Artikel oleh: Harian Metro
150 TAMPIL MENGADU
Kuala Lumpur: Seramai 150 individu yang mendakwa tidak dapat menunaikan umrah seperti dijanjikan Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) tampil membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyelesaikan kemelut itu yang masih berlarutan.
Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata, jumlah aduan itu diterima pihaknya bagi tempoh sepanjang bulan lalu membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM1.5 juta.
"Kita anggarkan jumlah kerugian dialami mangsa membabitkan agensi ini adalah lebih besar kerana ada dalam kalangan jemaah yang menempah pakej platinum berharga puluhan ribu bagi setiap seorang.
"Susulan itu, kita tampil bagi membantu mangsa teraniaya yang bukan saja tidak dapat menunaikan umrah, malah tidak mendapat semula bayaran yang dikemukakan kepada agensi itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas mempengerusikan perbincangan bersama 180 mangsa penipuan umrah oleh syarikat itu menerusi aplikasi Zoom, semalam.
Zharif berkata, dalam perbincangan itu yang turut disertai Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat itu, pihaknya memberi taklimat mengenai kes berkenaan selain terdapat sesi soal jawab dan pengalaman yang dikongsi mangsa bagi mendapatkan pembelaan.
"Kita kesal dengan apa yang menimpa jemaah ini apabila mereka yang terkandas tidak mendapat pembelaan dengan bayaran semula tidak diterima sehingga kini sedangkan ada antara mangsa kehilangan ahli keluarga sepanjang tempoh menunggu untuk berangkat menunaikan umrah.
"Malah, ada mangsa yang mahukan bayaran semula kerana hilang kepercayaan, namun masih belum menerima bayaran. Ada yang dapat tarikh baru penerbangan, namun tarikh yang diletakkan dibuat tanpa perbincangan dengan jemaah," katanya.
Susulan itu, pihaknya menasihatkan supaya mereka tampil membuat laporan kepada pihak polis, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan pihak lain yang berkaitan bagi menyelesaikan isu ini.
"Pada masa sama, PPIM juga akan mendesak Emraz supaya memaklumkan solusi yang akan diberikan kepada mangsa yang bukan hanya sekadar janji di mulut dan harus ada jaminan termasuk cagaran kerana mangsa sudah menunggu lama.
"Dalam kes ini, PPIM menyediakan perkhidmatan percuma kepada semua mangsa yang tampil membuat aduan sebagai salah satu tanda sokongan kami mengatasi masalah seumpama ini yang berlaku setiap tahun sekali gus menyebabkan kegusaran dalam kalangan bakal jemaah umrah.
"Ini kerana mereka boleh menjadi mangsa meskipun membuat tempahan dengan syarikat berdaftar. Justeru itu, kita meminta supaya pihak berkuasa memantau isu ini bagi mengelak ia berulang semula kerana masyarakat sudah jelak dengan masalah ini," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
'KAMI MAHUKAN KEADILAN, KEMBALIKAN SEMULA WANG'
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/973056/kami-mahukan-keadilan-kembalikan-semula-wang
![]() |
| NADZIM (empat kiri) bersama-sama mangsa penipuan jemaah Umrah Emraz. FOTO Amirudin Sahib. |
KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah RM1.8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.
Sumber: Berita Harian Online
JUAL KERETA UNTUK TUNAI UMRAH, MALANGNYA
KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz
Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah
RM1.8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka
menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.
Seorang daripada mangsa, Sharul Azuan Mohd Said, 46, yang
berharap mendapat semula wangnya itu berkata kecewa selepas hasrat untuk
menunaikan umrah dengan berpuasa Ramadan di Tanah Suci tidak kesampaian.
Beliau yang juga Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban
berkata dia sudah membuat bayaran penuh sebanyak RM43,000 iaitu bayaran pertama
RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya 26 Januari untuk diri, isteri dan
tiga anaknya menunaikan umrah.
"Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada
Ramadan. Sebelum ini, saya memang sudah menunaikan umrah namun dengan agensi
lain. Kami mahu mencuba Emraz apabila melihat iklannya di Facebook (FB) yang
meyakinkan sebab baru mendapat anugerah cemerlang tahun lalu.
"Seminggu sebelum tarikh penerbangan
dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa
dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga."
"Tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pun
pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke
pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba
tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi
ke pejabatnya, dah tutup," katanya.
Sharul Azuan adalah antara sekumpulan 70 jemaah
umrah berkenaan yang ditemui ketika membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim
Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin.
"Kejadian seperti ini berulang kali setiap
kali musim umrah dan haji. Mangsa sama ada terkandas di lapangan terbang dan
hotel. Malah ada yang tak balik ke kampung, malu dah buat kenduri
kesyukuran."
"Syarikat betul satu hal dan syarikat 'scam'
pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu
pergi?
"Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan
ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila
jemaah gagal tunai umrah. Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini
sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan," katanya.
Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung
lesen Emraz selaku Pengelola Jemaah Haji (PJH) sebagai langkah awal melindungi
kebajikan bakal jemaah haji.
TH dalam kenyataannya, berkata keputusan itu
diambil berikutan beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang
diberikan oleh syarikat berkenaan.
Jumaat lalu turut berlaku kekecohan di pejabat
syarikat terbabit selepas kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat bagi
menuntut semula bayaran yang dijelaskan.
Susulan kekecohan terbabit, syarikat itu kemudian
mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan trip sempena Ramadan disebabkan
kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal terbang.
Katanya, ia berikutan permintaan tinggi seluruh
dunia selepas kelonggaran pada sekatan COVID-19 di Arab Saudi berbanding
Ramadan tahun sebelumnya.
Artikel oleh: Berita Harian
70 BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ KEMBALIKAN WANG RM1.8 JUTA
KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah menuntut syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) memulangkan wang dianggarkan berjumlah RM1.8 juta selain passport selepas gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.
Seorang daripada mangsa, Sharul Azuan Mohd Said, 46 yang juga Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban berkata dia sudah membuat bayaran penuh RM43,000 iaitu bayaran pertama RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya 26 Januari untuk diri, isteri dan tiga anaknya menunaikan umrah.
“Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada Ramadan. Sebelum ini, saya memang sudah menunaikan umrah namun dengan agensi lain. Kami mahu mencuba Emraz apabila melihat iklannya di Facebook (FB) yang meyakinkan sebab baru mendapat anugerah cemerlang tahun lalu.
“Seminggu sebelum tarikh penerbangan dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga. Tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pun pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi ke pejabatnya, dah tutup,” katanya yang ditemui ketika membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin.
“Syarikat betul satu hal dan syarikat ‘scam’ pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu pergi?
“Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila jemaah gagal tunai umrah. Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan,” katanya.
Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Emraz selaku Pengelola Jemaah Haji (PJH) sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.
TH dalam kenyataannya berkata keputusan itu diambil berikutan beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.
Artikel oleh: Buletin TV3
70 BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ PULANGKAN WANG RM1.8 JUTA
https://www.buletintv3.my/nasional/70-bakal-jemaah-umrah-tuntut-emraz-pulangkan-wang-rm1-8-juta/
Sekitar sidang media PPIM bersama pengadu-pengadu EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri hari ini.