Friday, April 21, 2017

3643) TUBUH BADAN KHAS KENDALI KES AH LONG - SINAR HARIAN - 21/4/2017

                  sinar harian 21.04.2017
 Kuala Lumpur -  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan satu badan khas ditubuhkan bagi mengendalikan kes berkaitan ah long di negara ini. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, badan khas itu dapat menjadi platform untuk mengendalikan kes berkaitan ah long melibatkan pengumpulan rekod maklumat, aduan dan sebagainya bagi memudahkan tindakan diambil ke tas pihak berkenaan. " Peminjam ah long kebiasaannya menerima pelbagai ugutan sekiranya mereka gagal melunaskan bayaran mengikut tempoh ditetapkan. " Jadi, dengan kewujudan badan khas ini, ia dapat membantu mengendalikan kes berkaitan ah long supaya mereka tidak bermaharajalela di negara ini," katanya pada sidang media di sini, semalam. Mengulas lanjut, Nadzim berkata, berdasarkan rekod diperoleh daripada sebuah unit di PPIM mendapati, seramai 8,717 ah long masih bergiat aktif mencari mangsa untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah. Menurutnya, pihaknya juga telah mengumpulkan data dan nombor telefon ah long terbabit untuk diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tindakan selanjutnya. " Kita akan aturkan pertemuan untuk penyerahan nombor telefon ini untuk tindakan selanjutnya, dan saya yakin pihak polis sangat bekerjasama membantu menangani perkara ini," katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL