KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pihak polis masih lagi meniliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat sejak pagi tadi.
Ini kemungkinan berdasarkan petunjuk baharu terdapat unsur sabotaj dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran di sini awal pagi semalam
Petunjuk baharu itu merupakan rakaman CCTV yang menunjukkan ramai suspek mencurigakan berlegar dikawasan sekitar bangunan tahfiz dan pejabat PPIM.
Ibu pejabat PPIM terletak betul-betul bersebelahan pusat tahfiz itu hingga menimbulkan spekulasi kejadian itu berkaitan dengan persatuan tersebut. - Utusan Online
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/polis-masih-teliti-cctv-di-ibu-pejabat-ppim-1.526965#ixzz4t04yUgMz
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment