Thursday, July 9, 2015

OPS GORES DAN MENANG: 'TOKONG' YANG DIGUNA UNTUK MEMUKAU MANGSA DIJUMPAI!


Bertindak atas  maklumat yang diterima dari pengadu, Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM telah membuat serbuan ke sebuah premis kedai berhampiran Hotel Viva, Jalan Loke Yew, KL.

Serbuan itu berjaya menumpaskan satu lagi sindiket penipuan gores dan menang yang menyebabkan kerugian sebanyak RM220,000


Dalam pada itu, barangan menyerupai alatan sembahyang Budha yang dipercayai digunakan untuk memukau mangsa turut ditemui dalam serbuan itu.



Selain itu, pendedahan ini juga turut dibuat oleh Harian Metro. Ikuti video dibawah untuk pencerahan.


Hasil pertemuan Pengarah Unit Tindakn Khas PPIM, Yusuf Azmi dengan wakil syarikat gores dan menang itu, mereka setuju untuk mengganti semula wang mangsa.


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pernah mencadangkan supaya pihak berkuasa membuat penggubalan akta baru atau melaksanakan kaedah baru yang lebih efektif untuk membenteras gejala ini.


Untuk gambar-gambar lain boleh rujuk di halaman FB PPIM.
Hasil maklumat yang diterima dari pengadu, Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM telah membuat serbuan ke sebuah premis kedai...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Wednesday, July 8, 2015

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL