NADZIM JOHAN
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sistem pengesahan mengenai semua maklumat peribadi penjual menerusi laman web dalam talian boleh dikendalikan oleh mana-mana pihak bertanggungjawab.
“Usaha tersebut perlu diambil segera sebagai langkah keselamatan daripada berlakunya eksploitasi dan aktiviti penipuan siber ke atas pengguna laman web beli-belah dalam talian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Jabatan Sia­satan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, 100 kes penipuan jual beli barangan secara dalam talian dicatatkan setiap minggu sejak awal tahun ini membabitkan kerugian puluhan juta ringgit.
MOHD. YUSOF ABDUL RAHMAN
MOHD. YUSOF ABDUL RAHMAN
Siasatan mendapati, je­nayah itu dilakukan sindiket selain individu yang menggunakan la­man web seperti mudah.my dan lelong.my sebagai platform untuk menipu mangsa.
Dalam pada itu, Tim­­balan Pre­siden Ga­­bu­ngan Persatuan-persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pihak pe­­ngu­­rusan portal perlu me­mastikan butiran lengkap peribadi diberi oleh pendaftar atau penjual laman web mereka adalah benar.
“Pastikan para penjual boleh dipercayai. Seki­ra­nya maklumat serta data yang diberikan mencurigakan, pi­hak portal boleh segera mengharamkan pendaftaran,” ujarnya.