Showing posts with label KASTAM. Show all posts
Showing posts with label KASTAM. Show all posts

Friday, December 14, 2018

4740) KUNJUNGAN HORMAT & SESI LIBAT URUS PPIM BERSAMA EAIC – PPIM – 11/12/18

Kunjungan hormat & Sesi Libat Urus Suruhanjaya Integrity Agensi Penguatkuasa (EAIC) bersama PPIM.
Pertemuan ini turut membincangkan kerjasama diantara SIAP & PPIM bagi memastikan penguatkuasa yang diberi kuasa melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. Aduan berkaitan penguatkuasa PDRM mendahului penguatkuasa yang lain seperti JPJ, Kastam, PBT dan lain lain.
Satu jawatankuasa kerjasama bakal diwujudkan bagi memastikan keberkesanan usaha untuk memantau dan menangani penyalahgunaan kuasa penguatkuasa yang lebih efektif dan telus.
Memetik kata-kata aluan dari Pengerusi SIAP, Datuk Aziz Rahim, seragam polis seharusnya melambangkan kuasa dan harapan rakyat, bukannya ketakutan.





Wednesday, September 27, 2017

4090) SIDANG MEDIA :KERETA DIBELI DIRAMPAS KASTAM, PENJUAL PENIPU SENYUM BEBAS - PPIM - 27/9/2017





Penipuan yang melibatkan ramai pembeli kereta teraniaya dan ditipu oleh sindiket yang menjual kereta tanpa membayar cukai menggunakan dokumen palsu telah semakin menjadi-jadi.
Ramai mangsa yang mengadu bahawa mereka ditipu oleh syarikat penjual kereta walaupun proses pindah milik telah diluluskan melalui Puspakom dan pendaftaran biasa.
Mengulas kenyatan ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, berkata pihaknya telah menerima lebih kurang 30 aduan berhubung isu ini.
Menurutnya, pengadu terbabit membeli sebuah kereta berjenama Toyata Camry terpakai. Namun, setelah 3 tahun kenderaan tersebut disita oleh pihak Kastam dengan alasan tidak membayar cukai kenderaan.
“Tidak masuk akal sekali sudah 3 tahun pakai tiba-tiba hendak sita sebab tidak membayar cukai,”katanya kepada pihak media.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.54
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato Hishamuddin’ Hashim mendakwa bahawa kes ini merupakan kes yang tidak munasabah.
“Pengadu beli kereta dengan harga pasaran, loan dari bank lulus, pemeriksaan Puspakom dan JPJ lulus tiba-tiba kereta ditarik sebab tak bayar cukai?”beliau mempersoalkannya.
“Ini langsung tidak masuk akal dan tidak beperikemanusiaan” jelasnya lagi.
Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu mangsa penipuan, En Anuar Ahmad, yang mendakwa bahawa beliau terpaksa membayar sebanyak RM 46 ribu akibat dari tunggakan cukai.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.55
“Saya telah membuat 3 laporan kepada pihak polis tetapi tiada apa-apa tindakan dilakukan”
“Masa hari kejadian pegawai Kastam datang menyita kenderaan saya dan memberitahu saya ia adalah arahan dari Kastam dan JPJ wilayah,”katanya
Di akhir sidang media terbabit, Toqqi menyeru supaya pihak Kastam membuat sesuatu mengenai pemasalahan ini.
“Kita minta Timbalan Ketua Pengarah Kastam,Dato’ Zulkifli, Ketua Pengarah Kastam, Dato' Sri Subromaniam Tholasy, Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani untuk memantau dan membantu,” ulasnya lagi.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 15.43.36

Wednesday, May 3, 2017

3681) GUNA KAWASAN PERSEMPADANAN ELAK DIKESAN - UTUSAN MALAYSIA - 3/5/2017

                                  WhatsApp Image 2017-05-03 at 19.25.26
 Kuala Lumpur 2 Mei - Kawasan persempadanan antara ibu negara dan selangor menjadi modus operandi baharu bagi pengusaha pusat hiburan dan snuker untuk menjalankan kegiatan haram termasuk menawarkan perkhidmatan judi. Ketua Penyelaras Ops Bah, Azman Mahmood berkata, pendekatan itu bertujuan mengaburi dan mengelirukan pihak berkuasa selama ini hanya fokus di kawasan-kawasan tumpuan. Menurutnya, hasil siasatan dan permantauan berterusan yang dijalankan pihak berkuasa mendapati mereka seolah-olah tidak gentar terhadap undang-undang. "Perancangan mereka cukup licik termasuk berselindung menggunakan papan tanda pusat hiburan keluarga agar tidak dapat dikesan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengetuai Operasi Banteras Aktiviti Haram Siri 34 (OP BAH) di ibu negara. Dalam serbuan tersebut, sebanyak enam unit cip mesin judi bernilai RM240,000 dirampas. Menurut Azman, barang rampasan itu merupakan milik sebuah pusat hiburan snuker yang beroperasi secara haram di kawasan persempadanan ibu negara dan selangor. "Antara barang lain turut dirampas adalah 46 unit komputer. kamera litar tertutup (CCCTV) (3) dan monitor (46). "Semua barang yang dirampas disita dibawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 iaitu sitaan peralatan di bawah kaedah-kaedah hiburan siber atau pusat siber 2012," jelasnya.

Tuesday, April 18, 2017

3613) HUKUMAN TAK BABIT PEMBELI: JKDM - BERITA HARIAN - 18/4/2017

berita harian 18.4.2017
PUTRAJAYA: Cadangan pindaan Akta Kastam 1967 yang menaikkan denda minimum RM100,000 terhadap mereka yang memiliki rokok seludup hanya membabitkan penyeludup, penjual dan pengedar yang degil. Ketua Pengarah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T Subromaniam, berkata hukuman yang dicadangkan itu bagi mereka yang mengetahui memiliki rokok seludup adalah satu kesalahan, dan tidak akan membabitkan pembeli. Bagaimanapun, katanya, JKDM juga masih boleh mengenakan kompaun ke atas penjual dan pengedar kecil bagi kesalahan kali pertama pada kadar tidak lebih RM5,000. "Penjualan rokok tidak sah Kastam yang berleluasa menyebabkan kerajaan kehilangan hasil berbilion ringgit ini harus diambil kira apabila membicarakan isu rokok seludup. "Selain itu, ia juga menyebabkan pelbagai masalah gejala sosial kepada masyarakat dan boleh menggagalkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok, sekali gus memupuk amalan cara hidup sihat, " katanya kepada BH Online, malam tadi. Hukuman Tidak Setimpal Beliau mengulas kebimbangan yang disuarakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai cadangan pindaan itu yang boleh menimbulkan banyak kes pesalah teraniaya kerana hukuman tidak setimpal dengan kesalahan. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, dilaporkan berkata denda itu sepatutnya dikenakan kepada penyeludup rokok, bukan peniaga kecil atau individu yang memilikinya. Semalam, Subromaniam dilaporkan berkata, di bawah cadangan pindaan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 yang dijangka dibentangkan di Parlimen Julai depan, sesiapa yang memiliki, menyimpan, mengangkut, menghantar, mengedar, menyorok, atau menjual rokok atau arak seludup akan dikenakan denda tidak kurang RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun. Subromaniam berkata, kerajaan sudah menetapkan harga minimum rokok yang dijual di pasaran pada kadar RM9 bagi 20 batang pada 1 Ogos 2015 dan dinaikkan lagi kepada RM10 pada 1 Ogos 2016, dengan duti eksais ditetapkan sebanyak 40 sen untuk setiap batang, tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). "Dengan penetapan harga itu bermakna, tiada rokok yang boleh dijual di bawah harga berkenaan," katanya. Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/272798

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL