Kematian itu hakikatnya sesuatu yang pasti berlaku untuk setiap yang bernyawa, tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Jika sudah sampai ajalnya, tidak cepat atau lambat walaupun sesaat, ia pasti mendatangi kita.
Sebagai umat islam, kita wajib beriman pada qada dan qadar apabila berlaku sesuatu kematian dalam kalangan insan yang tersayang. Bagaimanapun, jika kematian itu berlaku secara mengejut disebabkan kecuaian manusia itu sendiri, sudah pasti ia sukar untuk diterima.
Malah, ia akan mengakibatkan individu yang berdepan kehilangan itu akan mengalami trauma dan kesan psikologi yang berpanjangan dalam hidup mereka. Tidak mustahil, mereka juga akan menjadi gila jika memiliki iman yang lemah apabila berhadapan ujian sedemikian.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, kecuaian pihak hospital tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka mampunyai kakitangan terlatih dalam memberikan rawatan protocol berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan.
“ Dalam kes ini, sebagai doktor, mereka pastinya mempunyai prosedur rawatan langkah demi langkah apabila berhadapan dengan pesakit. Justeru, secara peribadi saya merasakan tindakan memfailkan tuntutan saman merupakan satu tindakan yang wajar diambil oleh ibubapa tersebut.
“ Ia juga boleh menjadi satu bentuk pengajaran kepada semua pihak kerana kita tidak boleh cuai dalam memberi apa-apa perkhidmatan terutama yang melibatkan nyawa seseorang, ” tuturnya.
No comments:
Post a Comment