KUALA LUMPUR 11 Okt. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad disifatkan sebagai seorang yang luar biasa dan memiliki keperibadian yang tinggi.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi yang berpeluang bersemuka dengan Dzulkifli selama kira-kira empat jam.
‘‘Saya bukan suka puji orang dan bukan dapat peruntukan cakap macam ini, tetapi (Dzulkifli) hebat dan luar biasa. Perwatakan beliau sememangnya layak jadi pemimpin kerana tawaduk, merendah diri, berani dan penuh sifat kasih sayang.
‘‘Saya juga mengakui kehebatan SPRM dalam tugas risikan dan ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada pengamal rasuah di negara ini. Malah, beliau (Dzulkifli) sanggup terima kritikan dan pandangan saya. Apabila beliau kata hanya ingin meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, saya hampir menitiskan air mata.
‘‘Malah, saya suka dengan jawapan yang mengatakan beliau berkhidmat bukan untuk orang politik, sebaliknya untuk rakyat dan negara,’’ katanya yang dipetik daripada sebuah portal di sini hari ini.
Yusuf mengulas pertemuannya dengan Dzulkifli atas jemputan rasmi sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau ditahan SPRM di Putrajaya semalam.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ketua-pesuruhjaya-sprm-luar-biasa-1.536780
No comments:
Post a Comment