Putrajaya - Suruhanjaya Pencergah Rasuah Malaysia (SPRM) tekad mengisytiharkan perang terhadap kegiatan perjudian haram di negara ini dengan berikrar untuk bertindak lebih agresif bagi membanterasnya.
Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sudah tiba masanya agensi penguatkuasa itu memberikan tumpuan serius terhadap kegiatan perjudian yang berleluasa dan meninggalkan implikasi buruk pada masyarakat terutama yang beragama islam.
"Isu judi haram ini sudah sampai masanya untuk kita bertindak kerana kegiatan itu tidak nampak berkurangan.
"Jadi pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan judi haram atau melindungi sindiket judi akan diambil tindakan," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dan menerima memornandum daripada Gerakan Basmi Aktiviti Haram (GBAH) yang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong SPRM dalam membanteras kegiatan rasuah.
Menurut beliau, pemantaun sindiket perjudian akan difokuskan di pusat-pusat judi haram antaranya di kafe siber.
"Aktiviti judi mempunyai kaitan dengan penguatkuasan yang longgar atau unsur-unsur rasuah serta salah guna kuasa pihak berkuasa tempatan,"jelasnya.
Dalam pertemuan tersebut juga, Dzukfli turut menyerahkan borang Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) bagi menarik lebih ramai ahli Sahabat Gerah.
Sementara itu, Pengerusi GBAH, Masridi Sat berkata, sudah hampir 30 tahun GBAH membantu pihak berkuasa untuk memerangi kegiatan judi haram, namun aktiviti tersebut tidak berkurangan kerana disyaki ada kejadian kebocoran maklumat ketika operasi dilakukan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment