Showing posts with label YUSUF AZMI. Show all posts
Showing posts with label YUSUF AZMI. Show all posts

Wednesday, March 28, 2018

4423) YUSUF TINGGALKAN PPIM – UTUSAN MALAYSIA – 27/3/18



KUALA LUMPUR 27 Mac – Akibat dikhianati pengadu dan serangan kecaman bertali-arus oleh masyarakat, Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi mengumumkan keluar daripada persatuan itu secara rasmi hari ini.
Yusuf berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak tahan de­ngan lontaran tuduhan yang harus dihadapi sehingga membabitkan ahli keluarganya sendiri.
“Sudahlah tidak berterima kasih, anda khianati pula saya dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
“Selama empat tahun dalam PPIM, pelbagai rintangan telah saya lalui dan kini saya letih untuk teruskan perjuangan dalam PPIM,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim.
Dalam pada itu, Nadzim berkata, keputusan Yusuf sama sekali tidak melibatkan konflik dalaman PPIM.
“Hari ini kita berhasrat me­rungkaikan segala desas-desus tentang kedudukan Yusuf dalam PPIM. Selepas mengadakan per­bin­cangan secara positif, kita menghormati prinsip dan keputusannya walaupun kami semua berasa hiba,” katanya.
Sebaik sahaja mengumumkan pengunduran diri, Yusuf dilihat menangis dan memeluk Nadzim kerana tidak dapat menahan ­sebak.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
YUSUF TINGGALKAN PPIM

4422) TOLONG KUCING LEBIH BAIK DARIPADA ORANG : YUSUF AZMI – MALAYSIA GAZETTE – 27/3/18



KUALA LUMPUR – Teki-teki mengenai kedudukan Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi di dalam NGO itu akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan pengunduran dirinya secara rasmi hari ini.
Dalam sidang media, Yusuf mengakui berat hati untuk membuat keputusan tersebut namun yakin ia adalah jalan terbaik baginya.
Antara sebab yang diberikan Yusuf hingga mendorong keputusan itu dibuat adalah kerana kecewa dengan sikap pihak tertentu yang pernah dibantunya sebelum ini membuat tuduhan dan fitnah terhadap dirinya.
“Antara sebab-sebab saya buat keputusan ini adalah kerana pengkhianatan yang berlaku. Sebenarnya, pengkhianatan itu kepada kita ni berlaku setiap tahun.
“Tapi sejak tahun ni viral kes AGR menjadikan perkara itu mendapat perhatian daripada public (orang ramai) yang mengatakan seolah-olah kita buat benda tak betul,” katanya.
Yusof turut menegaskan, sepanjang dalam PPIM selama lapan tahun tidak pernah terdetik pun dihatinya mahu mempergunakan persatuan itu untuk memberi kesenangan kepada dirinya dan ahli keluarganya.
“Selama saya dalam PPIM saya tidak pernah pun membawa satu pun ahli keluarga saya. Sehingga saya terpaksa memohon bantuan daripada seorang adik saya untuk membantu kerana banyak masalah dalam bidang pengurusan.
“Saya minta tolong padanya pada hari raya yang lepas. Ada yang diviralkan berkenaan adik saya pakai kereta (Toyota Velfire) bila masuk PPIM.
“Sebenarnya kereta itu dia dah pakai sebelum dia masuk PPIM lagi,” ujarnya.
Justeru Yusof turut merayu agar individu yang terlibat dalam menabur fitnah terhadap diri dan adiknya agar segera menghentikan perkara itu.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa keputusannya untuk keluar daripada PPIM bukan kerana mahu menyertai mana-mana parti politik.
“Saya tidak mahu dan tidak pernah terlibat dengan mana-mana kepimpinan dalam parti politik. Iyalah, saya ni satu orang tak pandai, orang tak belajar pun, nak duduk dalam politik ni jauh sekali.
“Saya harap, rakan-rakan media dan blogger, jangan manipulate (manipulasi). Kalau saya nak jadi orang politik kayalah saya.
“Jadi saya harap hentikan perkara-perkara yang mengatakan saya mahu menceburi dalam bidang politik ,” ujarnya.
Ketika menjelaskan hala tujunya selepas keluar daripada PPIM, Yusuf memberitahu, beliau bercadang untuk mewujudkan sebuah pusat penjagaan kucing-kucing terbiar.
Katanya, aktiviti itu sudah pun bermula dan menganggapnya  perbuatan yang mulia.
“Saya rasa kucing itu kalau kita bagi dia makan dia tak gigitlah, jadi sekurang-kurangnya saya kata pada kucing, doakan ayah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam responnya memberitahu, pada masa ini Yusuf hanya akan menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh dengan persatuan itu sebelum secara rasmi meninggalkan PPIM.
Katanya, Yusuf tidak lagi akan menguruskan kes-kes baru yang diterima oleh persatuan itu.
“Secara peribadinya, Yusuf ini kecewa juga dengan apa yang telah dibuat.
“Masalah Yusuf ini dia merupakan orang muda yang pada saya agak degil. Kalau saya kata tak payah tolong orang ini, tapi belakang saya dia pergi tolong juga.
“Pasal bagi saya kalau nak tolong orang patut-patut dahlah, ni pegi bagi duit dan kalau takde dia pegi pinjam pula kat orang lain untuk tolong orang itu.
“Saya dah banyak kali marah sebab tak boleh begini. Tapi dia mungkin dibawa oleh pengalamannya pernah sudah dahulu hingga dia nak juga membantu,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
TOLONG KUCING LEBIH BAIK DARIPADA ORANG : YUSUF AZMI

Friday, February 2, 2018

4343) IKLAN AH LONG UNDANG PADAH – UTUSAN MALAYSIA – 2/2/18



KUALA LUMPUR 1 Feb. – Biarpun pelbagai cara dilakukan oleh pemilik kedai, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), petugas-petugas ah long bagaikan tidak ada hati perut terus menjadikan harta orang lain sebagai medan mengiklankan perniagaan haram mereka.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, nota ‘Jangan tampal di sini’ hinggalah jaring besi di kotak pengagihan (distribution box) milik TNB dan TM, pelekat-pelekat tersebut masih ditampal bagi membolehkan lebih ramai menjadi mangsa kegiatan mereka.
Tidak kisah dengan panda­ngan orang lain, pekerja-pekerja ah long terus melakukan kegiatan mereka walaupun pada siang hari secara terang-terangan membuatkan hal itu bagai tiada kesudahan.
Mungkin kini sudah masa, pihak berkuasa mengetatkan peraturan dan undang-undang yang boleh mendakwa mereka yang menampal iklan tersebut di tempat awam bagi mengelakkan vandalisme itu dikurangkan.
Perkara itu dilihat mempunyai hubung kait dengan pelbagai aktiviti jenayah yang dilakukan atas nama pemberi pinjaman wang berlesen seperti pembunuhan, peras ugut, penculikan dan sebagainya.
Seharusnya syarikat pinjaman tersebut tertakluk kepada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Peraturan-Peraturan Pindaan 2010, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang tidak membenarkan sebarang periklanan dilakukan.
Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berkata, pihak kementerian bukan sahaja boleh mengeluarkan lesen bahkan perlu memantau salah guna yang dilakukan oleh kesemua syarikat tersebut.
Menurutnya, pelbagai kesalahan dilanggar oleh ah long dalam menjalankan perniagaan tetapi gagal untuk diambil tindakan kerana tiada penguatkuasaan dilakukan terhadap mereka hingga ramai menjadi mangsa kelicikan dan penipuan syarikat tersebut.
Yusuf berkata, tindakan menggantung ‘banner’ dan menampal pelekat iklan oleh pekerja itu merupakan kesalahan yang harus diambil perhatian kerana bermula dari situlah ramai akan tertipu dan menjadi mangsa ah long.
“Kementerian sering lepas tangan jika melibatkan syarikat pinjaman wang tidak berlesen. Seharusnya kementerian perlu bertanggungjawab kerana ia mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu,” tegasnya.
Yusuf menambah, sebarang tindakan yang diambil terhadap pekerja yang menampal iklan tidak akan mampu menum­paskan kegiatan ah long, malah mereka menggunakan pelbagai medium lain termasuk pesanan ringkas dan laman sosial untuk menarik mangsa.
Ada di antara pekerja jelasnya, bukan warga tempatan dan ha­nya dibayar gaji melakukan kerja tersebut dan tidak mengetahui apa-apa mengenai operasi syarikat pinjaman itu.
“Semua harus sepakat tidak kira apa jua agensi termasuk polis untuk bertindak secara lebih holistik bagi memastikan kegiatan ah long ditumpaskan bagi mengelak ramai.
Artikel Oleh : UTUSAN MALASYIA

Tuesday, December 19, 2017

4257) TABIAT BERHUTANG UNDANG MUDARAT - KOSMO - 19/12/17



Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini meminta untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Bagaimanapun, keadaan sekeliling yang seakan-akan menekan pengurusan kewangan individu itu mendorong mereka untuk mencari solusi bagi mengatasi masalah tersebut.
Jalan paling mudah ialah dengan berhutang. Walaupun hutang itu tidak salah dari sudut agama, tabiat tersebut lama-kelamaan mampu menjadi barah dalam masyarakat.
Bahkan, tabiat berhutang itu semakin berleluasa hingga lahir masyarakat yang tidak segan silu meminjam wang daripada orang sekeliling pada setiap hari.
Lebih malang lagi, terdapat segelintir individu yang nekad meminjam wang daripada ceti haram atau ah long sebagai jalan pintas menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut Penganalisis Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Meor Roslan Meor Mohd. Jaafar, penyebab utama kepada tabiat meminjam wang daripada ah long ialah desakan hidup khususnya masalah kewangan yang dialami oleh individu itu.
“Individu yang terdesak itu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk kegunaan mereka. Oleh sebab itu, mereka sanggup mengabaikan implikasi yang bakal dihadapi kelak.
“Bahkan, sikap tamak dalam diri manusia juga sedikit sebanyak menjadi punca utama individu itu meminjam daripada ceti haram,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Tambah Meor Roslan, tindakan meminjam duit daripada ceti haram itu hanya akan membawa mudarat terhadap diri sendiri.
Hal ini kerana pinjaman tersebut akan dikenakan bunga lebih 100 peratus sehingga menyebabkan pemiutang terbeban dengan peningkatan hutang mereka.

Hutang pokok

“Disebabkan itu, pemiutang hanya melangsaikan ‘bunga’ hutang pada setiap minggu tetapi hutang pokok tidak pun disentuh.
“Jika gagal membayar hutang berkenaan, kegiatan jenayah seperti culik, ugutan serta bunuh mudah berlaku,” jelasnya.
Katanya, impak daripada tabiat berhutang itu sangat besar kerana ia boleh menggugat keharmonian sosial akibat ketakutan yang dibangkitkan menerusi siri jenayah yang dilaporkan media.
Akhbar Kosmo! melaporkan baru-baru ini, sepasang suami isteri termasuk dua orang cucu lelaki yang mati dalam kebakaran sebuah rumah mereka di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor dipercayai dibunuh sebelum kediaman itu dibakar.
Siasatan awal mendapati, perbuatan khianat dengan membakar rumah mangsa itu berlaku akibat masalah kewangan seperti hutang.
Polis kemudian berjaya menahan seorang lelaki bisu dan pekak berusia 38 tahun yang mengaku terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.
Suspek ditahan setelah mendapat perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, Selangor.
Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi berkata, jenayah yang berlaku akibat masalah hutang bukan suatu perkara baharu.
Malah, pinjaman ah long itu semakin berleluasa disebabkan wujud permintaan dalam masyarakat.
Justeru, semua pihak khususnya pucuk pimpinan perlu memainkan peranan masing-masing menerusi pendekatan yang lebih jelas bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah.
“Apabila berbicara mengenai hutang, secara umumnya kita tahu ia berkait rapat dengan masalah kewangan.
“Bagi mengatasi masalah itu, institusi seperti masjid atau surau di seluruh negara disarankan untuk mewujudkan tempat pengumpulan sumbangan barangan keperluan asas bagi orang yang memerlukan.
“Bagaimanapun, masyarakat tidak seharusnya dididik untuk meminta-minta sedangkan mereka mempunyai saluran yang betul sekiranya seluruh organisasi itu amanah dalam menjalankan tanggungjawab,” jelasnya.
Muhamad Yusuf menambah, bantuan itu bukanlah untuk kaum-kaum tertentu tetapi bagi dinikmati oleh seluruh masyarakat di negara ini.
Hal ini kerana sikap saling tolong-menolong dalam masyarakat berbilang kaum itu akhirnya akan melahirkan sosial yang harmoni.

“TABIAT BERHUTANG UNDANG MUDARAT”

Monday, October 16, 2017

4176) SOKONG USAHA SPRM, JANGAN KAITKAN ISU PERIBADI – UTUSAN MINGGUAN – 15/10/17



KUALA LUMPUR 14. Okt. – Masyarakat perlu menyokong penuh usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah di negara ini tanpa dikaitkan dengan sebarang isu peribadi melibatkan pegawai tertinggi badan berkuasa itu yang belum tentu lagi kesahihannya. Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, tanpa kepimpinan agresif dan berani yang ditampilkan oleh Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, sudah tentu kes-kes perjudian dan pelbagai kegiatan rasuah semakin merebak di seluruh negara.
Justeru, katanya mana-mana individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti-parti politik perlu menghentikan segera dakwaan sedemikian kerana ia akan menimbulkan fitnah melampau dalam kalangan rakyat. “Semua masyarakat perlu memahami keadaan dan tanggungjawab SPRM. Kalau seorang pemimpin seperti Tan Sri Dzulkifli sendiri tidak disokong oleh ramai disebabkan berita yang belum tentu sahih, sudah tentu lebih banyak pusat perjudian, pusat hiburan serta gejala rasuah Semakin merebak.
“Saya yakin perkara sebegini (fitnah) sering berlaku sekiranya ada seseorang ingin melakukan perubahan kepada masyarakat dan negara untuk menumpaskan birokrasi di dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohannad Fuzi Harun dilaporkan berkata, pihak polis akan menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan SPRM cuba memikat isteri orang dengan tersebarnya satu rakaman video di laman Youtube. Dalam pada itu, Muhammad Yusuf berkata, beliau tidak menolak penyebaran video berkenaan bertujuan menjatuhkan karier Dzulkifli dengan cara menyerang secara peribadi hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya menumpaskan ramai individu yang terlibat dengan rasuah.

4175) IMPAK PPIM – MINGGUAN MALAYSIA – 8/10/17


Sekali lagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuktikan pengaruh dan keberkesanannya dalam memerangi penipuan dan kemungkaran. Terbaru, PPIM mendedahkan sindiket penipuan jualan banglo yang menggemparkan orang ramai. Ekoran itu, Pengarah Urusan DBI, Noruliman A. Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua individu lagi telah ditahan polis dan direman. Ramai yang menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut dengan sekurang-kurangnya 201 aduan polis telah dibuat.
Minggu ini juga menyaksikan PPIM mendedahkan kira-kira 80,000 usahawan termasuk artis popular yang didakwa ditipu dengan nilai mencecah RM1 billion dalam skim pelaburan berkonsep francais.
Awang ucapkan tahniah. Ternyata PPIM di bawah pimpinan ketua aktivisnya, Nadzim Johan dengan dibantu Yusuf Azmi, tidak pernahpenat membantu masyarakat biarpun kerap disalah ertikan malah adakalanya tidak disenangi agensi penguat kuasa serta diugut penjenayah. Atas keberanian dan keyakinan, juga impak PPIM, Awang tabik hormat.

Thursday, October 12, 2017

4172) KETUA PESURUHJAYA SPRM LUAR BIASA - UTUSAN MALAYSIA - 12/10/17


KUALA LUMPUR 11 Okt. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad disifatkan sebagai seorang yang luar biasa dan memiliki keperi­badian yang tinggi.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Penggu­na Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi yang berpeluang bersemuka dengan Dzulkifli selama kira-kira empat jam.

‘‘Saya bukan suka puji orang dan bukan dapat peruntukan cakap macam ini, tetapi (Dzulkifli) hebat dan luar biasa. Perwatakan beliau sememangnya layak jadi pemimpin kerana tawaduk, merendah diri, berani dan penuh sifat kasih sa­yang.
‘‘Saya juga me­ngakui kehebatan SPR­M dalam tugas risikan dan ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada pengamal rasuah di negara ini. Malah, beliau (Dzulkifli) sanggup terima kritikan dan pandangan saya. Apabila beliau kata hanya ingin meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, saya hampir menitiskan air mata.
‘‘Malah, saya suka dengan jawapan yang mengatakan beliau berkhidmat bukan untuk orang politik, sebaliknya untuk rakyat dan negara,’’ katanya yang dipetik daripada sebuah portal di sini hari ini.
Yusuf mengulas pertemuan­nya dengan Dzulkifli atas jemputan rasmi sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau ditahan SPRM di Putrajaya semalam.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ketua-pesuruhjaya-sprm-luar-biasa-1.536780

Tuesday, October 10, 2017

4154) TERDETIK MAHU KELUAR PPIM – HARIAN METRO – 8/10/17




Menyertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak lima tahun lalu, Yusuf Azmi diberi tanggungjawab oleh mentornya Datuk Nadzim Johan mengendalikan beberapa isu penting yang menjadi topik panas.
Kekecohan penipuan di Kompleks Kotaraya, kes sewa beli kereta AGR Auto Trade Sdn Bhd dan yang terbaru, isu perumahan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources tiba-tiba menjadikan dirinya begitu popular dan menjadi bualan banyak pihak.
Ketika namanya melonjak terutama di media sosial, ada yang beranggapan dia sedang menjenamakan dirinya untuk menggantikan Nadzim yang begitu sinonim dengan PPIM sejak penubuhannya 20 tahun lalu dan ada yang kata dirinya cerdik tidak bertempat.
Berkongsi dengan wartawan Metro Ahad, YUSMIZAL DOLAH ALING, Yusuf yang diberi jolokan Abang Serban mendedahkan apa yang terbuku di hatinya dan menjawab isu yang dilemparkan kepadanya di dalam Kafe Ahad minggu ini.

Saturday, October 7, 2017

4150) Yusuf Azmi Tak Mahu Diangkat Jadi Hero - Perak Today - 7/10/2017

Snapshot(2)
DIANGKAT melambung oleh netizen sehinggakan mahu beliau dilantik Menteri Dalam Negeri bukanlah pujian yang diharapkan namun lebih dipandang sebagai amanah berat yang perlu dipikul.
Itulah luahan rasa yang terpendam dalam sanubari Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Yusuf Azmi,ketika ditanya mengenai pandangan netizen yang mahu beliau diangkat lebih tinggi selaras peranan yang beliau mainkan dalam PPIM.
“Saya tidak berpelajaran, saya hanya bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Saya hanya diberi kelebihan oleh ALLAH dalam matematik…Jadi menteri taklah, nak angkat saya pun tak nak.
“Sebab saya hendak jadi orang biasa nak teruskan perjuangan Rasulullah di atas muka bumi ini,” demikian ujarnya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di ibu Pejabat PPIM, di sini.
Terbaharu, nama beliau disebut lagi, selepas berjaya menyelesaikan masalah masyarakat membabitkan isu penipuan pembelian rumah.
Katanya, sepanjang tujuh tahun berjuang dalam PPIM, beliau tidak mengharapkan sebarang pujian dan populariti.
“Saya semakin hari semakin risau kerana banyak amanah harus saya pikul. Saya bukanlah orang yang hendak mencari populariti, saya hanya orang biasa rakyat marhaen saya aktivis,” katanya.
Bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui tidak tahu punca sehinggakan beliau diiktiraf dan mencetuskan fenomena.
“Sejujurnya saya tidak senang dengan pujian melambung , fenomena ini tidak buat saya gembira ” katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai perjalanan kerjanya, Yusuf berkata, tanggungjawab kerjanya kini sangat berat.
“Saya kerja dua hari tapi cuma lima jam tidur…Saya dah patut masuk hospital tapi orang rumah saya kuatkan saya dengan buat bacaan yassin, dialah kekuatan saya selain anak-anak.
“Bila saya susah hati, saya baring dia (isteri), dan dia akan baca al-Quran sebagai pengubat,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Yusuf menegaskan turut bahawa beliau sedikit pun tidak berminat untuk menyertai parti politik meskipun menerima pelbagai tawaran.
“Saya tak berminat dan tak akan sertai politik, memang ada tawaran suruh saya masuk bertanding tapi saya tak terima,” katanya.

4149) Yusuf Azmi tak mahu diangkat menjadi hero - Sinar harian - 7/10/2017



Snapshot
DIANGKAT melambung oleh netizen sehinggakan mahu beliau dilantik Menteri Dalam Negeri bukanlah pujian yang diharapkan namun lebih dipandang sebagai amanah berat yang perlu dipikul.
Itulah luahan rasa yang terpendam dalam sanubari Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Yusuf Azmi,ketika ditanya mengenai pandangan netizen yang mahu beliau diangkat lebih tinggi selaras peranan yang beliau mainkan dalam PPIM.
"Saya tidak berpelajaran, saya hanya bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Saya hanya diberi kelebihan oleh ALLAH dalam matematik...Jadi menteri taklah, nak angkat saya pun tak nak.
“Sebab saya hendak jadi orang biasa nak teruskan perjuangan Rasulullah di atas muka bumi ini," demikian ujarnya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di ibu Pejabat PPIM, di sini.
Terbaharu, nama beliau disebut lagi, selepas berjaya menyelesaikan masalah masyarakat membabitkan isu penipuan pembelian rumah.
Katanya, sepanjang tujuh tahun berjuang dalam PPIM, beliau tidak mengharapkan sebarang pujian dan populariti.
"Saya semakin hari semakin risau kerana banyak amanah harus saya pikul. Saya bukanlah orang yang hendak mencari populariti, saya hanya orang biasa rakyat marhaen saya aktivis," katanya.
Bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui tidak tahu punca sehinggakan beliau diiktiraf dan mencetuskan fenomena.
"Sejujurnya saya tidak senang dengan pujian melambung , fenomena ini tidak buat saya gembira " katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai perjalanan kerjanya, Yusuf berkata, tanggungjawab kerjanya kini sangat berat.
"Saya kerja dua hari tapi cuma lima jam tidur...Saya dah patut masuk hospital tapi orang rumah saya kuatkan saya dengan buat bacaan yassin, dialah kekuatan saya selain anak-anak.
"Bila saya susah hati, saya baring dia (isteri), dan dia akan baca al-Quran sebagai pengubat," katanya.
Sementara itu, Muhammad Yusuf menegaskan turut bahawa beliau sedikit pun tidak berminat untuk menyertai parti politik meskipun menerima pelbagai tawaran.
"Saya tak berminat dan tak akan sertai politik, memang ada tawaran suruh saya masuk bertanding tapi saya tak terima," katanya.

Thursday, October 5, 2017

4139) Komuniti Ahmadiyah ketakutan kerana ancaman terselindung dari PPIM - FMT NEWS - 4/10/2017

Snapshot(3)
PETALING JAYA: Komuniti kecil pengikut fahaman Ahmadiah di Selangor hidup dalam ketakutan susulan ancaman dan amaran terhadap mereka pada satu sidang media yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) minggu lalu.
Dalam sidang media pada 27 September, jurucakap Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) menggesa pihak berkuasa agama Islam bertindak terhadap Baitusalam, yang menjadi tempat pertemuan pengikut fahaman Ahmadiah sejak berdekad lama.
Ahmadiah ialah fahaman Islam dari benua kecil India, yang diisytiharkan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Fahaman itu turut dikecam melalui khutbah Jumaat serata Selangor bagi mengingatkan orang Islam yang fahaman itu bukan sebahagian daripada Islam.
Selama berdekad, pengikut fahman Ahmadiah di Baitusalam, sebuah bangunan 3 tingkat di Kampung Nakhoda, Batu Caves, hidup aman damai dengan penduduk setempat, walaupun pernah diganggu pihak berkuasa agama.
Tetapi menurut Jariullah Ahmad, jurucakap Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia yang menguruskan pusat itu, beberapa orang tempatan tidak berpuas hati dengan aktiviti tertutup kumpulan itu, lalu membuat aduan kepada PPIM.
Jariullah paling bimbang dengan kenyataan berbaur ancaman oleh Pengerusi GBAH, Masridzi Sat pada sidang media di PPIM 27 September lalu, termasuk kenyataan yang merujuk kepada keganasan terhadap pengikut ajaran Ahmadiah di Indonesia.
“Jumaat ini mungkin mereka akan menganjurkam demonstrasi di hadapan masjid kami,” kata Jariullah.
Di sidang media itu, Masridzi menggesa pihak berkuasa agama dan tempatan bertindak terhadap pusat itu kerana Islam menurutnya “sedang dipermain-mainkan di Kampung Nakhoda”.
 
“Majlis Perbandaran Selayang jangan bersubahat dengan mereka kerana ini isu besar, kita melindungi orang Islam daripada murtad,” katanya.
Masridzi kemudian membayangkan kegagalan pihak berkuasa menutup pusat itu bermakna kumpulan akan mengambil tindakan sendiri.
“Kami sedang uruskan, kalau NGO yang uruskan kena faham sendirilah,” katanya.
“Kalau di Indonesia, kita bakar tempat puak-puak ini, markas dia,” tambahnya.
Ketika dihubungi, Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan menepis kebimbangan Ahmadiah dan berkata mereka hanya akan berhimpun menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap kumpulan itu.
“Tiada benda pelik-pelik kita nak buat, nak bakar roboh itu semua tiada,” katanya kepada FMT.
“Kalau mereka ini Islam, tindakan cara Islam, kalau bukan Islam tindakan macam mana pula…itu sahaja.”
Nadzim juga berkata PPBM bukan penganjur tunjuk perasaan itu, sekadar menyokong tindakan terhadap pengikut fahaman itu.
Sementara itu, Jariullah memberitahu FMT pertubuhan mereka baru-baru ini bersetuju untuk berdebat dengan PPIM.
“Kami lebih rela berdebat daripada terlibat dengan kekasaran dan kami sudah menghantar surat menerima tawaran debat dari PPIM,” katanya.
Fahaman Ahmadiah berasaskan ajaran Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian, India, yang mereka percaya Mahdi yang dijanjikan.
Orang Islam menganggap ajaran itu bukan sebahagian ajaran Islam utama, pendirian yang difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1975, mengisytiharkan pengikut Ahmadiah menyimpang dari kepercayaan Islam.

Wednesday, October 4, 2017

4129) Isteri Boy Iman ‘Perang Mulut’ Dengan PPIM? - Perak today - 4/10/2017

Snapshot(10)
SEJAK semalam, tular rakaman di laman Facebook memaparkan suasana kecoh dalam satu sidang media tertutup mengenai isu kontroversi projek banglo mini anjuran DBI Technology Sdn. Bhd.
Menurut laporan beberapa portal, suasana menjadi semakin ‘tegang’ apabila wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati Boy Iman tidak datang dalam sidang itu apabila disedari cuma isterinya berseorangan.
Bukan itu sahaja, malah seorang akauntan DBI yang tidak membenarkan wakil PPIM masuk mengikuti sidang media berkenaan juga antara punca keadaan di luar dewan bertukar menjadi kecoh.
Difahamkan, semalam DBI telah mengadakan program tertutup itu bersama-sama sekumpulan pembeli rumah projek kontroversi syarikat tersebut dengan tajuk ‘Atas Nama Kebenaran‘,
Sidang tersebut bertujuan memberi pencerahan lanjut berkaitan kontroversi yang melibatkan aduan orang ramai tentang isu projek banglo mini gagal disiapkan.
Menerusi video berkenaan, berlaku ‘peperangan mulut’ antara isteri Boy Iman, Ida Anas dengan beberapa wakil PPIM termasuk aktivisnya, Yusuf Azmi apabila mula diajukan soalan berkaitan urusan perniagaan suaminya.
“Mungkin kita boleh tanya isteri Boy Iman mengenai modus operandi yang dijalankan oleh DBI ini,” soal Yusuf kepada Ida.
Bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa tidak mengetahui mahupun terlibat dengan urusan perniagaan suami itu.
“Saya tak tahu apa-apa. Saya tak campur dalam hal ni,” balas Ida ringkas.
Situasi di luar dewan itu jadi makin ‘panas’ apabila Ida mula dakwa pihak PPIM ‘putar belit’ cerita mengatakan konon suaminya membatalkan pertemuan pada Jumaat lalu kerana mahu membawa beliau pergi membeli belah.
“Dia dah bagitahu awak yang dia tak dapat datang. Tapi awak tukar cerita, awak kata dia nak bawa saya pergi shopping kan?,” dakwa Ida.
Yusuf bagaimanapun menempelak dakwaan Ida dengan mempersoalkan status dalam akaun Instagram yang menunjukkan beliau dan Boy Iman sememangnya ada membeli belah.
“Memang you sendiri post dekat dalam Instagram, you pergi makan,” bidas Yusuf.
Dalam pada itu, Ida telah mencabar Yusuf membuat laporan polis sekiranya benar syarikat suaminya itu melakukan penipuan seperti yang didakwa kebanyakan pihak.
Sementara itu, peguam PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim menafikan dakwaan kehadiran pihak PPIM ke sana adalah ingin mencetuskan provokasi kepada syarikat berkenaan.
Sebaliknya mereka hanya ingin mendapatkan maklumat bagi menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh mangsa-mangsa projek yang dibuat oleh DBI itu.
“Saya jangka, saya datang dapat berjumpa kontraktor dia, atau QS (juruukur bahan) dia dan akan beri penjelasan laporan kiraan harga rumah yang kita boleh buat berdasarkan bahan kita miliki.
“Sebab kita tidak faham macam mana contohnya, seorang kena bayar RM50,000, dibayar pula komisen kepada ejen jualan, harga bahan berapa kos, kos buruh berapa, margin untung berapa?
“Ini soalan kita nak tanya hari ini bukan nak buat provokasi,” kata Hishamuddin menerusi rakaman tersebut.
Jelas Hishamuddin lagi, beliau menggesa agar tindakan dan siasatan segera diambil oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa kepada skim tersebut.
Terdahulu, terdapat satu pertemuan antara mangsa-mangsa yang ditipu sehingga tercetusnya kekecohan apabila Boy Iman gagal menjawab persoalan berhubung projek banglo mini tersebut.
Namun sehingga kini, tidak diketahui apakah kesudahan sidang media tersebut sama ada pembeli berpuas hati dengan solusi penyelesaiannya ataupun masih tergantung. – MYNEWSHUB.CC

4128) Datuk Boy Iman serta dua suspek utama ditahan - Malaysia Gazette - 4/10/2017

Snapshot(9)
KUALA LUMPUR – Polis menahan Pengarah Urusan DBI Properties, Dato’ Noruliman A. Rahman yang juga dikenali sebagai Datuk Boy Iman serta dua suspek utama lain berkaitan jualan banglo mini RM60,000 yang telah memperdayakan ratusan pembeli.
Penahanan itu dibuat berikutan 188 laporan polis yang diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersil berkait penipuan yang didakwa dilakukan oleh Syarikat DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources .
Kesemua suspek direman dua hari dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tangkapan ke atas Boy Iman, 37, dilakukan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang berikutan 188 laporan polis dilakukan ke atas penipuan jualan rumah oleh DBI Properties dan Juta kelulut Global Resources melibatkan kerugian sehingga RM6.2 juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari JSJK Bukit Aman telah melakukan tangkapan itu.
Dalam tangkapan itu, katanya, polis menerusi pemeriksaan di Wisma DBI, Ampang telah merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, tiga buah telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen BDI Properties.
“Pada tarikh yang sama (2 Oktober 2017) pihak polis turut memberkas dua lagi suspek utama kes berusia 45 dan 29 tahun ini di sebuah kondominium di Setapak KL dipercayai pemilik Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
“Turut dirampas adalah dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen syairkat juta kelulut. Kesemua suspek telah direman dua hari bermula hari ini untuk siasatan dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, berdasarkan siasatan yang dijalankan, polis mendapati syarikat itu menawarkan rumah kepada pembeli pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persgi .
Bagaimanapun setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah itu tidak dijalankan.
Malah katanya, penelitian polis mendapati sindiket penipuan hari ini semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudka pelbagai skim penipuan dan pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.
Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berteraskan perniagaan emas, perumahan dan seumpamanya.
Justeru beliau mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat
“Harus diingat kebiasaannya sesuatu entiti perniagaan yang ditubuhkan adalah berasaskan kepada keuntungan. Justeru penawaran sesuatu skim yang berbeza daripada kebiasaan haruslah dinilai dan disemak dengan terperinci.
“Sebaiknya rujuklah dengan agensi atau pihak yang lebih arif berkenaan sesuatu tawaran tersebut bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

4127) Property boss held over RM6.2mil fraud - Star Online - 4/10/2017

Snapshot(8)
PETALING JAYA: Police have arrested DBI Properties director Datuk Nuruliman A. Rahman, better known as Boy Iman (pic), over fraud allegations involving millions of ringgit.

Federal Commercial Crime Inves-tigation Department director Comm Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani said police received 188 reports on fraud involving house sales by the firm and Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

He said total losses suffered by victims was estimated to be RM6.2mil.

“Based on our investigation, the company offered houses to buyers at below-market price, about RM60,000 for a 1,650 sq ft bungalow.

“However, after payment was made, the houses were not built,” Comm Acryl Sani said in a statement yesterday.

He said after conducting an investigation at Wisma DBI, police also seized two cars – a Nissan Fairlady and BMW E92 – and three mobile phones.

A doctorate parchment from Samaritan Mission International University and several documents were also seized.

Comm Acryl Sani said police also arrested two main suspects at a condominium in Setapak.

The two, aged 45 and 29, were from SJKGR.

Two mobile phones and various company documents were also seized during the arrest.

Comm Acryl Sani said all the suspects were remanded for two days from yesterday under Section 420 of the Penal Code.
Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/04/property-boss-held-over-rm62mil-fraud-cops-dbi-properties-offered-houses-belowmarket-price-but-they/#zWMeGbWWdOFw0yru.99

4126) Boy Iman dicekup kes tipu banglo - Kosmo Online - 4/10/2017

Snapshot(7)
KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman ataupun lebih dikenali sebagai Boy Iman bersama dua lagi suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ampang, Selangor dan Setapak di sini kelmarin berhubung kes penipuan jualan rumah banglo melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM6.2 juta.
Syarikat pelakon telefilem Blok 404 berusia 37 tahun dipercayai bekerjasama dengan syarikat Juta Kelulut Global Resources menawarkan rumah kepada para pembeli dengan harga lebih murah daripada harga pasaran berjumlah RM60,000 bagi sebuah banglo berkeluasan 154 meter persegi (1,650 kaki persegi).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Boy Iman ditangkap di Balai Polis Bukit Indah, Ampang selepas pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan oleh kedua-dua syarikat tersebut.
“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis telah merampas sebuah kenderaan jenis Nissan Fairlady, sebuah kenderaan jenis BMW E92 bersama tiga telefon bimbit, sekeping sijil ijazah doktor falsafah daripada Good Samaritan Mission & International University dan pelbagai dokumen milik syarikatnya,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

4125) PPIM gesa EAIC, polis siasat syarikat perumahan - Sinar Online - 3/10/2017

Snapshot(6)
AMPANG – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon Polis Diraja Malaysia dan  Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) segera menyiasat sebuah syarikat perumahan dan hartanah.
Aktivis PPIM, Yusuf Azmi berkata, pihaknya turut menggesa semua mangsa syarikat perumahan dan hartanah itu tampil memberi kenyataan dan membantu siasatan pihak berkuasa.
“Mereka juga boleh memberi bukti bagi membantu siasatan polis untuk tindakan lanjut. Kita bukan berasa seronok pun jika individu ini ditangkap, namun ia dapat menjadi pengajaran kepada sindiket lain yang ada di Negara ini,” katanya.
“Kita telah menyerahkan aduan daripada mangsa kepada EAIC, mereka juga akan melakukan siasatan untuk mencari punca dan membuktikan modus operandi kumpulan ini,” katanya.
Yusuf berkata, syarikat perumahan dan hartanah itu perlu menyiapkan segera lebih 400 rumah.
“Siapa yang akan bertanggungjawab jika masalah timbul sudah tentu polis dan PPIM akan menerima aduan lagi,” katanya.
Yusuf menegaskan PPIM tidak melakukan fitnah ke atas syarikat berkenaan.
“Apa yang kita lakukan ini hanya untuk kebaikan ummah, kita tidak pernah menjatuhkan maruah pemilik syarikat itu,” katanya.
Menurutnya, PPIM sudi meminta maaf sekiranya mendapati syarikat tersebut tidak bersalah.
“Kita juga sudi menolong mempromosikan perniagaan syarikat berkenaan jika ia sah dan aktivitinya perumahan itu betul,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Terdahulu, PPIM dihalang masuk dalam sidang media yang diadakan oleh sebuah syarikat perumahan dan hartanah, hanya media terpilih sahaja dibenarkan.
Sementara itu, wakil peguam PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim yang juga turut hadir memberitahu PPIM ‘hadir’ ke sidang media syarikat perumahan dan hartanah itu bukan mahu membuat provokasi.
“Kita dimaklumkan sidang media itu mahu mencari kebenaran. Saya menjangkakan dapat berjumpa dengan kontraktor dan arkitek serta mendapat penjelasan mengenai kos bahan, pekerja, margin keuntungan. Ini soalan yang akan ditanya, bukan mahu provokasi. Jawapan yang kami dapat adalah itu adalah rahsia syarikat,” katanya.
Menurutnya, ketika pertemuan dengan pemilik syarikat itu sebelum ini,  pihaknya memohon maklumat dan laporan lengkap berkaitan projek perumahan dengan harga RM50,000.
“Kami juga memohon syarikat berkenaan menangguhkan segala promosi sehingga PPIM menerima maklumat dan laporan daripada syarikat itu.
“Kami tidak mahu nanti dah rugi, baru kata alamak dah rugi. Jika tiada sebarang masalah sebelum ini, PPIM tidak akan masuk campur. Kami masuk campur kerana ada aduan daripada mangsa,” katanya.

4124) Boy Iman dicekup polis - Utusan Online - 4/10/2017

Snapshot(5)
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Setelah penafian demi penafian dibuat bekas pelakon yang juga Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman, dia akhirnya diberkas di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dekat sini semalam.
Boy Iman, 37, ditahan selepas dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian lebih RM6.2 juta terhadap ratusan individu yang kebanyakannya warga emas dengan menipu dalam projek pembinaan rumah banglo yang dianjurkan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengannya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selain Boy Iman, dua lagi lelaki yang merupakan pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources turut ditahan di sebuah kondominium di Setapak pada hari yang sama.
“Kita menerima 188 laporan polis terhadap kedua-dua syarikat berkenaan yang menawarkan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 153 meter persegi kepada orang ramai. Bagaimanapun setelah bayaran dilunaskan pembeli, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.
“Hasil pemeriksaan di pejabat suspek di Wisma DBI, polis merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, BMW E92, tiga unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Acryl Sani, dalam serbuan kedua, pihaknya turut me­rampas dua unit telefon bimbit milik suspek berusia 29 dan 45 tahun tersebut di samping pelbagai dokumen milik Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Ke­seksaan.
“Sindiket penipuan kini sema­kin bijak memanipulasi kehendak serta keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim peni­puan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa,” katanya.
Pada 20 September lalu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi tampil sebagai orang tengah bagi membantu mangsa yang mendakwa menjadi mangsa penipuan skim jualan rumah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Boy Iman.

4123) Siasat juga ejen-ejen Boy Iman - Utusan Online - 4/10/2017

Snapshot(4)
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap polis akan memperluaskan siasatan terhadap ejen-ejen syarikat DBI (DBI) Properties dan Juta Kelulut Global Resources yang membantu ‘jualan’ projek Mini Banglo pada Mei tahun lalu.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, tanpa ejen-ejen tersebut Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman, tidak akan berjaya mempromosi projek Mini Banglo berkenaan.
“PPIM percaya Noruliman tidak bertindak sendirian. Dia pasti ada kuncu-kuncu yang membantunya mencari pelabur dan terus menjual mimpi kepada khalayak ramai yang rata-ratanya mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri.
“Justeru kami menyarankan siasatan polis turut meliputi mereka yang menjadi ejen kepada syarikat berkenaan,” tegas beliau ketika mengulas penahanan Noruliman yang turut dikenali Boy Iman oleh polis hari ini.
Sebelum ini tular video memaparkan Yusuf bersama aktivis PPIM serta mangsa berdepan dengan Boy Iman bagi menuntut dia bertanggungjawab terhadap kerugian yang ditanggung mangsa yang menyertai projek Mini Banglo berkenaan.
Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan akhbar mengesahkan penahanan Boy Iman bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak, dekat sini semalam.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.
Sementara itu, Yusuf turut mencadangkan polis mengadakan kerjasama dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat akaun-akuan milik Nouruliman, syarikatnya dan Juta Kelulut Global Resources dan ejen-ejen mereka.
Jelas beliau, siasatan terhadap akaun-akaun berkenaan perlu untuk mengetahui ke mana sebenarnya wang yang dikumpulkan daripada mangsa itu disalurkan dan dapat membantu pihak berwajib mengembalikan wang berkenaan kepada mangsa.
“Setakat ini kita tidak tahu ke mana wang berkenaan disalurkan dan ini akan menyukarkan usaha untuk memulangkannya kepada para mangsa yang terlibat,” katanya. - UTUSAN ONLINE

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL