Saturday, July 18, 2015

PTPTN: #PPIM SOKONG PENUH KAEDAH POTONGAN GAJI


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh cadangan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa untuk membuat potongan gaji mandatori terhadap kakitangan awam yang berdegil tidak membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana setiap daripada peminjam PTPTN itu harus didik untuk bertanggungjawab dan bukan diajar erti kesenangan sahaja. 

Berikut adalah video temubual yang dipetik dari saluran Youtube Antarapos:


Beliau mengulas mengenai nasib 200,000 orang pelajar baru yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bakal terjejas ekoran keengganan lebih 33,000 kakitangan awam termasuk penyandang pelbagai jawatan kanan membayar pinjaman pengajian tersebut.

Disamping itu, PTPTN juga perlu menyediakan lebih RM 1.6 bilion setahun bagi menaja pelajar tersebut menyambung pengajian mereka kata Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Nasarah


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...