Wednesday, September 20, 2017

4071) Isu Daging Babi Telah Selesai: PPIM - Perak Today - 20/9/2017

Snapshot(4)
KUALA LUMPUR – Isu daging babi yang telah mengemparkan negara kira-kira dua bulan lalu telah selesai setelah pihak kerajaan mengesahkan bahawa daging babi yang dirampasnya adalah daging kambing.
Pengarah Urusan ZS Armin Sdn Bhd, Shamsuri Mohd Yusof berkata, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) setelah menjalankan ujian kimia terhadap daging kambing yang dirampas oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
“Jabatan Veterinar telah mengesahkan daging itu adalah daging kambing selepas menghantarnya di beberapa makmal. Pihak Maqis juga telah membuat permohonan maaf kepada kami berhubung perkara ini secara peribadi,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Selasa Lapor Sinar Harian.
Menceritakan kembali peristiwa itu, Shamsuri amat terkejut apabila syarikat perkhidmatan penghantar yang diupahnya mendakwa bahawa daging kambing itu adalah daging babi.
Apabila berita itu tersebar, peniaga yang membeli daging daripada syarikatnya telah menghubunginya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu dan pihaknya terpaksa memberi penerangan mengenai insiden terbabit.
“Alhamdulillah, pelanggan saya dapat menerima penerangan yang diberikan dan saya berharap, penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat bahawa kami tidak pernah mengimport daging babi.
“Sementara itu, kami akan menyaman syarikat penghantar itu berhubung perkara ini,” katanya.
Sebelum ini, beberapa akhbar tempatan melaporkan Maqis telah menyita empat kontena yang disyaki berisi daging babi bercampur dengan daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam satu serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL