Kuala Lumpur : Bagai mengerti apa yang berlaku apabila lima kucing yang sering diberi makan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran ittifaqiyah termasuk yang syahid Khamis lalu, lebih banyak berbaring dan seperti menanti sesuatu di pintu masuk pusat berkenaan.
Kelima-lima kucing itu dilihat setia menunggu di hadapan pagar pusat tahfiz berkenaan ketika Wartawan Harian Metro melakukan tinjauan sehingga lewat pagi semalam.
Pengurusan pusat tahfiz berkenaan berkata, rata-rata kucing itu disayangi pelajar tahfiz termasuk kumpulan pelajar yang meninggal dunia sebelum ini.
Malah menurutnya, pelajar tahfiz akan membawa kucing itu ke klinik haiwan untuk diberikan suntikan vaksin sekiranya sakit.
“Mereka pelajar tahfiz pernah memberitahu guru pusat tahfiz untuk membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar.
“Difahamkan kos rawatan RM200 itu dipinjam daripada guru pusat tahfiz berkenaan. Mereka (pelajar tahfiz) sangat menyayangi haiwan kesayangan Nabi itu,” katanya.
Menurutnya, semua kucing itu tinggal di tingkat satu dan diberi makan pelajar pusat tahfiz.
“Kucing ini juga sering naik ke tingkat tiga namun dihalang pengurusan tahfiz kerana bimbang asrama didiami kotor.
“Kini, semua kucing itu berada di hadapan pusat tahfiz dan ada juga tinggal di bangunan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),” katanya.
No comments:
Post a Comment