PPIM 29/4/2017 – Operasi Banteras Aktiviti Haram atau Ops BAH
siri ke 35 telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL disertai
oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO serta beberapa
badan kerajaan semalam.
Dalam operasi kali ini, difahamkan bahawa fokus operasi
adalah untuk membanteras aktiviti sosial dan pusat perjudi haram. Tambahan
lagi, premis yang menjalankan aktiviti haram ini telah pun diserbu sebanyak
beberapa kalu oleh pihak berkuasa sebelum ini, namun masih degil dan
menjalankan aktiviti haram ini seperti biasa.
Di dalam serbuan tersebut, hampir 30 orang dilingkungan umur
20 hingga 35 ditahan atas pengaruh alkohol, dadah dan mesin-mesin perjudian
turut dirampas. OPS BAH kali ini turut disertai oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato
Nadzim Johan. “Sekarang ini macam-macam jenis judi telah ada. Tambahan lagi,
mereka turut menggunakan sistem QR code yang boleh diakses oleh para kaki judi
dari rumah untuk bermain judi online” katanya
Toqqi turut menyatakan kekesalan beliau terhadap operasi kali
ini kerana terlalu banyak anak-anak belia yang terlibat di dalam kegiatan
maksiat. Beliau berharap agar ada tindakan sewajarnya dari pihak berkuasa
supaya masalah belia ini dapat dibendung dan dikawal.
Dalam masa yang sama, satu sidang media kecil telah diadakan
bersama penyelaras Ops BAH Datuk Azman Mahmood di tempat serbuan semalam.
"Kami mendapati bahawa premis yang menjalankan kegiatan maksiat seperti
ini telah meningkat peratusnya sebanyak dua kali ganda dari sebelum ini.”
Operasi Ops Bah ke-35 berakhir pada jam sekitar 4 pagi.
No comments:
Post a Comment