Monday, April 10, 2017

3593) PBT Perlu Ambil Langkah Drastik Elak Penularan - Berita Harian - 10/4/2017


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna mencadangkan setiap pengoperasian mesin layan diri wajib didaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, berkata meskipun masalah ini jarang berlaku, ia bukan alasan kerana PBT perlu ambil langkah drastik supaya ia tidak menular lebih serius.
Beliau mendesak supaya satu undang-undang dikuatkuasakan bagi memudahkan tugas pemantauan penguat kuasa PBT selain mengawal Produk yang dijual supaya pemilik mesin layan diri tidak melanggari sensitiviti masyarakat.
"Akibat kelompangan undang-undang, masalah ini berlaku. Jadi, saya gesa PBT bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengawal penjualan produk melalui mesin ini."
"Antaranya dengan mewajibkan pemilik mesin berkenaan mendaftar dengan PBT untuk mendapatkan permit supaya mereka dibenarkan menjalankan perniagaan itu.
"Pemilik mesin layan diri juga wajib mematuhi garis panduan ditetapkan di lokasi yang bersesuaian," katanya pada BH.
Cetus kegusaran ibu bapa
Naib presiden Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna (LPKPM), Azlin Othman, pula berkata, pihaknya bimbang, kegagalan pemilik mesin layan diri yang tidak mempamirkan notis larangan untuk 18 tahun ke bawah serta label tidak halal, boleh mencetuskan kegusaran ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam. 
Beliau mahu kerajaan negeri mendapatkan pandangan majlis agama berhubungan kaedah dan hukum penjualan produk tidak halal melalui mesin ini.
PBT perlu tegas
Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula menggesa pemilik mesin layan diri lebih bertanggungjawab dengan mengasingkan produk tidak halal dengan halal.
Timbalan presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri menerusi PBT perlu tegas sambil mempersoalkan tindakan pengasingan antara produk halal dan tidak halal boleh dibuat di kedai serbaneka, mengapa tidak ambil langkah sama terhadap mesin layan diri

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL