Showing posts with label DR KADIR. Show all posts
Showing posts with label DR KADIR. Show all posts

Wednesday, September 27, 2017

4091) SIDANG MEDIA : AJARAN SESAT QADIANI MASIH LAGI BERLELUASA, BERLAKON BUKAN ISLAM KE QADIANI NI? - PPIM - 27/9/2017


Umum diketahui oleh orang ramai mengenai ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam, iaitu ajaran Qadiani yang sehingga ke hari ini, masih lagi beroperasi dan aktif di sekitar kawasan Kampung Nakhuda, Batu Caves, Selangor.
Banyak faktor mendorong kepada kesesatan ajaran ini dan salah satunya ialah pendokong ajaran ini mempercayai bahawa rasul utusan Allah yang terakhir selepas Nabi Muhammad s.w.t adalah seorang lelaki bernama Mirza Ghulam Ahmad yang mana terang dan jelas adalah suatu kefahaman agama yang sesat dan terpesong. Agama Islam hanya mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasulullah dan Nabi yang terakhir dan tidak ada yang lain selepasnya.
Kewujudan markas atau rumah ibadat ajaran ini di kawasan Kg. Nakhuda, Batu Caves telah mengundang kebimbangan penduduk setempat sejak tahun 2015 lagi. Ajaran ini berkembang di Kg. Nakhuda dan menyebarkan fahaman agama yang menyeleweng tanpa sebarang tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Sepang dan juga Jabatan Agama Islam Selangor.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 15.43.36 (2)WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.53
Mengulas lanjut isu ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, berkata pihaknya menerima aduan dari penduduk Kg. Nakhuda mengenai ajaran sesat yang menganggu penduduk di kawasan tersebut.
“Perkara ini sudah tidak lagi terkawal, ajaran Qadiani ini harus dibanteras bagi menyelamatkan penduduk Kg. Nakhuda dan orang Islam.
Pengerusi Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Ustaz Masridzi Bin Sat berkata pihaknya telah menghubungi pihak Jais dan Unit Tindakan Khas Jais berkenaan perkara ini.
“Mereka (penganut ajaran Qadiani) apabila disoalkan agama mereka, mereka mengatakan mereka bukan Islam tetapi dalam ajaran mereka menggunakan mesej Islam,”jelasnya
Menurutnya lagi, penduduk sudah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang mengenai ajaran sesat ini tetapi tidak dipandang serius mengenai perkara terbabit.
“MPS perlu bertindak dengan segera dan tidak boleh sembunyi apa-apa mengenai perkara ini, buatlah tindakan segera seperti mengangkut gerai perniaga yang menjual nasi lemak atau goring pisang,”tegasnya.
Tambahannya lagi, penduduk telah membuat laporan polis kerana ajaran ini seolah mengancam keselamatan penduduk setempat.
“Kita bagi tempoh seminggu untuk mereka (Jais,MPS, Polis) untuk bertindak sebelum kami dari NGO sendiri turun padang,”katanya.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.54WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.55
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin hashim turut menyatakan pendapat beliau mengenai Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan ke atas Rumah Ibadat selain Islam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
“Setiap rumah ibadat selain Islam mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan sebelum boleh dibenarkan digunakan.”
“Persoalannya yang timbul sekarang ini adakah ajaran ini telah mendapat kebenaran untuk beroperasi dan menggunakan Rumah Ibadat?,”beliau mempersoalkan di dalam sidang media terbabit.
Beliau turut menambah lagi, penduduk telah membawa isu ini ke Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS), tetapi telah diberitahu bahawa ajaran tersebut bukan ajaran agama Islam dan lebih mengejutkan ajaran ini turut membina bangunan tahfiz bagi menarik dan menyebar agama terbabit.
“Kebal sangatkah ajaran ini?atau dilindungi oleh tangan-tangan ghaib?"
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut perlu memberi maklum balas, mengapa mereka ini di dalam kad pengenalan masih diletakkan sebagai Islam lagi,”jelasnya.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.56 (1)
PPIM, GBAH serta Penduduk Kg. Nakhuda menggesa dan menyokong tindakan kerajaan sekiranya dapat membanteras ajaran Qadiani dengan secepat mungkin bagi menghalang ajaran sesat ini berleluasa.
Turut hadir Bersama di dalam sidang media terbabit ialah Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, En Yusuf Azmi, Ketua Unit Kawal Selia Umrah, Ustaz Abdul Halim, Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, Ketua Kg. Nakhuda, Tuan Haji Ustaz Muhammad Noor dan Setiausaha Penduduk Kg. Nakhuda, Azmi Bin Hj Salleh.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.56WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.21.47

4090) SIDANG MEDIA :KERETA DIBELI DIRAMPAS KASTAM, PENJUAL PENIPU SENYUM BEBAS - PPIM - 27/9/2017





Penipuan yang melibatkan ramai pembeli kereta teraniaya dan ditipu oleh sindiket yang menjual kereta tanpa membayar cukai menggunakan dokumen palsu telah semakin menjadi-jadi.
Ramai mangsa yang mengadu bahawa mereka ditipu oleh syarikat penjual kereta walaupun proses pindah milik telah diluluskan melalui Puspakom dan pendaftaran biasa.
Mengulas kenyatan ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, berkata pihaknya telah menerima lebih kurang 30 aduan berhubung isu ini.
Menurutnya, pengadu terbabit membeli sebuah kereta berjenama Toyata Camry terpakai. Namun, setelah 3 tahun kenderaan tersebut disita oleh pihak Kastam dengan alasan tidak membayar cukai kenderaan.
“Tidak masuk akal sekali sudah 3 tahun pakai tiba-tiba hendak sita sebab tidak membayar cukai,”katanya kepada pihak media.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.54
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato Hishamuddin’ Hashim mendakwa bahawa kes ini merupakan kes yang tidak munasabah.
“Pengadu beli kereta dengan harga pasaran, loan dari bank lulus, pemeriksaan Puspakom dan JPJ lulus tiba-tiba kereta ditarik sebab tak bayar cukai?”beliau mempersoalkannya.
“Ini langsung tidak masuk akal dan tidak beperikemanusiaan” jelasnya lagi.
Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu mangsa penipuan, En Anuar Ahmad, yang mendakwa bahawa beliau terpaksa membayar sebanyak RM 46 ribu akibat dari tunggakan cukai.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.55
“Saya telah membuat 3 laporan kepada pihak polis tetapi tiada apa-apa tindakan dilakukan”
“Masa hari kejadian pegawai Kastam datang menyita kenderaan saya dan memberitahu saya ia adalah arahan dari Kastam dan JPJ wilayah,”katanya
Di akhir sidang media terbabit, Toqqi menyeru supaya pihak Kastam membuat sesuatu mengenai pemasalahan ini.
“Kita minta Timbalan Ketua Pengarah Kastam,Dato’ Zulkifli, Ketua Pengarah Kastam, Dato' Sri Subromaniam Tholasy, Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani untuk memantau dan membantu,” ulasnya lagi.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 15.43.36

Thursday, August 24, 2017

4008) KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT TKP UNIT PERANCANGAN EKONOMI (EPU) - PUTRAJAYA - 23/8/2017


Kunjungan hormat Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ke pejabat TKP Unit Perancang Ekonomi (EPU), YBhg Dato Allauddin, beserta pegawai jabatan Encik Shukri.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan pelbagai permasalahan dan isu masyarakat serta halatuju ke arah penglibatan PPIM dengan EPU dalam membantu masyarakat.
WhatsApp Image 2017-08-24 at 14.05.37

Wednesday, May 31, 2017

3757) PENGGUNA KELIRU STATUS PRODUK - SINAR HARIAN - 31/5/2017

                  sinar harian 31.5.2017
  PPIM cadang pengkelasan pemilik produk untuk beza keluaran Muslim dengan bukan Islam Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkann agar satu kaedah pengkelasan pemilikan dibuat bagi membezakan produk keluaran syarikat Islam dengan bukan keluaran Islam. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia berikutan kekeliruan timbul dalam kalangan pengguna Islam dan menganggap produk menggunakan nama Islamik dan Melayu ini dikeluarkan pengeluar Muslim. "Adalah sukar bagi pengguna Islam untuk mengetahui status pemilikan produk kerana tiada sebarang indikasi pada produk yang menjelaskan status tersebut. Perkara ini mengelirukan pengguna dan salah dibawah Akta Perihal Dagangan 2011. "Malah ramai pengguna Islam membeli dan menyokong produk tersebut kerana menyangka ia keluaran muslim dan akhirnya rasa ditipu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPIM, semalam. Katanya, produk yang dikeluarkan tidak sepatutnya mengelirukan atau memberi maksud yang yang tidak benar seterusnya membayangkan produk tersebut adalah halal seperti menggunakan gambar masjid atau tulisan jawi pada pembungkusan. "Dari siasatan yang telah kami lakukan, terdapat banyak produk di pasaran yang menggunakan nama Islamik pada pembungkusan mereka. "Ini menyebabkan pengguna jadi keliru sekali gus menyebabkan mereka marah dan membuat laporan kepada kami," katanya. PPIM katanya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bagi memperbetulkan fahaman kepada pengguna. "Kita juga akan keluarkan senarai penuh produk berserta pemiliknya untuk maklumat pengguna. Ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama dan ketulusan," katanya. Katanya, pengguna berhak membuat pilihan dan tidak salah untuk memilih produk tersebut. "Soal halal atau haram produk itu isu nombor dua. Bagaimanapun, ada juga produk menggunakan nama Islamik ini menggunakan cop halal yang diragui," katanya.

Tuesday, May 30, 2017

3754) PENGGUNA KELIRU, STATUS JENAMA PRODUK DIRAGUI - 30/5/2017


Kebelakangan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sering menerima pertanyaan berkenaan status pemilikan sesuatu produk. Sama ada ianya milik Muslim atau sebaliknya. Ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama. Umat Islam tidak dilarang untuk berurusniaga dengan bukan Muslim tetapi mendapatkan produk yang halal lagi baik (Halalan Toyibban) adalah dituntut. Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna berkenaan pengeluaran sesuatu produk yang mengelirukan pembeli. Tambahannya lagi, aduan yang diterima makin meningkat sejak bulan Ramadhan ini. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.54 “Terdapat banyak produk yang dipasarkan menggunakan nama Islam ataupun nama Melayu, tetapi benarkah ia sebenarnya keluaran daripada pengeluar Muslim?” Beliau mempersoalkan hal tersebut. Lebih mengejutkan bahawa terdapat diantara produk yang diragui itu, adalah produk yang dikenali oleh orang ramai dan rata-rata menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian. “Kita akan membuat rujukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai produk-produk ini. Kita mahu jelaskan kepada para pengguna di luar sana supaya lebih berhati-hati di dalam membeli sesuatu produk” Ujar Hj Muhammad Zharif Johor, Aktivis PPIM. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.45 Beliau menambah bahawa PPIM sebelum ini sudah mengajukan perkara ini kepada Jakim mengenai produk yang meragukan ini. “Perbezaan sesuatu produk yang diragui itu adalah melalui jenama dan syarikat misalnya jenama itu dari syarikat lain tetapi penghasilannya dari syarikat lain” Tambah beliau lagi. Turut hadir bersama iaitu Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, Penasihat PPIM. “Pengguna diluar sana beli sesuatu produk bukan sebab dari mana ia dikeluarkan tetapi pada jenama.” Kata beliau. Beliau menambah lagi, pengguna harus lah peka akan halal sesuatu produk tersebut. Toqqi menerangkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai perkara ini dan beliau menerangkan bahawa kemungkinan selepas ini boleh mewujudkan logo atau label khas bagi membuktikan sama ada produk itu keluaran Muslim ataupun tidak. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.31 WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.05

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL