Showing posts with label BERITA HARIAN ONLINE. Show all posts
Showing posts with label BERITA HARIAN ONLINE. Show all posts

Wednesday, April 5, 2023

JUAL KERETA UNTUK TUNAI UMRAH, MALANGNYA - BERITA HARIAN ONLINE - 04/04/2023

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah RM1.8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.


Sumber: Berita Harian Online

JUAL KERETA UNTUK TUNAI UMRAH, MALANGNYA

https://www.youtube.com/watch?v=wDgluTRgR-8

Wednesday, May 24, 2017

3735) Proses lelongan rumah didakwa mencurigakan - Berita Harian Online - 23/5/2017

KUALA LUMPUR: Seorang guru agama mendakwa proses lelongan kediaman teres setingkat miliknya tidak dilakukan mengikut perundangan apabila nilai rumah itu turun mendadak hingga menyebankannya menanggung kerugian.
Abdul Razak Yunus, 54, yang mengambil upah mengajar al-Quran di pejabat dan surau berdekatan, terkejut dengan proses itu kerana nilai lelongan asal RM400,000 turun 40 peratus dalam tempoh dua bulan.
"Rumah saya dilelong empat kali dalam dua bulan dan saya rasa curiga kerana biasanya tempoh diperlukan untuk lelongan seterusnya adalah tiga bulan selepas lelongan pertama.
"Saya mempunyai tunggakan RM170,000 dan jika ini berterusan, ia akan hanya mendatangkan kerugian akibat harga lelongan yang semakin rendah," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Beliau berkata, rumah itu turut dijadikan yayasan mengajar agama kepada kanak-kanak setempat tetapi terpaksa dijual kerana masalah kewangan.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, meminta kerajaan negeri memeriksa semula Kanun Tanah Negara.
Nadzim berkata, proses lelongan yang tidak dilaksanakan dengan jujur boleh menjejaskan harga pasaran.
"Pihak berkuasa terutama kerajaan negeri mesti meneliti semula Akta 625 kanun terbabit dan menyelesaikan masalah ini kerana ia dilihat menganiaya penjual rumah," katanya.

Friday, May 19, 2017

3716) Pemilik kenderaan tanggung beban - Berita Harian Online - 18/5/2017


KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan kewajaran pelaksanaan kadar premium insurans kenderaan berdasarkan profil risiko pemegang polisi yang akan berkuat kuasa Julai depan.
Liberalisasi kadar premium Motor Komprehensif itu akan menyebabkan kenaikan kadar premium insurans kenderaan, sekali gus membebankan pemilik kenderaan.
Justeru, NGO berkenaan mengesyorkan kepada kerajaan supaya pelaksanaannya ditangguhkan demi kepentingan orang ramai.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pelaksanaan kadar insurans itu tidak sesuai pada masa ini kerana pemilik kenderaan berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Tak sesuai pada masanya "Saya berpandangan ia tidak kena pada masa, keadaan dan tempat kerana saya percaya syarikat insurans sedang menyusun strategi untuk menaikkan kadar premium insurans dengan mengenakan pelbagai syarat yang boleh menaikkan harganya," katanya.
Beliau bersetuju kesalahan lalu lintas patut diambil kira dalam penentuan kadar premium insurans tetapi pada masa ini belum sesuai memandangkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) baharu dikuatkuasakan pada bulan lalu.
"Saya mencadangkan pelaksanaan kadar premium insurans berkenaan ditangguhkan kerana sistem itu (KEJARA dan AWAS) baru saja dinaiktaraf, yang mana integriti masih boleh dipersoalkan," katanya.
Pelaksanaan kadar premium insurans itu selaras dengan dasar liberalisasi kadar premium Motor Komprehensif yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) bulan lalu yang akan dilaksanakan berperingkat sehingga tahun 2019.
Untuk fasa pertama, liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun bermula Julai depan hingga Ogos 2018, menetapkan harga produk insurans kenderaan bermotor tidak lagi ditentukan Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan, sebaliknya ditentukan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.
Namun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada taraf tarif sedia ada.
Ia akan dinilai berdasarkan prestasi pelaksanaan liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun.
Tak wajar dilaksanakan Sementara itu, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelaksanaan kadar insurans berdasarkan profil risiko pemegang insurans tidak wajar dilaksanakan.
Katanya, kebanyakan syarikat insurans masih memperoleh keuntungan setiap tahun dan tidak mengalami sebarang kerugian.
"Saya percaya jika langkah itu dilaksanakan, ia akan membebankan pengguna dan pemilik kenderaan di kawasan kampung yang kebanyakannya memiliki kenderaan yang usianya melebihi 10 tahun dan pemiliknya berusia lebih 60 tahun," katanya.
Beliau percaya adalah satu usaha yang baik menaikkan kadar premium untuk pemilik kenderaan yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas sebagai cara mendidik mereka mematuhi peraturan jalan raya.
Katanya, ia dikhuatiri jika faktor usia dan kapasiti kenderaan, persekitaran dan umur pemilik diambil kira, dikhuatiri ramai yang tidak akan mengambil insurans kerana kadarnya lebih tinggi.
"Ini perlu diperhalusi dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru hanya untuk keuntungan syarikat insurans," katanya.
PIAM jamin tiada kenaikan melampau KUALALUMPUR: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi jaminan pelaksanaan kadar insurans berdasarkan profil risiko pemegang insurans tidak mengalami kenaikan melampau kerana Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan ia tidak boleh melebihi 10 peratus daripada harga tarif yang ditetapkan kerajaan.
Penyelaras Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia PIAM, Zainuddin Ishak, berkata bagi menjamin persaingan yang adil, BNM menetapkan kadar premium insurans juga tidak boleh kurang lebih 10 peratus daripada harga tarif.
"Oleh itu, tidak timbul isu mengenai harga premium insurans yang tinggi atau terlalu rendah walaupun kadarnya mengikut pasaran terbuka," katanya kepada BH.
Harga lebih kompetitif Zainuddin menjelaskan liberalisasi premium insurans kenderaan itu dijangka dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan insurans, selain meningkatkan rangkaian produk yang pelbagai pada harga kompetitif berikutan persaingan lebih sengit dalam kalangan penanggung insurans.
"Langkah itu akan juga secara tidak langsung memupuk tabiat pemanduan selamat bagi keselamatan diri sendiri dan orang lain memandangkan ciri keselamatan akan menjadi antara faktor yang menentukan premium.
Tawar lebih banyak pilihan untuk pengguna "Selain itu, saluran pengagihan baharu seperti saluran dalam talian dijangka bertambah dan menjurus kepada kos pemilikan perlindungan lebih rendah kosnya serta dapat dibeli dengan mudah," katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan premium insurans berdasarkan profil risiko akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pengurangan kadar premium.
"Sebelum ini, pengurangan kadar premium berdasarkan diskaun tanpa tuntutan (NCB/ NCD) dan ia hanya membabitkan kadar sehingga 55 peratus saja namun tertakluk kepada usia kenderaan," katanya.

Friday, April 28, 2017

3668) Cari mekanisme tangani individu tanpa warganegara - Berita Harian Online - 26/04/2017

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya kerajaan segera mencari mekanisme sesuai bagi menyelesaikan isu membabitkan individu tanpa warganegara di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata, satu kaedah perlu dicari bagi menyelesaikan masalah individu yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap sehingga berdepan pelbagai kesukaran dalam kehidupan harian.
Beliau berkata, kebanyakan kes berkenaan berpunca daripada masalah membabitkan taraf perkahwinan warga asing, apabila ibu dan bapa gagal untuk mendaftarkan perkahwinan mereka dan apabila mempunyai anak, berdepan masalah untuk mendaftarkan kerakyatan anak-anak mereka.
"Kes ini banyak berlaku di Sabah dan Sarawak, dan bertambah serius apabila ia turut membabitkan orang Rohingya dan Melayu Champa, tapi kita harap penyelesaiannya boleh dicari supaya kerana apa pun status mereka, dari mana mereka datang, mereka perlu ada identiti.
"Kita tidak mahu menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Menteri Dalam Negeri tapi satu kaedah perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini, mereka ini nak kerja susah, nak belajar susah, nak kahwin susah dan nak kerja pun susah, isu ini perlu diberi perhatian serius," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Nadzim berkata, antara kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan adalah memberikan individu ini satu dokumen khas yang boleh digunakan sementara menunggu permohonan dokumen mereka diproses.
"Kebanyakan proses permohonan dokumen ini mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan, maka dokumen sementara itu boleh digunakan bagi menjalani kehidupan seharian, katanya.
Katanya, selain penggunaan dokumen sementara, prosedur permohonan dokumen itu juga perlu dipermudahkan bagi mengurangkan tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan membabitkan isu individu tanpa warganegara.
Cari mekanisme tangani individu tanpa warganegara - PPIM

Wednesday, April 12, 2017

3600) Penduduk sedia beli tanah dekat Masjid Telipot - Berita Harian Online - 11/4/2017

 Penduduk sedia beli tanah dekat Masjid Telipot 

KOTA BHARU: Bagi mengelakkan kawasan berhampiran Masjid Telipot atau Masjid Sultan Muhammad II di sini dibangunkan dengan kondominium, penduduk Raja Dewa sanggup membeli tanah di kawasan itu.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kejiranan Raja Dewa, Yasmi Yusof, berkata pihaknya sedia membayar harga semasa tanah berkenaan seluas 0.69 hektar untuk digunakan bagi tujuan pembesaran Masjid Telipot.
"Penduduk sanggup membayar apa juga harga yang ditetapkan kerana hanya kawasan itu saja yang lapang serta sesuai untuk menaik taraf masjid.
"Kita harap pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta kerajaan negeri memberikan jawapan dalam masa 14 hari, " katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat YIK, Nilam Puri, di sini, hari ini.
Yasmi berkata pihaknya memahami jika YIK memerlukan wang dengan menjual tanah berkenaan namun pihaknya sedia bekerjasama dengan membeli tanah itu dan pada masa sama turut membantu YIK.
"Apa yang dikesalkan sikap kerajaan negeri seolah-olah berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan.
"Banyak lagi tanah di negeri ini yang boleh dibangunkan manakala di kawasan ini, umum mengetahui bahawa ia terlalu padat dan tidak seharusnya ditambah lagi pembangunan di kawasan itu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani, berkata pihaknya sedia membantu penduduk dalam menyuarakan bantahan mengenai pembinaan kondominium di kawasan mereka.
"Kita memohon agar YIK membuka pintu rundingan bersama penduduk supaya isu yang berlarutan lebih tiga tahun ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/270524
Penduduk sedia beli tanah dekat Masjid Telipot

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL