Showing posts with label PAKEJ HAJI DAN UMRAH. Show all posts
Showing posts with label PAKEJ HAJI DAN UMRAH. Show all posts

Wednesday, April 5, 2023

BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ KEMBALIKAN PASPORT, WANG RM1.8 JUTA [METRO TV] - HARIAN METRO - 04/04/2023

 

Kuala Lumpur: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut wang yang keseluruhannya dianggarkan RM1.8 juta serta pasport dikembalikan selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.

Seorang daripada mangsa Sharul Azuan Mohd Said, 46, berkata dia kecewa selepas hasrat untuk menunaikan umrah dan menyambut Ramadan di Tanah Suci tidak kesampaian.

Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban itu berkata, dia sudah membuat bayaran penuh sebanyak RM43,000 iaitu bayaran pertama RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya pada 26 Januari lalu untuk dia, isterinya dan tiga anaknya menunaikan umrah.

"Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada Ramadan, sebelum ini saya sudah menunaikan umrah namun dengan agensi lain.

"Kami mahu mencuba Emraz apabila melihat iklannya di Facebook (FB) yang meyakinkan sebab baru dapat anugerah cemerlang tahun lalu.

"Seminggu sebelum tarikh penerbangan dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga.

"Apabila tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi ke pejabatnya, sudah tutup," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dia antara sekumpulan 70 jemaah umrah berkenaan yang membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin.

"Kejadian seperti ini berlaku berulang kali setiap kali musim umrah dan haji. Mangsa sama ada terkandas di lapangan terbang atau hotel. Malah ada yang tak balik ke kampung, malu dah buat kenduri kesyukuran.

"Syarikat betul satu hal dan syarikat 'scam' pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu pergi?

"Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila jemaah gagal menunaikan umrah.

"Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan," katanya.

NADZIM (empat kiri) bersama-sama mangsa penipuan jemaah Umrah Emraz. FOTO Amirudin Sahib.

Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataannya, berkata keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.

Jumaat lalu turut berlaku kekecohan di pejabat syarikat terbabit selepas kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat bagi menuntut semula bayaran yang dijelaskan.

Susulan kekecohan terbabit, syarikat itu kemudian mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan trip sempena Ramadan disebabkan kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal terbang.

Katanya, ia berikutan permintaan tinggi seluruh dunia selepas kelonggaran pada sekatan Covid-19 di Arab Saudi berbanding Ramadan tahun sebelumnya.

Artikel oleh: Harian Metro

BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ KEMBALIKAN PASPORT, WANG RM1.8 JUTA [METRO TV]


JUAL KERETA UNTUK TUNAI UMRAH, MALANGNYA - BERITA HARIAN ONLINE - 04/04/2023

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah RM1.8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.


Sumber: Berita Harian Online

JUAL KERETA UNTUK TUNAI UMRAH, MALANGNYA

https://www.youtube.com/watch?v=wDgluTRgR-8

70 BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ KEMBALIKAN WANG RM1.8 JUTA - BERITA HARIAN - 04/04/2023

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah RM1.8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.

Seorang daripada mangsa, Sharul Azuan Mohd Said, 46, yang berharap mendapat semula wangnya itu berkata kecewa selepas hasrat untuk menunaikan umrah dengan berpuasa Ramadan di Tanah Suci tidak kesampaian.

Beliau yang juga Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban berkata dia sudah membuat bayaran penuh sebanyak RM43,000 iaitu bayaran pertama RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya 26 Januari untuk diri, isteri dan tiga anaknya menunaikan umrah.

"Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada Ramadan. Sebelum ini, saya memang sudah menunaikan umrah namun dengan agensi lain. Kami mahu mencuba Emraz apabila melihat iklannya di Facebook (FB) yang meyakinkan sebab baru mendapat anugerah cemerlang tahun lalu.

"Seminggu sebelum tarikh penerbangan dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga."

"Tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pun pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi ke pejabatnya, dah tutup," katanya.

Sharul Azuan adalah antara sekumpulan 70 jemaah umrah berkenaan yang ditemui ketika membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin.

"Kejadian seperti ini berulang kali setiap kali musim umrah dan haji. Mangsa sama ada terkandas di lapangan terbang dan hotel. Malah ada yang tak balik ke kampung, malu dah buat kenduri kesyukuran."

"Syarikat betul satu hal dan syarikat 'scam' pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu pergi?

"Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila jemaah gagal tunai umrah. Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan," katanya.

Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Emraz selaku Pengelola Jemaah Haji (PJH) sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataannya, berkata keputusan itu diambil berikutan beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.

Jumaat lalu turut berlaku kekecohan di pejabat syarikat terbabit selepas kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat bagi menuntut semula bayaran yang dijelaskan.

Susulan kekecohan terbabit, syarikat itu kemudian mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan trip sempena Ramadan disebabkan kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal terbang.

Katanya, ia berikutan permintaan tinggi seluruh dunia selepas kelonggaran pada sekatan COVID-19 di Arab Saudi berbanding Ramadan tahun sebelumnya.

Artikel oleh: Berita Harian

70 BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ KEMBALIKAN WANG RM1.8 JUTA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1086052/70-bakal-jemaah-umrah-tuntut-emraz-kembalikan-wang-rm18-juta?utm_source=bh&utm_medium=terkinitabhp

Tuesday, April 4, 2023

70 BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ PULANGKAN WANG RM1.8 JUTA - BULETIN TV3 - 04/04/2023

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 bakal jemaah umrah menuntut syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) memulangkan wang dianggarkan berjumlah RM1.8 juta selain passport selepas gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.

Seorang daripada mangsa, Sharul Azuan Mohd Said, 46  yang juga Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban berkata dia sudah membuat bayaran penuh  RM43,000 iaitu bayaran pertama RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya 26 Januari untuk diri, isteri dan tiga anaknya menunaikan umrah.

“Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada Ramadan. Sebelum ini, saya memang sudah menunaikan umrah namun dengan agensi lain. Kami mahu mencuba Emraz apabila melihat iklannya di Facebook (FB) yang meyakinkan sebab baru mendapat anugerah cemerlang tahun lalu.

“Seminggu sebelum tarikh penerbangan dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga. Tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pun pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi ke pejabatnya, dah tutup,” katanya  yang ditemui ketika membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin.

“Syarikat betul satu hal dan syarikat ‘scam’ pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu pergi?

“Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila jemaah gagal tunai umrah. Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan,” katanya.

Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Emraz selaku Pengelola Jemaah Haji (PJH) sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataannya berkata keputusan itu diambil berikutan beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan.


Artikel oleh: Buletin TV3

70 BAKAL JEMAAH UMRAH TUNTUT EMRAZ PULANGKAN WANG RM1.8 JUTA

https://www.buletintv3.my/nasional/70-bakal-jemaah-umrah-tuntut-emraz-pulangkan-wang-rm1-8-juta/

AKTIVITI | SIDANG MEDIA BERSAMA PENGADU-PENGADU EMRAZ - PPIM - 04/04/2023

Sekitar sidang media PPIM bersama pengadu-pengadu EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri hari ini.

Thursday, July 28, 2022

AWAS HARGA PAKEJ HAJI, UMRAH TAK LOGIK - HARIAN METRO - 27/07/2022

Kuala Lumpur: Tawar pakej haji RM16,000 dan umrah RM3,000. Itu antara promosi gila-gila agensi pelancongan yang ligat mencari jemaah untuk ke tanah suci sejak beberapa tahun lalu.

Harga berkenaan disifatkan tidak logik dengan kadar semasa dan ia sepatutnya menjadi pananda aras kepada bakal jemaah mengenai risiko kemungkinan tidak dapat menunaikan ibadat di sana.

Mendedahkan perkara itu Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat berkata, antara jaminan yang diberikan pihak tidak bertanggungjawab itu termasuklah ada pihak ketika yang bermurah hati untuk menaja jemaah agar dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Katanya, sama juga dengan isu visa Furada yang menyebabkan jemaah terkandas baru-baru ini kerana ada unsur maklumat kurang tepat yang diterima mereka.

"Khidmat Guam difahamkan, tahun ini sebenarnya tiada visa Furada ditawarkan kerajaan Arab Saudi, sebaliknya yang ada hanyalah Visa Mujamalah.

"Jumlah yang ditawarkan kepada pihak agensi akan dimaklumkan lebih awal untuk memudahkan persiapan bagi penyerahan dokumen kepada kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

"Tujuannya adalah untuk memudahkan pihak agensi menguruskan jumlah jemaah yang mereka boleh terima dalam setiap musim haji," katanya.

Mahmud berkata, beliau bersama Aktivis Kanan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Zharif Johor menyertai perbincangan bersama 83 jemaah yang terkandas baru-baru ini untuk membantu mereka dari sudut perundangan.

Menurutnya, enam peguam tampil untuk membantu dan difahamkan mereka akan mengadakan sidang media berhubung isu berkenaan.

"Kita menggesa kerajaan tampil dengan penyelesaian konkrit isu haji Furada ini kerana ia bukan kes baru, malah setiap tahun pasti akan timbul isu begini, cuma jumlah saja berbeza.

"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) perlu memastikan setiap agensi menghantar laporan dan membuat pengesahan bahawa mereka sudah pun menerima visa Furada.

"Selepas disahkan pihak berkuasa Arab Saudi, jemaah juga boleh membuat semakan dengan Motac untuk pengesahan," katanya.

Beliau berkata, sebagai peluang kedua, kerajaan juga diminta untuk mengkaji kewajaran membenarkan jemaah yang terkandas baru-baru ini mengerjakan haji pada musim depan secara jaminan.

Selain itu, pihak berwajib juga boleh meletakkan mereka dalam senarai menunggu paling hampir untuk ke Makkah bagi menunaikan hasrat mereka yang tergendala selepas menjadi mangsa keadaan.

"Tiada yang salah dengan visa Furada ini, sebaliknya kegagalan memberikan maklumat yang tepat menyebabkan ada yang terkandas biarpun sudah membayar ratusan ribu ringgit seperti dipersetujui.

"Kita doakan tiada lagi isu terkandas sampaikan ada dalam kalangan mangsa yang tenggelam punca selepas wang habis dibelanjakan, tetapi tidak naik haji," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

AWAS HARGA PAKEJ HAJI, UMRAH TAK LOGIK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/865703/awas-harga-pakej-haji-umrah-tak-logik

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL