NADZIM: Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara. |
Menurut ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, ini penting bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan sebaik mungkin.
"Mungkin hari ini, saya rasa kalau nak tambat pun dah boleh tambat. Tambat ikut nilai tertentu supaya perniagaan boleh dilaksanakan, supaya eksport boleh dilakukan.
"Perniagaan boleh dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengembalikan keyakinan ekonomi kita dapat diteruskan dengan baik," kata Nadzim.
Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai dan kerajaan agar memainkan peranan supaya negara dapat keluar daripada situasi ini.
"Semua kena main peranan yang terbaik untuk sama-sama keluar daripada keadaan ini. Kita tidak mahu satu hari nanti mata wang kita jadi tidak laku.
"Kalau kita terus berbelanja dengan besarnya, kita takut bila orang lain pun buat sama, lama kelamaan semua kita mengamalkan amalan yang negatif sehingga impak dia melibatkan seluruh negara, seluruh rakyat," ujarnya.
Menurut beliau pengguna perlu lebih berjimat cermat serta mengurangkan pembelian barangan import.
Sementara itu Nadzim turut berpesan supaya pengguna dapat mengawal diri dan tidak panik apabila harga barang mulai naik.
Katanya pengguna seharusnya bijak mengatur perbelanjaan supaya tidak terkesan dengan situasi tersebut.
"Kita bila kita panik, kita panic buying pun ada. Dalam panik tu kita beli lagi sebab kita takut barang tu tak ada. Takut orang kedai tu tak ada, kalau tak beli esok barang itu naik. Atau minggu depan naik. Jangan terkesan sangat la.. Kita harus buat judgement pada diri kita supaya kita tidak melibatkan diri kita dengan kenaikan ini, makna kita kurangkan sebaik mungkin."
Tambah Nadzim, pengguna juga perlu menentukan barangan yang dibeli adalah dari barangan tempatan serta menggunakannya dengan sejimat mungkin.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tambat-ringgit-kembali-keyakinan-ekonomi-ppim-65095
No comments:
Post a Comment