Saturday, April 15, 2017

3607) Majlis Pelancaran Program My Prihatin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia - PPIM - 15/04/2017


15 April 2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan dijemput ke Majlis Pelancaran Program My Prihatin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Dan Majlis Perasmian Penutup Program My Prihatin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Parlimen Titiwangsa.
Majlis diadakan di Dewan Komuniti Taman Maluri , Kampung Pandan, Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Menteri Kewangan Ke-2, YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani. Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Dato Seri Nazri Siron dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) WPKL, Dato’ Md Zaki bin A. Rahman.
Program My Prihatin adalah bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen memandu dengan harga yang berpatutan dan mendidik masyarakat menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
Difahamkan bahawa jika mengikut statistik tahun 2014 dari JPJ menunjukkan bahawa 136,437 kes pemandu tanpa lesen ditahan.
Masyarakat perlu didedahkan dengan bahayanya pemanduan tanpa lesen ini. Jika berlakunya sesuatu kemalangan, kegagalan mangsa untuk mempamerkan lesen memandu yang sah akan merumitkan tuntutan insuran.
Oleh itu, dengan adanya program seperti ini, ia mampu memberi impak positif kepada masyarakat terutamanya kepada golongan remaja.
 WhatsApp Image 2017-04-15 at 9.54.10 AM WhatsApp Image 2017-04-15 at 9.54.11 AM WhatsApp Image 2017-04-15 at 9.54.12 AM WhatsApp Image 2017-04-15 at 9.54.13 AM WhatsApp Image 2017-04-15 at 2.25.06 PM WhatsApp Image 2017-04-15 at 2.25.09 PM WhatsApp Image 2017-04-15 at 2.25.10 PM WhatsApp Image 2017-04-15 at 2.25.11 PM WhatsApp Image 2017-04-15 at 11.12.25 AM

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL