PELBAGAI pihak berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak kerana meringankan beban rakyat dengan memberi pilihan
kepada mereka untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung tanpa
melalui ejen.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan berkata, pengumuman Najib yang juga Menteri Kewangan itu
cukup melegakan ramai pihak, khususnya ibu bapa muda.
Kata beliau, pembantu rumah bukan lagi suatu kemewahan,
sebaliknya ia adalah keperluan kerana majoriti pasangan suami isteri hari ini
bekerja dan hanya pulang ke rumah lewat petang atau tengah malam.
“Pasangan suami isteri juga tidak lagi terbeban untuk menyediakan
sejumlah wang antara RM5,OOO ke atas bagi membayar ejen pembantu rumah, jadi
terima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan yang cukup dekat di hati
rakyat.
“Dalam masa Sama,langkah kerajaan ini sebenarnya dapat
menghapuskan perbuatan monopoli ejen-ejen pembantu rumah yang dilihat menindas
masyarakat yang memang terdesak memerlukan pembantu dengan menetapkan kadar
harga tidak masuk akal” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari
ini.
Semalam, dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat,
Perdana Menteri mengumumkan pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu
rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan
berkata, masyarakat harus menggunakan peluang yang ditawarkan itu dengan
bertanggungjawab agar tidak muncul ‘ulat-ulat yang cuba mengambil kesempatan.
“Tawaran kerajaan kutuan ini adalah nilai tambah
meningkatkan taraf hidup masyarakat khususnya golongan isi rumah berpendapatan
pertengahan (M40), jadi ia harus digunakan sebaiknya.
Jangan sesekali kita
membenarkan pihak lain mengambil kesempatan dengan pilihan ini. “Ini tanda
penghargaan kerajaan kepada golongan M40 yang majoriti penyumbang kepada
ekonomi negara, jadi kita wajarmenggunakan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Dalam pada itu, Profesor
Ekonomi Sunway University Business School, Dr. Yeah Kim Leng
berkata, pengumuman Perdana Menteri itu dapat menggalakkan masyarakat menjadi
lebih bertanggungjawab dan tidak lagi bersikap menuding jari terhadap pihak
lain.
Selain menjimatkan kos pengambilan pembantu rumah, pilihan
yang diberikan kerajaan itu akan melatih masyarakat menjadi lebih teliti
sebelum mengupah mana-mana warga asing sebagai pembantu rumah. “Menariknya,
pilihan itu membolehkan masyarakat melihat dan menilai sendiri potensi warga
asing dari negara mana yang lebih baik sebab sebelum ini kita banyak bergantung
dengan pembantu rumah dari Indonesia sahaja,” katanya.
No comments:
Post a Comment