KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kesemua tujuh Suspek yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Ouran Ittifaqiyah dua minggu lalu dibawa ke lokasi kejadian hari ini.
Ketua Jabatan SiaSatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa mengesahkan kesemua Suspek dibawa ke lokasi kejadian kira-kira pukul 2.40 petang untuk melengkapkan siasatan polis.
“Mereka dibawa meninjau semula lokasi kejadian. Keputusan penuh siasatan akan dikeluarkan esok,” katanya yang ditemui di pusat tahfiz itu di Keramat Hujung di sini hari ini.
Ketujuh-tujuh suspek memakai penutup mulut dan hidung serta bergari dibawa oleh pegawai dan anggota polis dengan menaiki kereta pacuan empat roda ke lokasi kejadian melalui Surau bersebelahan lokasi kejadian.
Kesemua suspek kemudian dibawa masuk ke beberapa bahagian pusat tahfiz termasuk bangunan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menunjukkan situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian, 14 September lalu.
Ketujuh-tujuh suspek dipercayai melakonkan kembali aksi dan kronologi kejadian untuk melengkapkan siasatan, selain dibawa mengelilingi Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang pusat tahfiz.
Pihak polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran bagi mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.
Kira-kira jam 4.45 petang, tujuh suspek berkenaan yang memakai pakaian biasa meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda milik polis.
No comments:
Post a Comment