9 April 2017 – Program 'Implikasi Meminjam Along' banyak menyedarkan penduduk di Lembah Pantai semalam. Program anjuran Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini disambut baik oleh penduduk.
Program yang dihadiri seramai 50 orang peserta itu memberikan maklum balas yang baik dengan PPIM. Penerangan diberikan oleh Cikgu Izham Nayan, Pengarah Unit Latihan PPIM dan berkenaan kesan dan akibat meminjam ahlong ini banyak menyedarkan peserta yang hadir.
Masyarakat kita gagal dalam merancang kewangan dan mempunyai masalah dalam memohon skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank. Oleh itu, mereka menggunakan jalan mudah iaitu dengan meminjam Ahlong manakala mereka tidak sedar akan akibat yang akan ditimpa.
Sememangnya mudah untuk seseorang itu membuat pinjama dengan Ahlong namun kesan buruk seperti faedah yang tinggi, keganasan dan kekerasan serta ugutan akan dilakukan oleh Ahlong kepada peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sememangnya mudah untuk seseorang itu membuat pinjama dengan Ahlong namun kesan buruk seperti faedah yang tinggi, keganasan dan kekerasan serta ugutan akan dilakukan oleh Ahlong kepada peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Dengan adanya program kesedaran seperti ini, kita mampu untuk memberi penerangan lebih dekat tentang akibat dan kesannya kepada masyarakat.
“Inshaa Allah, saya akan bawa isu ini ke Parlimen dan saya akan menyeru ramai lagi Ahli Parlimen untuk bersama PPIM” Kata YB Nurul Izzah.
YB Nurul Izzah juga mencadangkan agar program Banteras Ahlong ini dapat dijadikan siri jelajah di seluruh Malaysia bagi mendidik dan menyedarkan masyarakat agar menjauhi Ahlong.
No comments:
Post a Comment