Showing posts with label DATUK DR MAAMOR OSMAN. Show all posts
Showing posts with label DATUK DR MAAMOR OSMAN. Show all posts

Monday, May 27, 2019

4960) PPIM SAMBUT BAIK PELAKSANAAN KOD MACPC - ASTRO AWANI - 27/05/2019




Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik keputusan kerajaan yang mahu semua syarikat penerbangan mempamerkan harga muktamad bagi tujuan pengiklanan dan pembelian tiket penerbangan bermula 1 Jun nanti. Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berharap perkara itu memang sewajarnya dilaksanakan demi mempertahankan hak pengguna.


Artikel oleh : Astro Awani

PPIM SAMBUT BAIK PELAKSANAAN KOD MACPC


Friday, March 22, 2019

4851) RESTORAN BERSIH PENUHI TUNTUTAN AGAMA - HARIAN METRO - 22/3/19



“INISIATIF untuk menjadikan persekitaran kedai ini sentiasa bersih perlu dicontohi pemilik restoran lain kerana ia digalakkan dalam agama.
“Kalau semua pemilik restoran mempunyai sikap begini, sudah tentu ia menarik minat ramai orang, sekali gus mengangkat martabat Islam di negara kita,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Beliau bersama rakan strategik lain termasuk Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur (PPPBKL) mengadakan program Nasi Lemak Kopi O di Restoran Ali Cafe Tomyam, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan akan menjadikan premis itu sebagai kedai makan contoh khususnya kepada semua ahli PPIM.
Katanya, ia membuktikan usahawan Bumiputera mampu menyediakan perkhidmatan setanding orang lain atau rangkaian restoran terkemuka di negara ini.
Menurutnya, daripada segi kepenggunaan, kualiti perkhidmatan baik amat dituntut terutama ketika pengguna mempunyai banyak pilihan termasuk restoran makanan segera.
“Saya kagum dengan kesungguhan usahawan kita berniaga seperti ini. Masuk ke dapur kita boleh bezakan dengan tempat lain. Ini perlu dijadikan contoh,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.
Hadir sama, pemilik Restoran Ali Cafe, Ali Syed Mohamed; Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dan Presiden PPPBKL, Datuk Seri Rosli Sulaiman.
Kisah hidup Ali yang bermula sebagai penjual burger pernah disiarkan Metro Ahad pada 3 Mac lalu dan mendapat reaksi positif daripada netizen.
Dia yang hanya belajar sehingga berumur 15 tahun kini banyak mengendalikan program bersama anak yatim dan maahad tahfiz di restorannya itu.
Sementara itu, Ali berkata, dia akan terus berusaha memastikan kualiti di premisnya dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin kepuasan pelanggan.
“Saya ingin berterima kasih kepada PPIM dan PPPBKL kerana banyak memberi dorongan untuk berjaya. Insya-Allah, saya akan berkongsi dengan sesiapa saja yang ingin berniaga,” katanya.

Artikel oleh : Harian Metro
RESTORAN BERSIH PENUHI TUNTUTAN AGAMA

4850) NASI LEMAK KOPI BERSAMA TOQQI DI ALI CAFE TOMYAM SEAFOOD - PPIM - 22/3/19

Majlis silaturahim mingguan Nasi Lemak Kopi O dan doa selamat diadakan di Restoran Ali Cafe Tomyam, Jalan Pantai Baharu. Jamuan makan ini disertai beberapa rakan & aktivis PPIM serta pemilik Restoran Ali Cafe iaitu Ali Syed Mohamed. Program santai ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan.Turut hadir Setiausaha Agong PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman. 

Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.





























Wednesday, September 27, 2017

4089) PPIM PUJI TINDAKAN KPKT - SINAR HARIAN - 27/9/17

Sinar (27.9.17)
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat penipuan skim perumahan mampu milik.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, isu ini sudah lama timbul tetapi semakin hangat diperkatakan apabila melibatkan syarikats milik seorang artis tanah air.
“Setakat ini, ada lebih 100 aduan berserta dokumen sebagai bukti tapi saya percaya mungkin lebih ramai yang terlibat. Ada diantaranya dah bayar deposit hingga RM50,000.
“Bukan kes ini saja, ada macam-macam kes lagi. Ada kes didalangi oleh individu sama cuma bertukar-tukar syarikat dan nama dengan mengaitkan orang-orang kenamaan malah PPIM sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau turut memberi peringatan supaya pihak berkenaan tidak menggunakan populariti yang ada untuk menipu orang ramai. “Sebab tu saya kata seseorang yang dah ada nama dan pengikut jangan ambil kesempatan terhadap orang ramai memandangkan mereka lebih mudah percaya.
“Kami pun kecewa kerana kebanyakan yang ditipu itu memang orang berumur dan hanya itu saja simpanan yang mereka ada" katanya. Pada masa sama, beliau meminta orang ramai berhati-hati jika ditawarkan harga rumah mampu milik yang tidak masukakal dengan membuat rujukan terlebih dahulu.
“Tak mungkin harga ditawarkan begitu rendah kalau tak melibatkan penipuan. Jadi, pastikan pemaju berlesen, tengok rumah contoh dan lantik peguam bagi mengikut prosedur yang betul.
“Jangan mudah terpedaya. Kami sedia berikhidmat nasihat termasuk berkaitan pembelian rumah kerana kami kasihan melihat mereka yang ditipu," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang terlibat segera membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Saturday, July 1, 2017

3843) SIASAT GOLONGAN KAUT KEUNTUNGAN HASIL JUAL MERCUN - SINAR HARIAN - 1/7/2017

sinar harian 1.7.2017
Shah Alam - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa melakukan siasatan hingga akar umbi bagi memberkas mereka yang mengimport, membekal dan menjual mercun.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, isu ini dipandang serius kerana masih berleluasa dan banyak kes sehingga melibatkan nyawa.
"Saya gesa PDRM dapatkan maklumat sumber orang ramai beli kerana ia adalah pelanggaran undang-undang yang sangat serius.
"Hapuskan mereka yang buat keuntungan atas kesengsaraan orang lain iaitu pengimport, pembekal dan penjual," katanya.
Ma'amor berkata, masyarakat juga disaran memainkan peranan masing-masing menggunakan kuasa media sosial bagi membantu PDRM.
"Kalau ada maklumat boleh hebahkan supaya kita tahu siapa pelakunya. Ambil gambar atau rakaman, hantar kepada PDRM,KPDNKKSPRM atau semua pihak yang terbabit.
"Tularkan juga di media sosial supya tindakan diambil segera berdasarkan maklumat yang ada," katanya.

Friday, June 2, 2017

3774) HENTI SAJI ARAK ( SUDAH TIBA MASANYA : PPIM ) - SINAR HARIAN - 2/6/2017

sinar harian 2.6.2017 3 Shah Alam - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekali lahi menggesa kerajaan menghapuskan hidangan arak di dalam semua pesawat MAS, susulan insiden penerbangan MH128 terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpang membuat kacau. Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, insiden itu membuktikan arak di dalam pesawat boleh membahayakan penerbangan. "Peristiwa ini beri gambaran buruk kepada Malaysia yang terkenal sebagai imej islam dan hab halal. "Saya mahu perjualan arak dalam pesawat MAS dihentikan serta-merta. "Insiden penumpang mabuk boleh membahayakan pesawat ketika berada di udara kerana tindakan ganas yang tidak boleh diduga boleh berlaku,"katanya, semalam. Beliau berkata, PPIM sendiri konsisten dengan gesaan supaya dihentikan hidangan arak ke atas MAS dan termasuk juga ke atas syarikat penerbangan lain. "Ambil contoh, orang tak boleh pandu ketika minum arak kerana ia memabukkan. Bukan sahaja menaiki kenderaan seperti kereta, lori, bas dan sebagainya, tapi larangan harus juga dikenakan ke atas penumpang serta pemandu kapal terbang. "Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah semua pihak bermuhasabah diri atas insiden yang berlaku ini. "Untuk dapat keberkatan dan keredaan Allah SWT, janganlah kita mengundang kemurkaan-Nya. "Jadikan iktibar dan PPIM ulangi gesaan hentikan arak di dalam kapal terbang," katanya.

Saturday, April 8, 2017

3592) MENGHARAP KESEMPURNAAN DARIPADA PAKAR PERUBATAN – KOSMO – 8/4/2017

KOSMO 8.4.2017
Kematian itu hakikatnya sesuatu yang pasti berlaku untuk setiap yang bernyawa, tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Jika sudah sampai ajalnya, tidak cepat atau lambat walaupun sesaat, ia pasti mendatangi kita.
Sebagai umat islam, kita wajib beriman pada qada dan qadar apabila berlaku sesuatu kematian dalam kalangan insan yang tersayang. Bagaimanapun, jika kematian itu berlaku secara mengejut disebabkan kecuaian  manusia itu sendiri, sudah pasti ia sukar untuk diterima.
Malah, ia akan mengakibatkan individu yang berdepan kehilangan itu akan mengalami trauma dan kesan psikologi yang berpanjangan dalam hidup mereka. Tidak mustahil, mereka juga akan menjadi gila jika memiliki iman yang lemah apabila berhadapan ujian sedemikian.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, kecuaian pihak hospital tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka mampunyai kakitangan terlatih dalam memberikan rawatan protocol berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan.
“ Dalam kes ini, sebagai doktor, mereka pastinya mempunyai prosedur rawatan langkah demi langkah apabila berhadapan dengan pesakit. Justeru, secara peribadi saya merasakan tindakan memfailkan tuntutan saman merupakan satu tindakan yang wajar diambil oleh ibubapa tersebut.
“ Ia juga boleh menjadi satu bentuk pengajaran kepada semua pihak kerana kita tidak boleh cuai dalam memberi apa-apa perkhidmatan terutama yang melibatkan nyawa seseorang, ” tuturnya.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3591) MENGHARAP KESEMPURNAAN DARIPADA PAKAR PERUBATAN – KOSMO – 8/4/2017


Kematian itu hakikatnya sesuatu yang pasti berlaku untuk setiap yang bernyawa, tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Jika sudah sampai ajalnya, tidak cepat atau lambat walaupun sesaat, ia pasti mendatangi kita.
Sebagai umat islam, kita wajib beriman pada qada dan qadar apabila berlaku sesuatu kematian dalam kalangan insan yang tersayang. Bagaimanapun, jika kematian itu berlaku secara mengejut disebabkan kecuaian  manusia itu sendiri, sudah pasti ia sukar untuk diterima.
Malah, ia akan mengakibatkan individu yang berdepan kehilangan itu akan mengalami trauma dan kesan psikologi yang berpanjangan dalam hidup mereka. Tidak mustahil, mereka juga akan menjadi gila jika memiliki iman yang lemah apabila berhadapan ujian sedemikian.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, kecuaian pihak hospital tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka mampunyai kakitangan terlatih dalam memberikan rawatan protocol berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan.
“ Dalam kes ini, sebagai doktor, mereka pastinya mempunyai prosedur rawatan langkah demi langkah apabila berhadapan dengan pesakit. Justeru, secara peribadi saya merasakan tindakan memfailkan tuntutan saman merupakan satu tindakan yang wajar diambil oleh ibubapa tersebut.
“ Ia juga boleh menjadi satu bentuk pengajaran kepada semua pihak kerana kita tidak boleh cuai dalam memberi apa-apa perkhidmatan terutama yang melibatkan nyawa seseorang, ” tuturnya.

Tuesday, February 28, 2017

3519) TIADA HAK MINTA TEMPAT KHAS MEROKOK: PPIM - BERITA HARIAN - 28/2/2017

                 berita harian 28.2.2017
Kuala Lumpur: Perokok tidak boleh membangkitkan isu hak merokok di tempat awam kerana hak itu terlucut selepas pewartaan larangan merokok. Penguatkuasaan peraturan berkenaan dilaksanakan mengikut Peraturan 11(w) Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau  (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perokok juga tiada hak meminta disediakan tempat khas untuk merokok kerana asap rokok akan merosakkan kesihatan orang ramai dan alam sekitar. Katanya, larangan dikuatkuasakan di taman awam itu adalah usaha kerajaan mengurangkan jumlah mereka yang merokok, tabiat yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi juga menjejaskan orang lain dan alam sekitar. " Apabila peraturan dan larangan diperkenalkan, perokok tiada lagi hak. Dalam isu ini, kerajaan atau pihak berkuasa tidak perlu sediakan kawasan khas merokok kerana jelas dalam peraturan, taman awam kawasan larangan merokok," katanya. Beliau meminta menteri, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin masyarakat dan politik serta mereka yang dihormati masyarakat seperti guru, ustaz dan doktor yang merokok, menghentikan tabiat berkenaan. Mengenai denda dikenakan kepada perokok, beliau berkata, kadar yang ditetapkan memadai, malah Kementerian Kesihatan juga memberi tempoh empat bulan untuk mendidik masyarakat mengenai peraturan baharu itu sebelum penguatkuasaanya.

Wednesday, February 24, 2016

2581) BERITA HARIAN - 24/2/16 - EJEN DI MAKKAH TAWAR UPAH RM670



Ada pihak di Makkah didakwa mengumpulkan senarai pemohon upah haji dari Malaysia dan Indonesia sebelum menawarkan upah serendah 600 riyal (RM 670) kepada pelaksana upah haji yang sanggup menerima upah rendah


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL