Showing posts with label PUSAT TAHFIZ. Show all posts
Showing posts with label PUSAT TAHFIZ. Show all posts

Monday, November 18, 2019

5499) JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK - SINAR HARIAN - 17/11/2019


MELAKA - Ibu bapa perlu melihat dan menghormati institusi tahfiz sebagai pusat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama bukannya sebagai pusat pemulihan akhlak bagi remaja bermasalah dan gagal dikawal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain dengan menghantar mereka yang sukar dibentuk itu ke sekolah tahfiz, bagi memperbetulkan akhlak mereka.

"Institusi tahfiz adalah institusi pembelajaran ilmu al-Quran, justeru ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka bagi tujuan mendalami ilmu tersebut dan bukan untuk menyelesaikan masalah anak yang tidak dapat dikawal.

“...dan apabila hantar anak ke institusi tahfiz atau sekolah berasrama penuh, ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak, buatlah pemantauan dan jangan serah tanggungjawab bulat-bulat kepada ustaz atau guru,” katanya.

Turut berkongsi pendapat, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim berkata, ibu bapa perlu membetulkan niat dan tujuan, kenapa mereka menghantar anak ke institusi tahfiz.

“Kalau niatnya untuk melepaskan tanggungjawab setelah gagal membentuk anak atau untuk tujuan bermegah-megah 'anak saya masuk tahfiz'... saya nasihatkan agar ibu bapa yang berfikiran demikian membatalkan sahaja hajat mereka itu.

“Ini kerana institusi tahfiz adalah pusat ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa yang mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain, dengan menghantar anak mereka ke institusi tahfiz boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2011, kerana mengabaikan anak-anak.

Kamal Affandi menasihati ibu bapa memilih institusi tahfiz yang berdaftar dengan pihak berkuasa dengan membuat semakan terlebih dahulu terhadap taraf sekolah terbabit.

“Jangan hanya dengar cakap-cakap orang bahawa sekolah itu bagus, sekolah ini kurang bagus. Sebaliknya saya nasihatkan ibu bapa menilai sekolah tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Selain itu Kamal Afandi berkata, pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu mengambil tindakan proaktif, termasuk membuat saringan polis sebelum mengambil tenaga pengajar supaya tidak terambil mereka yang bermasalah ataupun mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, selain mengadakan saringan, pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu melakukan pemeriksaan berkala atau pemeriksaan mengejut kepada tenaga pengajar selain daripada mengadakan perbualan dengan pelajar bagi mengesan masalah. - Bernama

Artikel oleh: Sinar Harian

JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK

https://www.sinarharian.com.my/article/57617/BERITA/Nasional/Jangan-jadikan-tahfiz-pusat-pemulihan-akhlak

5496) JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK - BERNAMA - 16/11/2019


MELAKA, 16 Nov -- Ibu bapa perlu melihat dan menghormati institusi tahfiz sebagai pusat pembelajaran Al-Quran dan ilmu agama, bukannya sebagai pusat pemulihan akhlak bagi remaja bermasalah dan gagal dikawal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain dengan menghantar mereka yang sukar dibentuk itu ke sekolah tahfiz, bagi memperbetulkan akhlak mereka.

"Institusi tahfiz adalah institusi pembelajaran ilmu Al-Quran, justeru ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka bagi tujuan mendalami ilmu tersebut, dan bukan untuk menyelesaikan masalah anak yang tidak dapat dikawal.

“...dan apabila hantar anak ke institusi tahfiz atau sekolah berasrama penuh, ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak, buatlah pemantauan dan jangan serah tanggungjawab bulat-bulat kepada ustaz atau guru,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Turut berkongsi pendapat, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim berkata ibu bapa perlu membetulkan niat dan tujuan, kenapa mereka menghantar anak ke institusi tahfiz.

“Kalau niatnya untuk melepaskan tanggungjawab setelah gagal membentuk anak atau untuk tujuan bermegah-megah 'anak saya masuk tahfiz'.…saya nasihatkan agar ibu bapa yang berfikiran demikian membatalkan sahaja hajat mereka itu.

“Ini kerana institusi tahfiz adalah pusat ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa yang mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain, dengan menghantar anak mereka ke institusi tahfiz boleh dikenakan tindakan udang-undang di bawah bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2011, kerana mengaibaikan anak-anak.

Kamal Affandi menasihati ibu bapa memilih institusi tahfiz yang berdaftar dengan pihak berkuasa, dengan membuat semakan terlebih dahulu, terhadap taraf sekolah terbabit.

“Jangan hanya dengar cakap-cakap orang bahawa sekolah itu bagus, sekolah ini kurang bagus. Sebaliknya saya nasihatkan ibu bapa menilai sekolah tersebut terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan,” katanya.

Selain itu Kamal Afandi berkata pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu mengambil tindakan proaktif, termasuk membuat saringan polis sebelum mengambil tenaga pengajar, supaya tidak terambil mereka yang bermasalah ataupun mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, selain mengadakan saringan, pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu melakukan pemeriksaan berkala atau pemeriksaaan mengejut kepada tenaga pengajar, selain daripada mengadakan perbualan dengan pelajar bagi mengesan masalah.


Artikel oleh: Bernama 

JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK 

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1790396

Monday, October 15, 2018

4675) PPIM CADANG KERAJAAN WUJUDKAN MODUL PENGURUSAN PUSAT TAHFIZ SECARA PROFESIONAL – KOSMO ONLINE – 14/10/18



SEPANG – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya satu modul pengurusan tahfiz bagi memastikan pusat-pusat tahfiz di negara ini diuruskan secara profesional dan mampu melahirkan pelajar yang cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, untuk menjayakan hasrat tersebut, kerajaan perlu memainkan peranan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mewujudkan modul seperti yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran untuk melatih guru-guru di sekolah harian biasa.
“Kita tidak mahu lagi ada pihak yang mencadangkan pusat-pusat tahfiz ini ditutup jika timbul isu-isu negatif sebaliknya perlu ada usaha memperkasa pusat tahfiz jadi institusi pendidikan yang cemerlang.
“Sebagai contoh, semasa zaman kegemilangan Islam satu ketika dahulu, orang-orang Eropah datang ke negara-negara Islam untuk menuntut ilmu dan inilah hasrat kita terhadap pusat pendidikan tahfiz di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis perlepasan Program Kem Mujahadah Ke Pekanbaru, Riau, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini hari ini.
Program tersebut yang sudah diwujudkan sejak enam tahun lalu itu bertujuan untuk memperkasa semangat jati diri kepada 40 orang pelajar tahfiz dengan menyertai program seperti memanah, berkuda dan latihan taekwando selama 17 hari.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Maahad Tahfiz Darul Azhar (MTDA), Dr. Azhar Mohamed; Pengarah Fabulous Empire, Siti Khadijah Hassan, Duta Fabulous Empire, Irene Catalina dan Pengarah Kreatif Yayasan Patriot Negara, Yann Razal.
Nadzim berkata, program tersebut merupakan satu daripada contoh dan modul terbaik untuk melahirkan pelajar tahfiz yang cemerlang dan hebat.
“Ini adalah satu lagi modul yang perlu ada di semua pusat-pusat tahfiz dan saya yakin ini dapat ubah imej negatif terhadap pusat tahfiz.
“Bayangkan jika pelajar-pelajar tahfiz ini mampu menyertai sukan dan berjaya ke peringkat Sukan Olimpik dan jadi juara dunia sudah pasti persepsi dunia pada Islam berubah sama sekali,” jelas beliau. – K! ONLINE

Artikel oleh : Kosmo Online
PPIM CADANG KERAJAAN WUJUDKAN MODUL PENGURUSAN PUSAT TAHFIZ SECARA PROFESIONAL

Wednesday, October 4, 2017

4130) Pusat tahfiz diperkasa bagi tampung jurang - Utusan Online - 4/10/2017

Snapshot(11)
CADANGAN kerajaan memperkenal sistem Pendidikan dan latihan Vokasional (TVET) kepada golongan tahfiz dilihat sebagai perancangan tepat dalam memperkasa kumpulan pelajar tersebut dengan ilmu kemahiran sebagai nilai tambah.
Perkara tersebut bukan sahaja menepati Dasar Tahfiz Negara yang mahu melahirkan pelajar tahfiz profesional sejajar dengan keperluan negara, mekanisme seumpama itu juga bakal mengangkat kedudukan golongan tersebut selari sistem pendidikan kebangsaan.
Malah dengan usaha murni itu, sistem pendidikan pondok atau pusat tahfiz akan mempunyai kemudahan infrastruktur yang jauh lebih baik dan selamat.
Presiden Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran (Pinta) Selangor, Mohd. Dailami Che Age berkata, menerusi Dasar Tahfiz Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, usaha tersebut dilihat mampu menambah baik sistem pendidikan pusat tahfiz dan sekolah pondok di negara ini.
Katanya, tidak sekadar menghafaz al-Quran dan pengkhususan dalam bidang agama, perancangan kerajaan itu berupaya melahirkan golongan tahfiz profesional yang hebat menerusi percambahan ilmu dalam bidang akademik dan kemahiran.
“Masih terdapat jurang bidang akademik dalam kalangan pelajar tahfiz berbanding dengan pelajar di sekolah aliran kebangsaan.
“Diharap pelbagai usaha yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkasa pelajar tahfiz akan dapat menampung jurang tersebut, sekali gus memberi kelebihan dalam melahirkan kumpulan hufaz profesional,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena penganjuran Bicara Persada Ke-39 bertajuk Tragedi Keramat: Merungkai Pertanggungjawaban anjuran Jabatan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Institut Islam Hadari dan Pusat Kepimpinan Wanita UKM, baru-baru ini.
Bicara Persada tersebut membincangkan tanggungjawab semua pihak ekoran kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua warden di pusat tahfiz tersebut.
Tiga panel lain yang terlibat dalam Bicara Persada tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma’amor Osman; serta Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita UKM, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak.
PERMUDAHKAN URUSAN PENDAFTARAN
Mengulas lanjut, Mohd. Dailami berkata, kebanyakan sekolah pondok dan pusat tahfiz di negara ini berminat untuk mendaftar pusat pengajian mereka bagi mendapatkan lesen.
Namun begitu menurutnya, apabila terdapat banyak perkara dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran itu, perkara tersebut dilihat telah melambatkan proses mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa termasuk kelulusan daripada pihak bomba dan Kementerian Kesihatan.
Sebagai contoh katanya, kadangkala kos pembinaan untuk spesifikasi bangunan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti tangga kedua dan sebagainya adalah tinggi, maka pihak pusat tahfiz tersebut terpaksa mengambil masa untuk mendapatkan dana.
Tambahnya, permohonan lesen juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Agama Negeri, namun petugas yang menguruskan urusan tersebut adalah terhad.
“Petugas daripada Jabatan agama negeri perlu hadir ke pusat tahfiz atau sekolah pondok yang memerlukan kelulusan tersebut bagi melihat situasi di lapangan.
“Namun masa yang diambil untuk hadir juga adalah lama, malah memakan masa hampir tiga atau empat bulan untuk tiba di pusat tahfiz. Semua ini melambatkan proses mendapat kelulusan,” katanya.
Sebanyak 612 buah sekolah tahfiz di negara ini yang telah berdaftar, manakala dianggarkan kira-kira 329 buah lagi yang masih belum mendapat kelulusan atau belum mendaftar.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL