Monday, April 17, 2017

3609) RUGI RM 1.7 BILION DALAM MASA SEBULAN - SINAR HARIAN - 17/4/2017

sinar harian 17.4.2017 new Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertanggunjawwab dan bertindak efektif dalam usaha memerangi lambakan sindiket program kewangan yang memperdayakan orang ramai. Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi, mempersoalkan tindakan BNM dan SC yang disifatkan sebagai kurang efektif kerana hanya bertindak menyenarai hitamkan syarikat scammer kewangan sekiranya menerima aduan. Menurut beliau,sepatutnya dua agensi utama ini melakukan carian jenis-jenis scam haram yang beroperasi di Malaysia bukannya hanya menunggu aduan dan bertindak sebagai ribuan mangsa terpedaya. "Perniagaan tukaran wang (foreign exchange trading atau forex) tidak seharusnya wujud di Malaysia. Meskipun kita tahu perniagaan ini (forex) sudah meluas di dunia tetapi apa yang digusarkan, ke mana pelaburan itu dilabur, adakah ia betul atau pun tidak? "Di mana transaksi yang menyatakan duit itu pergi kepada Billabong, Gucci dan sebagainya? Sekiranya sahih duit itu didagangkan kepada tukaran wang semasa dan perniagaan ini sah, kenapa tidak buktikan perincian dagangan dan keuntungan,"soal Yusuf. Selaku aktivis di PPIM, Yusuf memaklumkan dalam sehari pihaknya menerima variasi aduan berkaitan penipuan Forex dan sindiket kewangan lain. "Minggu lalu, PPIM ada menerima aduan kerugian pengadu berkaitan perniagaan Forex mrmbabitkan jumlah RM1.7 bilion dalam tempoh sebulan. Cara program kewangan ini dijalankan misalnya seorang pelabur itu melabur RM100,000 dan dia kutip lagi dengan pelabur-pelabur lain kemudian dilaburkan semua wang tersebut dan dagangkan. "Dalam tempoh dua atau tiga bulan si pelabur akan menerima keuntungan hasil pelaburan itu sebanyak RM20,000 ke RM30,000 dia seronok dan akan ajak ramai rakan sama untuk melabur. Sedangkan dia tidak sedar syarikat berkenaan menghasilkan duit berbillion ringgit," katanya. Yusuf mengingatkan bahawa pelaburan RM100,000 itu mungkin telah menghasilkan RM170,000 dan pulangan yang dikembalikan itu hanya 30 peratus. "Katakan untung pelaburan sebanyak RM1 bilion dan syarikat itu sekadar mengeluarkan RM300 juta baki RM 700 juta masih lagi dalam pegangan syarikat. "Akhirnya kebanyakan perniaga-perniaga yang melabur dengan Forex tumbang. Sebab itu saya gesa Forex ditutup dan diharam di Malaysia, bergitu juga dengan Ufund yang menjadi ejen rahsia Forex namun masih dalam siasatan," katanya. Tambahan beliau, bukan semua syarikat berteraskan level marketing (MLM) ini tidak baik, ada juga yang betul-betul berniaga secara jualan langsung secara berkesan namun wujud segelintir pihak yang mengambil kesempatan mengubah modus operandi MLM kepada program kewangan seakan-akan Forex "Bagi saya, forex itu haram dan wajib diharamkan kerana ia tiada usaha mendapatkan keuntungan. "Saya minta BNM kembali bekerja seperti dahulu. Jika sebelum ini BNM membuat keputusan untuk semua bank konvensional dan bank islamik, kini ia ibarat ekor ular yang hanya mengikut," katanya

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL