aduan dimana banyak orang berhenti kerja” kata Toqqi. Masalah ekonomi dan pekerjaan menyumbang kepada masalah bankrupsi. Masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan mempunyai masalah dalam membayar hutang-hutang pinjaman mereka. Mereka sebenarnya mampu membayar hutang mereka melalui wang yang disimpan didalam KWSP akan tetapi atas sebab akta-akta tertentu, mereka mengalami tekanan dalam menjelaskan hutang mereka.
Oleh itu, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) meminta pihak bertanggungjawab seperti Menteri Kewangan untuk melihat perkara ini dengan serius dan mengubah akta bagi membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan atau dalam proses bankrupsi.
Selain itu, Toqqi juga meminta supaya pihak bank mengkaji semula sistem tersebut agar wang KWSP dapat digunakan bagi membayar hutang pelanggan mereka. Ini mampu mengelakkan dari seseorang itu dibankrupkan dan pihak bank juga memperolehi wang mereka semula.
Dari pihak PPIM, PPIM yakin dimana kerajaan akan mengambil tindakan susulan dan melihat perkara ini dengan serius.
IMG_1299 IMG_1341  IMG_1365 IMG_1377IMG_1374 IMG_1375IMG_1422   IMG_1426

Monday, April 17, 2017

3608) Puluhan Cendekiawan Islam Malaysia Berkumpul - PPIM - 16/04/2017


WhatsApp Image 2017-04-16 at 10.56.26 AM

16 April 2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) menghadiri sebuah program “Ijtimak 150 Cendekiawan Islam Malaysia bersama penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik di Rumah Alumni UM (letak kawasan).
Didalam perbincangan yang bertajuk “Menangani Islamophobia”, hampir puluhan cendekiawan Islam Malaysia yang hadir dan memberi pendapat mereka dalam isu ini.
Terdahulu, Dr Zakir Naik dituduh memberi sumbangan kepada pengganas-pengganas Islam dan menghasut umat islam untuk terbabit dalam keganasan. Manakala di Malaysia pula, terdapat 19 individu menyaman penceramah antarabangsa ini dan melabelkan bahawa penceramah ini sebagai sorang yang menggugat keselamatan negara.
Dr. Zakir Naik yang memegang jawatan sebagai presiden dan pengasas kepada Islamic Research Foundation (IRF). IRF adalah sebuat pusat dimana ia menjalankan penyelidikan kemajuan Islam, memberikan pendidikan Islam dan dakwah islam.
Dr Zakir naik banyak menghadiri program debat bersama dengan penganut agama yang berbeza. Didalam setiap bahasan , beliau banyak menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan ayat-ayat yang terdapat di dalam kitab agama lain untuk menunjukkan perbezaan dan persamaan sekaligus memperkukuhkan hujahnya.
Untuk mengatasi masalah pandangan serong terhadap Islam atau menganggap Islam adalah agama keganasan, umat Islam seharusnya menunjukkan cara hidup dan pegangan islam yang sebenar kepada dunia agar mereka memahami lebih berkenaan Islam.

WhatsApp Image 2017-04-16 at 10.56.27 AM WhatsApp Image 2017-04-16 at 10.56.28 AM WhatsApp Image 2017-04-16 at 10.56.29 AMWhatsApp Image 2017-04-16 at 10.56.24 AM

Thursday, April 13, 2017

3604) Perjumpaan bersama komiti PPIM - PPIM - 12/04-2017


13/04/2017 - Perjumpaan bersama komiti PPIM membincangkan berkenaan program dan aktiviti ppim. 
WhatsApp Image 2017-04-13 at 9.29.37 AM  WhatsApp Image 2017-04-13 at 9.29.45 AM

3603) Haflah Zikir Perdana Sedunia Julai depan - Berita Harian Online - 12/03/2017

KUALA LUMPUR: Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017 bakal dihadiri lebih 200 ulama seluruh dunia yang akan diadakan pada 26 sehingga 30 Julai depan di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.
Himpunan terbesar ahli zikir bertemakan "Islam itu Kedamaian" dijangka mengumpulkan lebih 30,000 hadirin. Yang Dipertua Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Datuk As'ari Ibrahim, berkata acara tahunan itu memfokuskan keutuhan peradaban Islam dalam pembangunan insan.
"Kebangkitan peradaban Islam dalam pembangunan insan adalah teras kegemilangan masyarakat dan ekonomi mampan.
"Penganjuran kali ini mempunyai beberapa acara lain seperti Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan Persidangan Ulama Antarabangsa.

"Turut membawa kelainan dengan beberapa acara baharu seperti Majlis Tafaqquh Fiddin; World Sama' Fest; Pertandingan Marhaban Piala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Asnaf Foodtruck,"katanya ketika majlis Pelancaran Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017, di sini, hari ini.
Sementara itu, PERTAMA turut melancarkan tabung PERTAMA Infak Zikir Perdana bagi menghidupkan budaya infak positif dalam kalangan umat islam.
"Tabung berkenaan akan diedarkan kepada orang ramai pada malam kemuncak HZPS 2017 iaitu majlis zikir dan turut diletakkan di masjid dan surau di negara.
Majlis zikir itu dianjurkan PERTAMA dengan kerjasama Y2G Ulul Albab Center of Excellence (Y2G).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/270877
Haflah Zikir Perdana Sedunia Julai depan

Wednesday, April 12, 2017

3602) Kisah lima sekeluarga tarik perhatian MP - Sinar Harian Online - 11/4/2017

Kisah lima sekeluarga tarik perhatian MP
SHAH ALAM – Kisah lima sekeluarga yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana mencuri barangan kosmetik bernilai RM2,000 mendapat perhatian Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Rohaya A Rahman, 57 serta tiga anaknya, Maimunah Che Abdullah, 26, Noriza, 30, Nurul Fatihah, 19 dan menantunya Zariah Zakariya, 37, didakwa mencuri di sebuah kedai di Bandar Tenggara pada jam 11.40 pagi 17 Jun  tahun lalu, tetapi dengan rela hati tanpa sebarang desakan telah cuba memulangkan semula barang tersebut.
“Sebenarnya atas dasar kemanusiaan dan ihsan, pihak pendakwaraya sebaiknya menerima niat baik kelima-lima orang mereka yang bersedia memberi semula barangan yang diambil.
“Saya akan menulis kepada peguam negara bagi mendapatkan maklumbalas terkini dan memohon belas kasihan buat anak-beranak yang seharusnya diberi peluang kedua kerana keterdesakan hidup,” kata Nurul Izzah kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai  mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang prihatin akan kes ini dan memohon sokongan orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarga ini.
Tambahnya, bayangkan, dalam keadaan sedemikian, tidakkah ada semangat manusiawi dalam melunaskan keadilan sosial buat semua tertuduh.
“Yang kita mahukan adalah keinsafan, bukan pemerasan kepada mereka yang dalam kesempitan hidup,” katanya.
Dikatakan, lima sekeluarga tersebut telah cuba memulangkan semula barang tersebut pada keesokan harinya.
Namun pemilik kedai menuntut RM13,000 sebagai ganti rugi sekiranya mahu laporan polis ditarik balik.
Bagaimanapun, kesemua mereka ditangkap dan telah dikenakan hukuman.
Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Yang Arif Datuk Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak telah membenarkan rayuan sekali gus mengenepikan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi dan menggantikannya dengan bon jaminan berkelakuan baik selama satu tahun di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah dengan jaminan tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Ia atas alasan tiada kerugian yang dialami pengadu dan memandangkan salah seorang tertuduh pada ketika hukuman penjara dijatuhkan sedang mengandung enam bulan.
Seminggu selepas keputusan itu, pihak pendakwaraya telah memfailkan satu Notis Rayuan ke Mahkamah Rayan Malaysia kerana masih lagi tidak berpuas hati terhadap kjeputusan yang diberikan.
21 Jun tahun lalu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu tunggal bersama tiga orang anak serta seorang menantunya hanya mampu menangis selepas dijatuhi hukuman penjara tiga tahun apabila mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana mencuri barangan kosmetik.
Majistret Mazana Sinin menjatuhkah hukuman berkenaan selepas kelima-lima mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan mencuri  17 produk kosmetik bernilai RM2,171.50 milik perniagaan Herba Sri Tanjung Sdn Bhd.
 Sumber Dari: 
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kisah-lima-sekeluarga-tarik-perhatian-mp-1.657875
Kisah lima sekeluarga tarik perhatian MP

Monday, April 10, 2017

3593) PBT Perlu Ambil Langkah Drastik Elak Penularan - Berita Harian - 10/4/2017


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna mencadangkan setiap pengoperasian mesin layan diri wajib didaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, berkata meskipun masalah ini jarang berlaku, ia bukan alasan kerana PBT perlu ambil langkah drastik supaya ia tidak menular lebih serius.
Beliau mendesak supaya satu undang-undang dikuatkuasakan bagi memudahkan tugas pemantauan penguat kuasa PBT selain mengawal Produk yang dijual supaya pemilik mesin layan diri tidak melanggari sensitiviti masyarakat.
"Akibat kelompangan undang-undang, masalah ini berlaku. Jadi, saya gesa PBT bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengawal penjualan produk melalui mesin ini."
"Antaranya dengan mewajibkan pemilik mesin berkenaan mendaftar dengan PBT untuk mendapatkan permit supaya mereka dibenarkan menjalankan perniagaan itu.
"Pemilik mesin layan diri juga wajib mematuhi garis panduan ditetapkan di lokasi yang bersesuaian," katanya pada BH.
Cetus kegusaran ibu bapa
Naib presiden Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna (LPKPM), Azlin Othman, pula berkata, pihaknya bimbang, kegagalan pemilik mesin layan diri yang tidak mempamirkan notis larangan untuk 18 tahun ke bawah serta label tidak halal, boleh mencetuskan kegusaran ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam. 
Beliau mahu kerajaan negeri mendapatkan pandangan majlis agama berhubungan kaedah dan hukum penjualan produk tidak halal melalui mesin ini.
PBT perlu tegas
Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula menggesa pemilik mesin layan diri lebih bertanggungjawab dengan mengasingkan produk tidak halal dengan halal.
Timbalan presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri menerusi PBT perlu tegas sambil mempersoalkan tindakan pengasingan antara produk halal dan tidak halal boleh dibuat di kedai serbaneka, mengapa tidak ambil langkah sama terhadap mesin layan diri

Wednesday, February 15, 2017

3454) MESYUARAT PANEL PERUNDING TENAGA - 14 FEBRUARI 2017

WhatsApp Image 2017-02-15 at 09.48.38
Mesyuarat Panel Perunding Tenaga yang dihadiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan di Cyberview Resort & Spa di cyberjaya pada 14 Februari 2017
WhatsApp Image 2017-02-15 at 09.48.33WhatsApp Image 2017-02-15 at 09.48.37

Thursday, February 9, 2017

3422) PPIM CALLS FOR LABELLING OF ANIMAL-ASSOCIATED PRODUCTS – SIN CHEW DAILY – 8/2/2017


KUALA LUMPUR, Feb 8 (Bernama) — The Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) has urged the government to make it a requirement to label all animal-associated products in the market.
Its chairman, Datuk Nadzim Johan, said consumers had the right to know about and obtain information on products in the market.
“In the absence of such information, as is the situation now, it makes it very difficult for us to know what a certain product is made from.
“This is not only true in the case of Muslims but also people of other religions. Some of us do not consume certain products, not just because they are not halal, but due to allergies. Then again, some people are vegetarians.
“As such, all products and goods sold must carry a logo and label,” he said at a press conference.
Nadzim said the government should be firm in addressing the issue of products made from pig parts because the practice had been going on for almost 20 years now.
“What we are most worried about is food and what we come into contact with, such as shoes, brushes, belts, gloves and such.
“In the past, we can identify a product made from pig skin by the three dots sign, but the sign seems to be no longer in use,” he said.
Nadzim said the association would meet the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry next week for a discussion on the issue.
Officers of the ministry yesterday seized 2,003 paint brushes made from pig bristles, valued at RM10,988.94, in 157 inspections nationwide.

Friday, January 13, 2017

3349) MAJLIS MAKAN MALAM HIMPUNAN KASIH DATO SRI MUSTAPA MOHAMED OKB


12 Jan 2017 – Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Himpunan Kasih bersama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang dirasmikan oleh Dato Sri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam.
Majlis ini bertujuan untuk melancarkan Logo Yayasan Kasih Kanser dan Kronik OKB serta juga pelancaran untuk Buletin Ahli muda OKB.


Selain itu, penyampaian plak watikah pelantikan bagi Anggota Majlis Pemikir & Pemandu, Ahli Majlis Penasihat Presiden dan Ahli Penasihat Ahli Muda OKB.




Pelbagai anugerah yang diberikan oleh OKB di dalam majlis ini dan tidak terlepas juga Anugerah Emas Pencapaian Luar Biasa Juara No 1 Dalam Perdagangan Dan Kepenggunaan POKB 2016 yang diraih oleh Datuk Nadzim Johan Penasihat Khas Presiden (Perdagangan dan Kepenggunaan) / Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


3347) Pemilik Rumah Dilelong Tidak Terima Sebarang Notis – PPIM - 13/1/2017


KUALA LUMPUR, 12 Jan (Malaysiaaktif) – “Saya tidak mendapat sebarang surat atau notis yang menyatakan bahawa rumah saya akan dilelong dan hanya mengetahui perkara tersebut melalui iklan lelongan yang digantung di sekitar kawasan perumahan saya sahaja.”
Pemilik rumah, Norlihawati Hajidan, 42, melahirkan rasa terkilan beliau ketika ditemui dalam satu Sidang Media Khas anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Villa Puteri, Jalan Sultan Ismail di sini, hari ini.
“Tindakan pihak bank tersebut memberi kesan yang sangat mendalam terhadap emosi kami sekeluarga kerana terpaksa menanggung malu terhadap masyarakat sekeliling walaupun kami telah beberapa kali ke bank bagi berbincang dan mencari langkah penyelesaian masalah tersebut.”, jelas Norlihawati lagi.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang ditemui berkata, “Hasil daripada beberapa kali perjumpaan PPIM bersama pihak bank telah membuahkan hasil apabila pihak bank tersebut bersetuju untuk menangguhkan proses lelongan tersebut,”
“Bukan itu sahaja, malahan pihak bank juga turut bersetuju untuk menarik kembali status muflis yang dikenakan terhadap Norlihawati di samping mencari kaedah bagi melanjutkan tempoh bayaran semula rumah tersebut,” jelas beliau lagi.
Menurut Setiausaha Agung PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaided yang turut hadir di sidang media tersebut mengulas, “Sepatutnya pihak bank perlu mencari langkah penyelesaian terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan muflis kepada mana-mana individu kerana kesan dari pengisytiharan muflis akan menyebabkan usaha untuk menyelamatkan aset individu tersebut terhalang dan menjadi lebih sukar.”
Malahan beliau turut mendakwa siasatan dalaman perlu dilakukan kepada mana-mana bank yang tidak mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan pengguna teraniaya kerana terdapat beberapa perkara yang menimbulkan keraguan di dalam kes Norlihawati ini.
Rumah yang dilelong oleh pihak bank tersebut mendapat perhatian masyarakat dan menggemparkan negara apabila tindakan Lee Hui Sen membatalkan hasrat membeli dan sanggup melepaskan deposit 10 peratus pembelian berjumlah RM44 ribu tanpa mengenali Norlihawati pada tahun lalu.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kemanusiaan PPIM, CIMB Bank Berhad, Nombor Akaun 8602507446 atau menghubungi terus Sekretariat Tabung Kemanusian PPIM di talian 013 611 6666.
Petikan Berita dari :

3346) THE STAR ONLINE – BANK CANCELS RE-AUCTION AND AGREES TO REMOVE BANKRUPTCY STATUS-13/1/2017




THE STAR – BANK CANCELS RE-AUCTION AND AGREES TO REMOVE BANKRUPTCY STATUS-13/1/2017

12 Jan 2017 – Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Himpunan Kasih bersama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang dirasmikan oleh Dato Sri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam.
Majlis ini bertujuan untuk melancarkan Logo Yayasan Kasih Kanser dan Kronik OKB serta juga pelancaran untuk Buletin Ahli muda OKB.
Selain itu, penyampaian plak watikah pelantikan bagi Anggota Majlis Pemikir & Pemandu, Ahli Majlis Penasihat Presiden dan Ahli Penasihat Ahli Muda OKB.
Pelbagai anugerah yang diberikan oleh OKB di dalam majlis ini dan tidak terlepas juga Anugerah Emas Pencapaian Luar Biasa Juara No 1 Dalam Perdagangan Dan Kepenggunaan POKB 2016 yang diraih oleh Datuk Nadzim Johan Penasihat Khas Presiden (Perdagangan dan Kepenggunaan) / Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


It was reported last month that Lee decided to forgo her deposit of RM44,500 for the auctioned house as she could not bring herself to purchase it when she saw a family living there.
Lee wrote a letter to them, apologising for buying the house and hoped that the deposit amount could be of some assistance to the family and also provided feng shui tips to the occupants of the house.
She wanted to remain anonymous and did not want to be showered with attention.
Nor, who was also present during the press conference, said she was relieved that the problem would finally be resolved.
However, she was still waiting for the bank’s next course of action and for their “black and white confirmation” .
“We admit that we have financial problems and were unable to pay promptly every month. We met the bank officers, gave post-dated cheques and made several arrangements.
“We did everything we were told to do, but at the same time, the bank officer also arranged for my husband to be declared bankrupt and we really felt cheated,” said Nor as tears streamed down her cheeks.
The bank involved in the mortgage has yet to give an official response at press time.
News from : The Star Online

Thursday, January 12, 2017

3345) SIDANG MEDIA - STATUS KES LELONGAN RUMAH PEMENANG BIDA EN LEE HUI SEN - 12/1/2017


SIDANG MEDIA - STATUS KES LELONGAN RUMAH PEMENANG BIDA EN LEE HUI SEN - 12/1/2017

Satu sidang media telah diadakan oleh PPIM pada 12 Jan 2016 (Khamis) berkaitan kes lelongan rumah yang ingin Pn Nor 43. Dan yang dijadualkan pada 10 Jan 2016. Media dimaklumkan bahawa PPIM telah mengadakan satu perjumpaan dengan Affin Bank pada 9 Jan. 2017, sehari sebelum tarikh lelongan rumah berkenaan. Dimaklumkan juga bahawa Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM, telah berusaha mengumpul sejumlah  wang bernilai RM44,550.00 dari rakan-rakan beliau bagi menyertai bidaan lelongan rumah tersebut jika rundingan dengan pihak bank gagal.
Hasil rundingan tersebut, Affin Bank telah bersetuju dengan permintaan PPIM untuk membatalkan lelongan rumah dan juga menarik balik status kebankrapan PN  Nor Dan. Bank juga bersetuju untuk meluluskan pinjaman untuk pembiayaan rumah tersebut. Datuk Nadzim Johan mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Affin Bank yang telah memberikan pertimbangan dan kerjasama di dalam menyelesaikan masalah berkaitan. Beliau seterusnya menyeru bank-bank di Malaysia agar tidak melakukan sebarang bentuk penganiayaan atau kezaliman terhadap pengguna. Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar Kementerian Kewangan dan Bank Negara melihat semula isu ini dan mewujudkan satu garis panduan yang dapat diikuti oleh semua bank di Malaysia, di mana kepentingan kedua-dua belah pihak, bank dan juga pengguna, dapat ditangani sebaiknya.










PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL