Thursday, July 30, 2015

2792) MYNEWSHUB - 28/7/2015 - HOSPITAL SWASTA DISARAN BERI PERKHIDMATAN BERMUTU



KUALA LUMPUR – Hospital swasta di negara ini disaran supaya memberi perkhidmatan yang bermutu tanpa mengira kerakyatan bagi menjaga imej dan nama baik negara.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima banyak aduan terutama daripada pelancong Indonesia, Timur Tengah dan Bangladesh yang datang ke sini untuk pelancongan perubatan.
“Setakat ini kami menerima lebih 50 aduan dari seluruh negara termasuk yang datang untuk pelancongan perubatan mengenai perkhidmatan hospital swasta di negara ini.
“Rata-rata mereka mengadu mengenai ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan disediakan seperti kecuaian pihak hospital, caj mahal, rawatan yang tidak betul serta tersalah pembedahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Nadzim berkata entiti hospital seumpama itu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, harus dikaji semula kerana tindakan mereka boleh menjejaskan nama negara.
Sementara itu, ahli perniagaan Siti Marzairinah Osman, 51, pada sidang media yang sama, menceritakan pengalamannya dan mendakwa dikenakan caj yang mahal semasa mendapatkan rawatan membuang ketumbuhan di hospital swasta di sini.
“Tiga setengah tahun lepas, saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk membuang ketumbuhan dan saya terkejut kerana dikenakan caj RM300,000 untuk pembedahan yang kecil.
“Saya juga dinafikan hak untuk mendapatkan laporan perubatan saya. Saya meneliti bil, dan mendapati banyak yang tidak kena,” katanya.
Berikutan itu, Siti Marzairinah berkata beliau terpaksa menjual hartanahnya bagi menjelaskan bil rawatannya itu.
“Saya kehilangan pekerjaan dan saya kini dalam proses menyaman hospital terbabit.
“Berdasarkan pengalaman, orang ramai perlu terlebih dahulu bertanya sebelum mendapatkan rawatan. Saya berharap orang ramai tidak akan menjadi mangsa seperti saya,” katanya.
Dalam pada itu, bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta, Nadzim menggesa kerajaan mencari kaedah yang sesuai untuk memulihkan persepsi dan mutu perkhidmatan hospital berkenaan. – BERNAMA

Sumber: http://mynewshub.cc/2015/07/28/hospital-swasta-disaran-beri-perkhidmatan-bermutu/#gs.f1c9f20c44c942979c82ba79222b98f6


1 comment:

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer at Bandar Sungai Long Clinic as required below:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...