Friday, September 22, 2017

4074) PENAGIH KHAYAL KETIKA DISERBU - PPIM - 22/9/2017


Operasi Banteras Aktiviti Haram atau Ops BAH siri ke 39 telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL yang disertai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO serta beberapa badan kerajaan semalam
21761617_1589598094425990_4015552493139329365_n 21617841_1589598231092643_4824287786707733634_n
Dalam operasi kali ini, difahamkan bahawa fokus operasi adalah untuk membanteras aktiviti sosial yang sering berlaku di dalam kalangan masyarakat kita. Lokasi serbuan kali ini tertumpu kepada Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Taman Setapak Jaya dan beberapa kelab malam di sekitar ibu kota.
21617623_1589598264425973_7599190298778512938_n 21761798_1589597914426008_7240129229076098154_n
Di dalam serbuan pertama bertempat di PPR Desa Rejang, Taman Setapak Jaya, dianggarkan hampir 20 orang yang dianggarkan dalam lingkungan umur 13 hingga 40 ditahan atas pengaruh dadah.
Dalam masa yang sama, satu sidang media kecil telah diadakan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib di tempat serbuan semalam. “Kita mendapat aduan banyak dari orang ramai mengenai PPR ini yang sering menjadi tempat lokasi untuk mereka menagih,".Beliau turut menyatakan kebimbangan beliau mengenai perkara ini sekiranya tidak dibanteras kerana boleh membahayakan nyawa penduduk di PPR ini.
21687648_1589597947759338_5741912620946975716_n 21761470_1589597921092674_7556067627432047990_n
"Dalam operasi malam ini juga, kami turut menahan seorang remaja yang tidak bersekolah di sebuah rumah di flat Desa Rejang hasil aduan keluarga suspek sendiri"katanya di sidang media kecil pagi tadi.
Aktiviti Ops Bah diteruskan dengan melakukan serbuan ke lokasi kelab-kelab malam di sekitar ibu kota tetapi telah menemui kekecewaan.Kami mendapati semua kelab malam tersebut di dalam keadaan kosong dan telah ditinggalkan seolah-olah telah menghidu aktiviti penyerbuan yang bakal dibuat.
Operasi Ops Bah ke-39 berakhir pada jam sekitar 6 pagi.
21687764_1589597881092678_2827542135289958651_n 21766627_1589597891092677_5824010195172269046_n

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL