Thursday, July 16, 2015

JAWAPAN BALAS TERHADAP ARTIKEL PUTAR BELIT THE MALAY MAIL @themmailonline


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Paduka Nadzim Johan (To'ki) akan keudara dalam slot Dunia Pengguna Radio BERNAMA 24 pada jam 1.15 tengahari ini bagi memberi penjelasan 'menfitnah kaum cina' seperti yang diputar belit akhbar The Malay Mail.

Berita yang dimanipulasi akhbar itu telah membangkitkan reaksi kurang senang MCA dan segelintir kaum cina yang lain. Oleh itu, penafian segera mengenai kenyataan itu telah pun dibuat oleh pihak PPIM.


Kenyataan yang telah dilapor The Malay Mail telah dipetik dari laman www.ismaweb.com (SINIdilihat seolah-seolah mahu 'memanaskan' kembali bahang rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yatt kelmarin oleh  akhbar bahasa inggeris itu.

Sila baca dan fahami ayat yang digariskan:


To'ki menerangkan mengenai budaya yang dipercayai oleh kaum cina dalam mencari rezeki, jelas dilihat beliau tidak menuduh dan menyifatkan langsung bahawa kaum cina adalah penipu,

Disamping itu, beliau melahirkan rasa kesal kerana kaum melayu adalah mangsa paling besar dalam isu penipuan jual beli, kerana kaum melayu adalah kaum majoriti sebagai pengguna berbanding kaum lain di Malaysia.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...