Wednesday, September 27, 2017

4089) PPIM PUJI TINDAKAN KPKT - SINAR HARIAN - 27/9/17

Sinar (27.9.17)
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat penipuan skim perumahan mampu milik.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, isu ini sudah lama timbul tetapi semakin hangat diperkatakan apabila melibatkan syarikats milik seorang artis tanah air.
“Setakat ini, ada lebih 100 aduan berserta dokumen sebagai bukti tapi saya percaya mungkin lebih ramai yang terlibat. Ada diantaranya dah bayar deposit hingga RM50,000.
“Bukan kes ini saja, ada macam-macam kes lagi. Ada kes didalangi oleh individu sama cuma bertukar-tukar syarikat dan nama dengan mengaitkan orang-orang kenamaan malah PPIM sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau turut memberi peringatan supaya pihak berkenaan tidak menggunakan populariti yang ada untuk menipu orang ramai. “Sebab tu saya kata seseorang yang dah ada nama dan pengikut jangan ambil kesempatan terhadap orang ramai memandangkan mereka lebih mudah percaya.
“Kami pun kecewa kerana kebanyakan yang ditipu itu memang orang berumur dan hanya itu saja simpanan yang mereka ada" katanya. Pada masa sama, beliau meminta orang ramai berhati-hati jika ditawarkan harga rumah mampu milik yang tidak masukakal dengan membuat rujukan terlebih dahulu.
“Tak mungkin harga ditawarkan begitu rendah kalau tak melibatkan penipuan. Jadi, pastikan pemaju berlesen, tengok rumah contoh dan lantik peguam bagi mengikut prosedur yang betul.
“Jangan mudah terpedaya. Kami sedia berikhidmat nasihat termasuk berkaitan pembelian rumah kerana kami kasihan melihat mereka yang ditipu," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang terlibat segera membuat aduan kepada pihak berkuasa.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL