Showing posts with label JPJ. Show all posts
Showing posts with label JPJ. Show all posts

Friday, July 7, 2023

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH JPJ - PPIM - 05/07/2023

Perjumpaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tuan Aedy Fadly Ramli.

Monday, August 9, 2021

5859) JPJ, PPIM BANTU PEMANDU KENDERAAN PERDAGANGAN TERJEJAS - BERNAMA TV - 08/08/2021

 


#BuletinBernama : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi program JPJ Prihatin, akan terus menyantuni golongan pemandu lori, bas dan kereta sewa yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata inisiatif sebagai tanda keprihatinan JPJ dan PPIM itu, membabitkan pemberian sumbangan berbentuk bakul makanan kepada golongan tersebut yang memerlukan.


Artikel oleh: Bernama TV

JPJ, PPIM BANTU PEMANDU KENDERAAN PERDAGANGAN TERJEJAS


5858) JPJ PRIHATIN BANTU PEMANDU PERDAGANGAN TERJEJAS COVID-19 - THE MALAYSIAN INSIGHT - 08/08/2021

 


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi program JPJ Prihatin, akan terus menyantuni golongan pemandu lori, bas dan kereta sewa yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim, berkata inisiatif sebagai tanda keprihatinan JPJ dan PPIM itu membabitkan pemberian sumbangan berbentuk bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.


Artikel oleh: The Malaysian Insight

JPJ PRIHATIN BANTU PEMANDU PERDAGANGAN TERJEJAS COVID-19


5857) RTD, PPIM CONTINUE TO CHANNEL AID TO COMMERCIAL VEHICLE DRIVERS - BERNAMA - 08/08/2021

 

KOTA SHARU, Aug 8 — The Road Transport Department (RTD) together with the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) will continue to implement the 'JPJ Prihatin' programme to help commercial vehicle drivers affected by the COVID-19 pandemic.

RTD director-general Datuk Zailani Hashim said driven by their deep concern over the welfare of the bus, lorry and rental car drivers, the department and PPIM have provided them assistance in the form of food baskets.

He said in Kelantan alone they have donated 150 food baskets with the cooperation of the State Commercial Vehicle Operators Association.

"We sympathise those in the transportation sector who lost their source of income following inter- district and state restrictions and hope the move will help ease their burden," he told reporters, here today.

In another development, Zailani said, in response to calls by the government, JPJ had implemented the COVID-19 Ops Patuh and Road Safety Advocacy.

He said the operation was focused on road safety and compliance of the Ministry of Health standard operating procedures by drivers of commercial and private vehicles, in line with the compounding power under Section 25, Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342).

"Since the operation was conducted in early January, 55 cases were recorded nationwide and the offences include exceeding the passenger limit for private or public transport, not providing QR Code, passenger log book, temperature check device and hand sanitisers, he added.


Article by: Bernama

RTD, PPIM CONTINUE TO CHANNEL AID TO COMMERCIAL VEHICLE DRIVERS

https://bernama.com/en/general/news.php?id=1990710

5856) JPJ, PPIM BANTU PEMANDU KENDERAAN PERDAGANGAN TERJEJAS COVID MENERUSI JPJ PRIHATIN - BERNAMA - 08/08/2021

 

KOTA BHARU, 8 Ogos —Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi program JPJ Prihatin, akan terus menyantuni golongan pemandu lori, bas dan kereta sewa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata inisiatif sebagai tanda keprihatinan JPJ dan PPIM itu, membabitkan pemberian sumbangan berbentuk bakul makanan kepada golongan tersebut yang memerlukan.

"Di Kelantan sahaja, pihak kami dengan kerjasama Pengusaha Kenderaan Perdagangan Negeri Kelantan telah menyumbangkan 150 bakul makanan yang diharap dapat meringankan beban mereka yang hilang pendapatan akibat pandemik.

"Kita tahu pandemik ini telah menjejaskan pendapatan terutama mereka yang terlibat dalam sektor pengangkutan akibat tiada aktiviti rentas sempadan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu Zailani berkata seiring dengan seruan kerajaan, JPJ telah melaksanakan Ops Patuh COVID-19 dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya yang memberi fokus kepada aspek keselamatan jalan raya serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata operasi meliputi kenderaan perdagangan dan persendirian selaras dengan kuasa mengkompaun di bawah Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

'Sepanjang Ops Patuh COVID-19 bermula awal Januari lalu, sebanyak 55 kes direkodkan di seluruh negara dengan kesalahan dikesan membawa lebih penumpang bagi kenderaan persendirian mahupun pengangkutan awam.

'Kesalahan lain termasuk gagal menyediakan Kod QR, tiada buku rekod penumpang, tiada alat saringan suhu dan tiada alat sanitasi tangan: katanya.


Artikel oleh: Bernama

JPJ, PPIM BANTU PEMANDU KENDERAAN PERDAGANGAN TERJEJAS COVID MENERUSI JPJ PRIHATIN

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1990733

5855) SAMAN JIKA TAK PERBAHARUI LESEN MULAI 1 OKTOBER - BERITA HARIAN - 09/08/2021

 


Artikel oleh: Berita Harian

SAMAN JIKA TAK PERBAHARUI LESEN MULAI 1 OKTOBER

5854) JPJ KL AGIH BANTUAN KEPADA KAKITANGAN TERKESAN PANDEMIK - HARIAN METRO - 09/08/2021

 


Artikel oleh: Harian Metro

JPJ KL AGIH BANTUAN KEPADA KAKITANGAN TERKESAN PANDEMIK

5853) JPJ KENAKAN SAMAN BERMULA 1 OKTOBER - SINAR HARIAN - 09/08/2021



Artikel oleh: Sinar Harian

JPJ KENAKAN SAMAN BERMULA 1 OKTOBER

5852) RTD WILL CONTINUE DONATING FOOD BASKETS TO DRIVERS OF COMMERCIAL VEHICLES - NEW STRAITS TIMES - 08/08/2021

 

KOTA BARU: The Road Transport Department (RTD) will continue carrying out its programme to help commercial vehicle drivers who were badly affected by the Covid-19 pandemic.

RTD director-general Datuk Zailani Hashim said the "JPJ Prihatin" programme, in collaboration with the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM), has been helping to ease the burden of these drivers.

"The department was really concerned about the welfare of commercial vehicles drivers such as bus, lorry and rental car drivers. They have been affected due to the pandemic.

"Therefore, with the assistance of PPIM, we decided to provide them assistance in the form of food baskets. We hope the aid will ease their burden a little bit," he told reporters after presenting the food aid to bus drivers at Lembah Sireh, here.

Zailani said a total of 150 food baskets were donated to the drivers in Kelantan through the state Commercial Vehicle Operators Association today.

Also present was Kelantan RTD director Hanif Yusabra Yusuf.

Zailani also said the department sympathised with many segments in the transportation sector as they had lost their source of income following the inter-district and interstate travel restrictions imposed under the Movement Control Order (MCO).

On a separate matter, Zailani said all motorists were given until Sept 30 to renew their driving licences or face action if they failed to do so within the stipulated period.

"Starting Oct 1, those who failed to renew their licence will face stern action from the department," he added.


Article by: New Straits Times

RTD WILL CONTINUE DONATING FOOD BASKETS TO DRIVERS OF COMMERCIAL VEHICLES

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/08/716282/rtd-will-continue-donating-food-baskets-drivers-commercial-vehicles

5851) TIADA LAGI MORATORIUM PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU, CUKAI JALAN - BERITA HARIAN - 08/08/2021

 

KOTA BHARU: Pengguna jalan raya berdepan tindakan penguatkuasaan tegas jika masih belum memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) bermula 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim, berkata penamatan moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen itu dianggap wajar memandangkan tempohnya sudah mencukupi.

Beliau berkata, jika ada yang masih belum memperbaharuinya sehingga 30 September ini, mereka akan dikenakan tindakan saman serta kompaun dan boleh dituduh mengikut Seksyen 26(1) dan 23(1) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Selepas tiga kali diberikan lanjutan, kerajaan melihat sudah tiba masanya aspek pematuhan dikuatkuasakan semula dengan tiada kelonggaran yang akan diberikan.

"Tidak kira apa kenderaan yang dimiliki, pemandu harus ada dokumen penting yang sah," katanya ketika sidang media di Terminal Bas Lembah Sireh di sini, hari ini.

Zailani berkata, bagi memudahkan urusan pembayaran pembaharuan dokumen itu, pihaknya bekerjasama Pos Malaysia Berhad untuk proses transaksi bermula esok.

Katanya kaunter pejabat pos turut dibuka pada hujung minggu dan urusan berlangsung melalui temujanji yang dibuat terlebih dahulu selain pihaknya juga menyediakan kiosk.

"Kita harapkan tidak wujud kluster (COVID-19) pos kerana banyak platform disediakan dan jika ada yang datang secara terus (walk in) sekalipun, mereka perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya.

Terdahulu beliau hadir dalam Program JPJ Prihatin bersama pengusaha kenderaan perdagangan dengan mengagihkan 150 bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Yang turut hadir, Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf.

Zailani berkata, agihan bakul makanan hasil kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu dibuat kepada pemandu lori, pengusaha bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspres, bas persiaran dan kereta sewa.

"Sumbangan ini adalah manifestasi jelas terhadap keprihatinan JPJ dan PPIM kepada golongan yang terkesan bagi meringankan beban mereka yang kehilangan punca pendapatan," katanya.

KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim (dua kanan) memakai topi kepada penunggang motosikal ketika hadir dalam Op Patuh COVID-19 di hadapan Akademi Pemgangkutan Jalan Wilayah Timur. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Artikel oleh: Berita Harian

TIADA LAGI MORATORIUM PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU, CUKAI JALAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/848704/tiada-lagi-moratorium-pembaharuan-lesen-memandu-cukai-jalan

5850) SAMAN JIKA GAGAL PERBAHARUI LESEN BERMULA 1 OKTOBER: JPJ - SINAR HARIAN - 08/08/2021

 

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun dan saman terhadap pengguna jalan raya yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) bermula 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan sebanyak tiga kali lanjutan dilihat memadai.

Menurut beliau, tiba masanya pematuhan terhadap undang-undang dikuatkuasakan semula selepas penamatan moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen.

“Jika masih ada yang belum memperbaharui lesen sehingga 30 September ini, mereka akan dikenakan tindakan saman serta kompaun dan boleh dituduh di bawah Seksyen 26(1) serta 23(1) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Tidak kira apa kenderaan yang dimiliki, pemandu harus ada dokumen penting yang sah,” katanya ketika sidang akhbar di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada Ahad.

Beliau sebelum itu mengagihkan 150 kotak makanan menerusi Program JPJ Prihatin dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada pemandu lori, pengusaha bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspres, bas persiaran dan kereta sewa yang terkesan Covid-19.

Hadir sama, Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf.

Zailani berkata, JPJ menjalinkan kerjasama dengan Pos Malaysia Berhad bagi memudahkan urusan orang ramai untuk memproses pembaharuan lesen bermula Isnin.


Artikel oleh: Sinar Harian

SAMAN JIKA GAGAL PERBAHARUI LESEN BERMULA 1 OKTOBER: JPJ

https://www.sinarharian.com.my/article/154494/BERITA/Nasional/Saman-jika-gagal-perbaharui-lesen-bermula-1-Oktober-JPJ

5848) SAMAN JIKA GAGAL PERBAHARUI LESEN SELEPAS 30 SEPTEMBER [METRO TV] - HARIAN METRO - 08/08/2021

 


Kota Bharu: Tiada lagi kelonggaran, sebaliknya orang ramai yang masih gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu (LLM) sehingga 30 September ini akan dikenakan tindakan tegas termasuk saman.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, penguatkuasaan akan bermula 1 Oktober, dengan tindakan bakal diambil mengikut Seksyen 26 (1) dan 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Selepas tiga kali diberikan lanjutan (penangguhan membaharui lesen), kerajaan melihat sudah tiba masanya aspek pematuhan dikuatkuasakan semula dengan tiada kelonggaran lagi yang akan diberikan.

"Tidak kira apa kenderaan yang dimiliki, pemandu harus ada dokumen penting yang sah," katanya yang ditemui di Terminal Bas Lembah Sireh di sini, hari ini.

Beliau menghadiri Program JPJ Prihatin bagi agihan 150 bakul makanan kepada pengusaha kenderaan perdagangan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Hadir sama, Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf.

Zailani Hashim hadir  mengagihkan sebahagian  150 bakul makanan kepada pengusaha kenderaan  yang terkesan dengan pandemik Covid-19 pada program JPJ Prihatin di Terminal Bas Lembah Sireh di sini hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Zailani Hashim hadir mengagihkan sebahagian 150 bakul makanan kepada pengusaha kenderaan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 pada program JPJ Prihatin di Terminal Bas Lembah Sireh di sini hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Zailani berkata, bagi melancarkan urusan pembaharuan lesen dan pembayaran, pihaknya bekerjasama sama dengan Pos Malaysia untuk transaksi itu mulai esok, selain membuka kiosk.

Katanya, kaunter pejabat pos akan dibuka pada hujung minggu namun, pengguna perlu membuat janji temu terlebih dahulu.

"Kita harapkan tidak wujud kluster pos kerana banyak platform disediakan dan jika ada yang datang secara terus sekalipun, mereka perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya.

Terdahulu, sumbangan bakul makanan turut mendapat kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Artikel oleh: Harian Metro 

SAMAN JIKA GAGAL PERBAHARUI LESEN SELEPAS 30 SEPTEMBER [METRO TV]

Saturday, July 17, 2021

5799) INFAQ REZEKI 2.0 BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN, JPJ @ MOT PRIHATIN RAKYAT - KACA TV - 16/07/2021

#KACATV

Menjayakan acara JPJ Malaysia telah menjalinkan kolaborasi rapat bersama PPIM, dan PATRIOT bagi melaksanakan inisiatif agihan bantuan sumbangan Infaq Rezeki kepada golongan yang terkesan ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak Kerajaan.

#BERITA

15 Julai 2021 Kuala Lumpur, Melalui kolaborasi ini, JPJ turut sama menyumbangkan tenaga dalam usaha membantu mengurangkan beban kewangan dan inisiatif ini sekaligus dapat dilihat sebagai satu usaha bagi membantu golongan yang terkesan akibat impak pandemik Covid-19.

Malah, gerakan tuntas yang merupakan suatu sinergi di antara pihak Kerajaan iaitu JPJ,PPIM serta PATRIOT ini juga merupakan suatu manifestasi jelas mengenai keprihatinan pihak Kerajaan kepada mereka-mereka yang benar-benar memerlukan. Harapan JPJ ialah melalui kerjasama ini,JPJ bukan hanya dilihat sebagai agensi yang memfokuskan kepada aktiviti penguatkuasaan undang-undang semata-mata namun juga cakna terhadap situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.


Artikel oleh: Kaca TV

INFAQ REZEKI 2.0 BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN, JPJ @ MOT PRIHATIN RAKYAT

https://www.youtube.com/watch?v=-JVzmqrMFNg

Friday, July 16, 2021

5797) PEMBAHARUAN LESEN | PEMILIK LM, LKM DIBERI KELONGGARAN - ASTRO AWANI - 16/07/2021

 

Jabatan Pengakutan Jalan Malaysia JPJ melanjutkan pengecualian pembaharuan Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian mulai 1 Jun hingga September tahun ini.

Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Datuk Lokman Jamaan ditemui selepas melancarkan program Infak Rezeki anjuran PPIM dan JPJ di Keramat pada Khamis.


Artikel oleh: Astro Awani

PEMBAHARUAN LESEN | PEMILIK LM, LKM DIBERI KELONGGARAN

https://www.astroawani.com/video-malaysia/pembaharuan-lesen-pemilik-lm-lkm-diberi-kelonggaran-1913672

Thursday, July 15, 2021

5794) TVPPIM | INFAQ REZEKI JPJ PPIM - TVPPIM - 15/07/2021

 


5793) SUMBANGAN 300 KOTAK INFAQ REZEKI DI KAWASAN KERAMAT HUJUNG BERSAMA JPJ MALAYSIA - PPIM - 15/07/2021

Alhamdulillah,syukur! Hari ini PPIM dengan kerjasama JPJ Malaysia berjaya menyalurkan sumbangan 300 kotak Infaq Rezeki di kawasan Keramat Hujung. Program Infaq Rezeki hari ini dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, YBhg. Datuk Nadzim Johan @ TOQQI, Pengarah JPJ WPKL, YBrs. Tuan Muhd Zaki Ismail dan Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia, YBhg. Datuk Lokman bin Jamaan.

✨✨
Turut bekerjasama pada program Infaq Rezeki pada hari ini adalah PDRM, SCOPURS Malaysia, Royale Burger dan Masjid Abu Ubaidah. Semoga sumbangan ini menjadi asbab kebaikan kepada semua. ✨✨
Teruskan menyumbang di kempen Infaq Rezeki, kerana masih ramai yang menanti sumbangan anda!
Mulakan sumbangan anda ke kempen Infaq Rezeki melalui cara berikut:
Klik link di bawah untuk menyumbang,
Untuk permohonan sumbangan:
Sebarang pertanyaan:
Hotline UK PPIM: 017-2659136

Friday, March 5, 2021

5452) AKTIVITI | MESYUARAT PPIM BERSAMA KETUA PENGARAH JPJ - PPIM - 05/03/2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menghadiri mesyuarat bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), YBhg, Dato' Zailani Haji Hashim di JPJ Putrajaya. 

Wednesday, December 18, 2019

5588) “UNDANG-UNDANG JANGAN BERAT SEBELAH”-NETIZEN - PPIM - 17/12/2019

Tular di media sosial mengenai seorang anggota penguatkuasa yang dipercayai dibawah pengaruh dadah telah menyamun warga OKU dan melanggar lari kira-kira 20 buah kereta sebelum ditahan oleh orang awam di ibu kota pada Jumaat lepas.

PPIM berpendapat bahawa undang-undang seharusnya adil kepada semua tanpa mengira pangkat atau status.

“Dalam isu ini, si pelaku juga merupakan manusia biasa yang boleh terpengaruh dengan pelbagai pengaruh luar (dadah). Pihak JPJ diharapkan dapat memantau atau membuat tapisan yang terbaik kerana mereka perlu mempunyai integriti yang lebih tinggi dan tidak menjejaskan imej badan berkanun itu sendiri,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

Menurutnya lagi satu mekanisma dalam menjalankan pemeriksaan berkala perlu dilakukan kerana pemeriksaan di awal kemasukan mungkin tidak mencukupi.

“Saya turut bersetuju sekiranya pemeriksaan air kencing atau pemantauan sikap dilakukan secara berkala apabila didapati perlu.”

PPIM turut menyarankan pihak berkuasa mengambil berat terhadap aduan orang ramai yang melibatkan penjawat awam supaya tindakan segera boleh diambil.


#PDRM #JPJ #Negaraku #Malaysiaku #2020 #drug #crime #PPIMprihatin #toqqitegur #toqqimarah #viral #KualaLumpur


Thursday, November 21, 2019

5509) AKTIVITI | OPS BERSEPADU JPJ KUALA LUMPUR - PPIM - 21/11/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menghadiri Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar malam tadi.

Operasi telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi), Tuan Zamakhshari Hanipah. 





Friday, December 14, 2018

4740) KUNJUNGAN HORMAT & SESI LIBAT URUS PPIM BERSAMA EAIC – PPIM – 11/12/18

Kunjungan hormat & Sesi Libat Urus Suruhanjaya Integrity Agensi Penguatkuasa (EAIC) bersama PPIM.
Pertemuan ini turut membincangkan kerjasama diantara SIAP & PPIM bagi memastikan penguatkuasa yang diberi kuasa melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. Aduan berkaitan penguatkuasa PDRM mendahului penguatkuasa yang lain seperti JPJ, Kastam, PBT dan lain lain.
Satu jawatankuasa kerjasama bakal diwujudkan bagi memastikan keberkesanan usaha untuk memantau dan menangani penyalahgunaan kuasa penguatkuasa yang lebih efektif dan telus.
Memetik kata-kata aluan dari Pengerusi SIAP, Datuk Aziz Rahim, seragam polis seharusnya melambangkan kuasa dan harapan rakyat, bukannya ketakutan.





PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL