Showing posts with label PERTAMA. Show all posts
Showing posts with label PERTAMA. Show all posts

Thursday, October 26, 2017

4191) SIDANG MEDIA : TAWARAN AHMADIAH-QADIANI UNTUK BERMUZAKARAH BERSAMA PPIM – 25/10/17



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima surat untuk bermuzakarah dengan pengikut qadiani lanjutan daripada sidang media PPIM pada 27 September 2017.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin Hashim berkata beliau tidak bersetuju untuk bermuzakarah kerana menghormati nasihat Jabatan Mufti Selangor untuk tidak mengadakan sebarang sesi dialog bersama pengikut qadiani kerana ajaran tersebut telah difatwakan sebagai bukan Islam dan tiada keperluan untuk bermuzakarah.
Sebaliknya beliau menggesa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang digunakan oleh pengikut qadiani kerana tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.
“Kita minta penduduk Kg. Nakhuda yang rasa tidak selamat terus membuat laporan polis untuk keselamatan kampung yang dikhuatiri mengancam penduduk”, jelasnya.
“Kami rakyat di Negeri Selangor dengan rasa rendah diri merayu kepada Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk membantu kami mengmbil tindakan kerana kami tidak mempunyai kuasa”, tegasnya.

Mengulas lanjut isu ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia, Sheikh Abdul Kareem berkata Isu ajaran Qadiani ini telah dibincangkan oleh ulama-ulama Islam dari seluruh dunia dan telah wujud kesepakatan mengatakan ajaran ini telah keluar dari Islam”, katanya.
Perkara sebegini perlu dijelaskan kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.
Tambahannya lagi, isu ini telah dibincangkan dihadapan Sultan Selangor, keputusan daripada perbincangan itu adalah warta mengatakan ajaran qadiani ini keluar daripada Islam.


Oleh itu, kita tidak boleh mengadakan apa jua perbincangan bersama qadiani, jika kita mengadakan juga perbincangan maka kita umpama telah menderhaka kepada Sultan Selangor.
Kami memohon Tuanku untuk menjaga keselamatan dan akidah penduduk kg Nakhuda supaya tidak terjerumus kedalam ajaran sesat qadiani.
Pengikut ajaran qadiani telah dihukum kafir oleh ulama dan kebenaran telah mutlak. Ajaran ini desepakati telah keluar dari Islam, kedudukan mereka sama dengan kafir yang memohon menggunakan kalimah Allah.

Pengerusi Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Ustaz Masridzi Bin Sat berkata bukan pihak Jabatan Agama Islam ataupun Mufti yang tidak mengambil tindakan, sebenarnya isu ini telah lama timbul. Ada beberapa pengikut ajaran qadiani yang telah ditangkap tetapi disaman balik.
“Kita tidak akan layan muzakarah yang ditawarkan kerana apabila kita melayan bermakna kita tidak menghormati Sultan Selangor, Majlis Fatwa dan Jabatan Agama Islam.
Bila benda sudah berakar umbi, bermaksud benda ini kita sudah lama biarkan bertahun ia bertapak sehingga susah untuk dihapuskan.


Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) , Dr. Noorazman Samsuddin berkata sensitiviti umat Islam yang berada di tempat kita sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal sehingga berterusan tanpa disekat maka kita akan dapati perkara yang berlaku di tempat lain akan berlaku di tempat kita.
“Saya menyeru kepada pihak istana supaya memandang perkara ini dengan lebih serius supaya perkara ini tidak berlarutan”, katanya.
Bagi pihak MHO, kita memandang dari aspek kemanusian, kebebasan ada landasan dan tidak boleh keluar dari perlembagaan negara.



“Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin menyambut baik muzakarah tersebut tetapi atas nasihat pihak Mufti bahawa perkara ini telah selesai lama dan fatwa telah dikeluarkan bahawa qadiani ini bukanlah satu agama yang terlibat dengan Islam,” ujar Panel Syariah PPIM, Ustaz Abd Halim.
Muzakarah tersebut tidak akan dibuat kerana kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan terhadap muzakarah tersebut.
“Kita di PPIM bukan takut tapi kita ikut arahan pihak tertinggi PPIM dan perbincangan dengan Mufti Selangor telah memutuskan untuk tidak bermuzakarah dengan ahmadiah-qadiani ini.

Thursday, April 13, 2017

3606) HIMPUNKAN 200 ULAMA - HARIAN METRO - 13/4/2017

                  harian metro 13.4.2017

 Lebih daripada 200 ulama dunia akan berhimpun semperna Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017 yang akan berlangsung di sini dan Putrajaya dari 26 hingga 30 Julai depan. Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Sheikh Abd Kareem Sheikh Khadaeid berkata, haflah masjlis zikir memasuki  tahun ketiga penganjuranya namun kali ini, ia lebih bersifat antarabangsa kerana menghimpunkan ramai ilmuwan islam dari negara lain. Menurutnya, penganjuran halah mendapat kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (Gabungan AMIN) dan beberapa NGO lain. "Pada tahun ini, haflah zikir diberhagikan kepada dua komponen utama iaitu program ilmiah berbentuk persidangan. Untuk komponen ini, kami mengadakan Persidangan Ulama Antarabangsa 2017 dan Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara. "Bagi komponen kedua pula, kami memperkenalkan bentuk hiburan berkonsepkan islam yang dikenali sebagai sama'. Bagaimanapun, program itu berbayar dan tempat terhad,"katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar, di sini, semalam. Hadir sama Yang Dipertua PERTAMA Datuk As'ari Ibrahim, Timbalan Yang Dipertua I Sheikh Abd Raof Nurin dan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Izham Nayan. Sheikh Abd Kareem berkata, pihaknya menjangkakan tokoh pemimpin negara akan hadir antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, anatara ulama yang dijangka hadir adalah Habib Umar Ben Hafidz, Sheikh Ali Juma'ah dan ilmuwan Islam serata dunia termasuk dari Maghribi dan Amerika Syarikat. "Semperna haflah zikir pada tahun ini, kami mengangkat tema Islam itu kedamaian yang menjanjikan satu lonjakan paradigma yang harus diperjuangkan secara konsisten. "PERTAMA menjangkakan 500,000 pengunjung hadir HZPS melebihi 500,000 mengikut komponen,"katanya.

3603) Haflah Zikir Perdana Sedunia Julai depan - Berita Harian Online - 12/03/2017

KUALA LUMPUR: Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017 bakal dihadiri lebih 200 ulama seluruh dunia yang akan diadakan pada 26 sehingga 30 Julai depan di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.
Himpunan terbesar ahli zikir bertemakan "Islam itu Kedamaian" dijangka mengumpulkan lebih 30,000 hadirin. Yang Dipertua Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Datuk As'ari Ibrahim, berkata acara tahunan itu memfokuskan keutuhan peradaban Islam dalam pembangunan insan.
"Kebangkitan peradaban Islam dalam pembangunan insan adalah teras kegemilangan masyarakat dan ekonomi mampan.
"Penganjuran kali ini mempunyai beberapa acara lain seperti Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan Persidangan Ulama Antarabangsa.

"Turut membawa kelainan dengan beberapa acara baharu seperti Majlis Tafaqquh Fiddin; World Sama' Fest; Pertandingan Marhaban Piala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Asnaf Foodtruck,"katanya ketika majlis Pelancaran Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017, di sini, hari ini.
Sementara itu, PERTAMA turut melancarkan tabung PERTAMA Infak Zikir Perdana bagi menghidupkan budaya infak positif dalam kalangan umat islam.
"Tabung berkenaan akan diedarkan kepada orang ramai pada malam kemuncak HZPS 2017 iaitu majlis zikir dan turut diletakkan di masjid dan surau di negara.
Majlis zikir itu dianjurkan PERTAMA dengan kerjasama Y2G Ulul Albab Center of Excellence (Y2G).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/270877
Haflah Zikir Perdana Sedunia Julai depan

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL