Thursday, April 13, 2017

3605) Ejen Pengutip Hutang Berlagak Samseng? - Sinar Harian - 12/03/2017

12 April 2017 - Jika ditanya pengalaman masyarakat berkenaan dengan cara ejen pengutip hutang menjalankan tugas mereka, mereka akan mengatakan bahawa kebanyakkan ejen pengutip hutang berkelakuan biadap dan menggunakan kekerasan ketika menjalankan tugas.
Didalam temu ramah Sinar berkenaan isu ejen pengutip hutang bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Encik Yusuf Azmi mengatakan bahawa ejen pengutip hutang perlu mengikut polisi atau piawaian yang telah ditetapkan seperti menunjukkan kad ejen dan surat kelulusan dan memaklumkan bahawa mereka mewakili pihak bank atau mana-mana egensi pengutip hutang.
Dalam rundingan antara ejen dengan pelanggan, ejen hendaklah mempunyai dokumen yang sah seperti surat kuasa dan dokumen pelantikan yang dikeluarkan oleh penyelia perkhidmatan kewangan syarikat tersebut.
Ejen tidak dibenarkan berada dikawasan rumah atau pejabat peminjam dalam tempoh yang lama dan jika peminjam enggan bertemu atau meminta ejen beredar dari kawsannya, ejen tersebut hendaklah mematuhi kehendak peminjam.
Difahamkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun mengeluarkan garis panduan dalam melaksanakan tugasan terutamanya ketika berunding dengan pelanggan. Jika didapati ejen ini tidak mematuhi etika yang telah ditetapkan, pelanggan berhak untuk melaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan selanjutnya.
Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan informasi penuh mengenai Ejen Pengutip Hutang dan sentiasa bersedia ketika berurusan dengan mereka.
WhatsApp Image 2017-04-12 at 12.36.03 PM

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL