Friday, April 7, 2017

3590) Jemputan Ke Majlis Ramah-Mesra Bersama SME Bank - PPIM - 5/4/2017



5 April 2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) bersama beberapa aktivis PPIM dijemput ke Majlis Ramah-Mesra Bersama Datuk Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus di Menara SME Bank, Kuala Lumpur.
Tujuan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan bertukar pendapat bagi membantu usahawan terutamanya usahawan muda.
Difahamkan bahawa SME Bank menyediakan Program Daya Maju untuk usahawan-usahawan baru. Didalam program ini, SME akan memantau usahawan-usahawan mereka selain memberi pinjaman perniagaan semata-mata. Dengan cara ini, usahawan baru boleh merujuk dan meninta nasihat dari pihak SME Bank dalam memajukan perniagaan yang diusahakan.
Mengikut statistik pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pada tahun 2015, pendaftaran syarikat yang direkod oleh SSM adalah 45601 manakala pada tahun 2016 pula 43,208. Terdapat sedikit penurunan dan  kemungkinan perkara ini berlaku disebabkan faktor kekangan kewangan.
Namun dalam ekonomi yang tidak stabil itu, statistic bilangan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) bagi negeri Selangor adalah paling tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Ini menunjukkan bahawa Selangor mempunyai pengusaha yang terbanyak dan maju.
Dengan bantuan program-program yang disediakan oleh SME Bank. Pengusaha-pengusaha terutamanya Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) mampu berdaya saing dan meningkatkan lagi produktiviti perniagaan mereka.
Turut hadir Datuk Kamaluddin Ismail, Dr Sheikh Ghazali, dan Raja Sharizat Raja Redzwan dari SME. Dato' Jawahar Ali, pemilik Syarikat Ali Maju Sdn. Bhd. Rosni Bt Mohamed Sharif, Mohammad Azlan Dato Abdullah.
WhatsApp Image 2017-04-07 at 6.19.41 PM WhatsApp Image 2017-04-07 at 6.19.40 PM WhatsApp Image 2017-04-07 at 6.19.40 PM (1) WhatsApp Image 2017-04-07 at 6.19.39 PM

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL