Showing posts with label SINDIKET PENIPUAN. Show all posts
Showing posts with label SINDIKET PENIPUAN. Show all posts

Tuesday, February 18, 2020

5749) JERAT DATA PERCUMA - HARIAN METRO - 18/02/2020




SASARAN sindiket ini adalah golongan penuntut institut pengajian tinggi yang teruja dengan tawaran panggilan telefon dan data Internet percuma selama dua tahun.
Malah, mangsa yang bersetuju dengan pakej ditawarkan bakal menerima tambahan RM100 selepas memberikan maklumat peribadi diperlukan.
Malangnya, semua itu hanya penipuan terancang apabila mangsa sebaliknya ditimpa bala selepas menerima bil tunggakan bagi pakej telefon tidak diketahui.
Malah, ratusan mangsa turut menerima surat tuntutan daripada firma guaman kerana didakwa gagal membayar ansuran berjumlah antara RM4,500 hingga RM5,600 selepas enam bulan diperdaya sindiket.
Terbaru, berpuluh mangsa tampil di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membuat aduan selepas laporan polis berhubung kejadian itu turut dilakukan.
Rata-rata mereka berdepan risiko disenarai hitam selepas nama mereka digunakan untuk mendaftarkan pakej syarikat telekomunikasi menyebabkan kerugian terkumpul RM1 juta.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 22, berkata, dia terpedaya selepas mengenali dua lelaki yang menawarkan rangkaian telekomunikasi meliputi data dan panggilan percuma dua tahun.
Dia yang ketika itu menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Ipoh, Perak tertarik dengan pakej ditawarkan berikutan tidak perlu membuat sebarang bayaran.
Katanya, selepas bersetuju mendaftar pakej percuma itu, dia dan 40 lagi rakan diberikan hadiah RM100 setiap seorang dan pek sim pascabayar.
“Namun kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum diarah pergi ke beberapa cawangan pusat telekomunikasi di Ipoh.
MANGSA penipuan ejen yang menawarkan pascabayar telekomunikasi secara percuma membuat aduan kepada PPIM. FOTO HAFIZ SOHAIMI
“Kami diarah mengambil telefon pintar di premis berkenaan sebelum diarah menyerahkannya kepada ejen sindiket.
“Ketika itu kami dijanjikan semua komitmen bulanan dibayar ejen manakala kami boleh guna rangkaian tanpa had itu percuma untuk tempoh dua tahun. Bagaimanapun, selepas enam bulan, tiba-tiba kami menerima notis tunggakan bil berjumlah lebih RM5,000 setiap seorang.
“Apabila ditanya kepada ejen, dia beri pelbagai alasan termasuk perlu mendapatkan maklumat daripada pengurusan sebelum gagal dihubungi.
“Kami khuatir bagaimana dengan masa depan kami jika disenarai hitam kerana gagal membayar tunggakan itu,” katanya selepas membuat aduan kepada aktivis PPIM Dr Mazlina Abu Bakar.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Zati, 22, berkata, dia bersama lebih 100 rakannya yang menuntut di pusat pengajian di Johor Bahru diperdaya ejen yang menawarkan kerja sambilan jika mendaftar pakej rangkaian syarikat telekomunikasi berkenaan.
Menurutnya, mereka hanya perlu mendaftar dengan rangkaian telekomunikasi lain terlebih dahulu sebelum menukar pelan bagi mendapatkan telefon pintar percuma dijanjikan.
“Bagi setiap pendaftaran, kami dapat imbuhan antara RM85 ke RM100.
“Beberapa bulan kemudian kami terkejut apabila terima bil telefon mencecah RM5,000. Kami panik kerana tiada wang sebanyak itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Danga Bay, Johor Bahru.

Artikel oleh: Harian Metro

JERAT DATA PERCUMA


Friday, August 9, 2019

5160) BERKORBAN ATAU TERKORBAN, MEMBONGKAR SINDIKET PENIPUAN - KACA TV - 09/08/2019

Kuala Lumpur, 04 August 2019 (Ahad) - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Akademi Darul Muhibbin menganjurkan sesi Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ Cafe Western Food Keramat.
Sehubungan itu, satu sesi dialog diadakan dengan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan selaku panelis dan Ustaz Ahmad Shadan Alhadrami sebagai moderator mengupas dan menerangkan penipuan yang sering PPIM mendapat aduan dari masyarakat.




Artikel oleh: Kaca TV

BERKORBAN ATAU TERKORBAN, MEMBONGKAR SINDIKET PENIPUAN


Friday, October 6, 2017

4147) 80, 000 Pelabur Mangsa 10 Datuk – Harian Metro – 6/10/17





Lebih 80,000 mangsa menjadi mangsa satu sindiket penipuan pelaburan berkonsepkan francais didalangi 10 individu bergelar Datuk dengan jumllah kerugian RM1 bilion.
Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu sidang media, semalam yang diadakan bersama wakil mangsa untuk menuntut semula wang mereka.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sindiket berkenaan beroperasi Sejak 2015 menawarkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) kepada ahli dengan nilai RM1,750 setiap set.
Katanya, peserta hanya akan menerima untung selepas empat bulan berjumlah RM148 hingga RM1,472 bergantung kepada jumlah set yang dibeli. “Kami difahamkan, masuk bulan keempat, ahli tidak lagi menerima bayaran termasuk produk yang dijanjikan menyebabkan mereka mula rasa ditipu. “Modus operandi yang digunakan ialah mereka menggunakan nama orang kenamaan bergelar Tan Sri, pejabat Ketua Menteri serta Exco kerajaan negeri di beberapa negeri. Jadi ramai yang terpengaruh untuk menyertai skim ini,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menahan seorang dalang lelaki bergelar Datuk Seri di Melaka, sekali gus melumpuhkan sindiket berkenaan. Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya nenerima 113 laporan  polis berkenaan skim itu dan bertindak daripada maklumat
risikan, sepasukan pegawai dan anggota daripada JSJK Bukit Aman menyerbu sebuah rumah di Melaka bagi menahan seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai dalang utama skim ini.
Dalam serbuan itu, seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 39 tahun ditahan. Turut dirampas sebuah kenderaan model Range Rover, dua unit telefon iPhone 7 Plus dan pelbagai dokumen syarikat. “Suspek direman tiga hari dan semua rampasan diserahkan kepada JSJK Kuala Lumpur untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. mengulas lanjut, Nadzim berkata, antara barangan yang diberikan kepada ahli adalah telekung dan sabun yang harganya tidak sampai RM80 untuk setiap Set.
Menurutnya, PPIM menubuhkan sekretariat bersama mangsa sebagai inisiatif untuk mengumpulkan maklumat sebelum merujuk perkara itu kepada pihak berwajib.
Sementara itu, juara program Mentor musim keempat, Mohd Izwan Mohd Noor atau lebih mesra dengan nama Mohd turut menjadi mangsa skim berkenaan yang disertainya lebih setahun lalu. Katanya, pada peringkat awal, dia ditawarkan menjadi ikon selebriti skim itu dan menjelajah ke seluruh negara bagi tujuan promosi. “Lama-kelamaan, saya tertarik dengan keuntungan yang ditawarkan dan melabur RM30,000. Seperti yang lain, beberapa bulan selepas itu saya tidak terima apa-apa bayaran lagi,” katanya ketika ditemui.

Monday, October 12, 2015

2884) GORES DAN MENANG: AHLI PERNIAGAAN KERUGIAN RM200,000 KERANA DIPUKAU!

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO, ISNIN, 12 OKTOBER 2015
10 SYARAT UBAH NASIB

Sekeping surat didakwa dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kegiatan gores dan menang dijadikan modal oleh sindiket untuk memerangkap seorang ahli perniagaan yang kerugian RM200,000.

Tanpa mempunyai sebarang cap rasmi mahu pun kepala surat rasmi kerajaan, sindiket terbabit turut menetapkan sepuluh syarat bagi membolehkan seseorang itu dikira layak untuk mendapatkan kupon bertuah dan memenangi hadiah bernilai ratusan ribu ringgit.

Kerana percaya dokumen terbabit tulen, ahli perniagaan berusia 65 tahun yang baru saja menjual ruang niaga miliknya untuk mengubah suai rumahnya di Puchong, kini berputih mata selepas terpedaya dengan pujukan wakil jualan menerusi sekeping kad dikenali sebagai ‘pengubah nasib’.

Lelaki dikenali sebagai Mohd Amin itu berkata, dia didatangi seorang perempuan yang ingin menunjukkan sekeping kad kononnya akan ditukarkan dengan hadiah istimewa berupa sebuah kereta mewah dan barangan berjenama terkenal dari luar negara.

“Saya menolak dengan cara baik kerana menjangkakan itu satu perangkap. Namun dia (perempuan) terus mengekori saya sehinggalah ke dalam kereta dan mengancam tidak mahu turun sekiranya saya tidak mengambil kad itu.

Selanjutnya di laman berita HARIAN METRO


Thursday, October 1, 2015

2865) #PPIM TERIMA 10 HINGGA 15 ADUAN 'SCAM' SETIAP BULAN

DIKEMASKINI PADA 1/10/2015 @ 10:45PM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima antara 10 hingga 15 aduan setiap bulan daripada individu yang menjadi mangsa scam dan sindiket penipuan yang mengakibatkan kerugian masing-masing sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa yang ditipu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya memandangkan sindiket itu menggunakan taktik licik yang sukar dikesan ketika memperdaya mangsa.

“Antara aduan yang kami terima, mangsa mendapat panggilan kononnya daripada Bank Negara bahawa ada orang lain dikesan mengeluarkan wang daripada akaun dan mangsa perlu segera memindahkan baki wang tersebut ke satu lagi akaun lain untuk mengelakkan lebih banyak wang lesap.

“Mangsa yang sengaja ditakutkan oleh pihak yang menipu tiada pilihan selain terpaksa memasukkan sejumlah wang yang diminta memandangkan nombor yang tertera di skrin telefon ketika panggilan diterima adalah daripada Bank Negara dan tidak menimbulkan syak wasangka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Melalui maklumat yang diterima katanya, sindiket menggunakan sistem perisian yang boleh memanipulasi mangsa dengan menggunakan nombor telefon mana-mana agensi kerajaan mahupun bank-bank terkemuka untuk mengelirukan mangsa seolah-olah panggilan itu benar-benar diterima daripada pihak yang sah untuk berbuat demikian.

“Disebabkan itulah kadang-kadang panggilan yang diterima tertera nombor agensi-agensi kerajaan ataupun bank kerana mereka menggunakan sistem perisian yang dipercayai mampu berfungsi memaparkan nombor telefon yang didaftarkan dari lokasi berbeza.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan merujuk perkara tersebut kepada pihak tertentu sebelum sebarang transaksi kewangan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai sikap orang ramai yang masih kurang kesedaran sehingga mudah diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon sejak kebelakangan ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kegiatan yang dikesan mula aktif sejak empat tahun lalu menggunakan modus operandi dengan memperkenalkan diri sebagai ejen sebuah bank terkemuka sebelum meminta mangsa memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

Mangsa kemudiannya diminta membuat transaksi atau pemindahan wang ke akaun lain kononnya bertujuan menyelamatkan wang mangsa daripada dikeluarkan pihak tertentu. - UTUSAN

Sunday, July 26, 2015

GORES DAN MENANG: PIHAK BERKUASA DIDAKWA MELINDUNGI SINDIKET?


Gores dan Menang bukanlah isu yang baru, sebaliknya telah menghantui rakyat Malaysia LEBIH TIGA DEKAD, Pelbagai langkah telah diambil pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan pihak berkuasa untuk membanteras sindiket ini, namun ia ternyata sia-sia.

Berikut antara dua laporan berkaitan sindiket penipuan ini yang berjaya dibongkar oleh PPIM seminggu sebelum menjelang hari raya.

Laporan 999, 7 Julai 2015:



Laporan Harian Metro, 8 Julai 2015:




http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-gesa-tindakan-tegas-1.47047
“PPIM menerima sebanyak 144 aduan setahun dan daripada aduan tersebut sebanyak 95 pera­tus melibatkan orang Melayu. Di Kuala Lumpur, kita difahamkan, terda­pat sekurang-kurangnya em­pat buah sindiket ‘gores dan menang’ yang berselindung di sebalik sya­rikat. Semua mereka mengge­rak­kan sekurang-ku­rang­nya dua hing­ga lima kumpulan yang dianggotai antara tiga dan lima orang bagi setiap kumpulan. 
“Berdasarkan rekod PPIM se­tiap kumpulan akan memperda­ya dua mangsa sehari dan sa­saran mereka setiap mangsa akan mengeluarkan wang tunai sekurang-kurangnya RM10,000. Ini bermakna setiap satu kumpulan akan membawa pulang sejumlah RM20,000. Bagaimanapun itu jumlah minimum memandangkan kebiasaannya sindiket tersebut meraih jutaan ringgit, 
Manakala, berikut pula adalah petikan oleh laporan akhbar pada tahun sebelum ini.

Laporan Utusan Malaysia,11 September 2013


Laporan Sinar Harian, 24 Ogos 2014



DIDAKWA GUNA ILMU PUKAU UNTUK 'JERAT' MANGSA

Selain menipu mangsa dengan menjanjikan habuan lumayan, sindiket gores dan menang ini juga turut mengamalkan ilmu pukau untuk menjerat mangsa sebagaimana dikatakan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, (UTK) PPIM, Sdr Yusuf Azmi.

UTK PPIM juga adalah pasukan utama yang terlibat dalam operasi membongkar aktiviti gores dan menang sebelum ini.



** UNTUK BACA ARTIKEL BERKENAAN OPERASI GORES DAN MENANG OLEH UNIT TINDAKAN KHAS (UTK) PPIM - (Klik SINI)

PERSOALANNYA, MENGAPA SINDIKET INI 'KEBAL' DAN MAMPU BEROPERASI SEHINGGA KINI WALAUPUN PELBAGAI LANGKAH MEMBANTERAS DILAKUKAN?

Salah satu faktor mengapa sindiket ini 'kebal' adalah kerana hukuman yang dikenakan terhadap ahli sindiket terlalu ringan! Mereka cuma berdepan dengan hukuman bersabit Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (menipu) di mana denda maksimum hanyalah sebanyak RM100.

Untuk pengetahuan, sindiket ini mampu mengaut keuntungan hampir setengah juta seminggu! Hukuman tersebut tidak memadai jika dibandingkan jumlah keuntungan dan jumlah denda yang mereka bayar,

Sudah tentu mereka tidak akan merasa apa-apa kesan kepada sumber kewangan mereka.

Konklusinya, sindiket ini berleluasa kerana mampu meraih pendapatan yang sangat berbaloi dan cuma hanya perlu hadapi risiko yang sangat kecil.

Rujuk sumber yang dipaparkan dibawah untuk keterangan lebih lanjut.


Free Malaysia Today ( 4 Ogos 2014);


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/08/04/hukuman-penipuan-gores-menang-terlalu-ringan/

SELAIN ITU, KHABARNYA SINDIKET PENIPUAN INI DILINDUNGI OLEH KONGSI GELAP DAN PIHAK BERKUASA/PDRM? 

http://utaranews2.blogspot.com/2014/09/kongsi-gelap-ada-kaitan-dengan-sindiket.html
Sejauh manakah kebanaran perkara ini? Ikuti pendedahan berikut...


*************


Berdasarkan pendedahan di blog Double-Y dan Tentera Maya, mereka ada mempersoalkan bahawa sindiket ini dilindungi oleh pihak berkuasa dan kongsi gelap.

Benarkah dakwaan beliau tersebut?

BACA DIBAWAH:
Selain itu, saya juga tidak menolak kemungkinan sindiket gores dan menang terus bermaharajalela kerana ada orang dalam agensi penguatkuasa turut terlibat melindungi mereka. 
Dua agensi penguatkuasa yang mempunyai bidang kuasa membanteras dan menangkap ejen sindiket gores dan menang adalah KPDNKK serta PDRM. 

Melalui perlindungan inilah, sindiket gores dan menang menjadi kebal dan sukar dibanteras serta dihapuskan sebagaimana kesukaran kita menghapuskan kewujudan premis yang menjalankan aktiviti perjudian online.



Selain mendapat perlindungan dari pihak tertentu dalam agensi penguatkuasa, sindiket gores dan menang turut dijaga kumpulan gangsters.



Sebab itulah ejen gores dan menang berani menjalankan operasi secara terbuka di pasar raya besar seluruh negara sehingga berani menggunakan kekerasan ke atas mangsa mereka sebagaimana laporan Harian Metro hari ini.




Jika sindiket gores dan menang terus dibiarkan tanpa tindakan tegas dari agensi penguatkuasa undang-undang, tidak mustahil satu hari nanti rakyat mengambil tindakan sendiri sebagaimana berlaku di Plaza Low Yatt. 
Apakah pihak berkuasa mahu rakyat mengambil tindakan sendiri baru mereka mahu bertindak? 
Dalam artikel seterusnya saya akan mendedahkan rakaman percakapan ejen sindiket gores dan menang yang mendakwa telah membuat bayaran secara bulanan kepada pihak atasan dalam agensi penguatkuasa dan kumpulan gangster. 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL